wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT T2 BAB 2.4 rekabentuk elektronik [Bah A]

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah merupakan kegunaan diod pemancar cahaya?


I Papan iklan

II Cermin kenderaan

III Lampu perhiasan

IV Penggera keselamatan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

2.

Maklumat berikut menerangkan mengenai peranti X.


  • Sebuah alat komunikasi tanpa wayar
  • Menghantar dan menerima isyarat antara 2 peralatan


Apakah peranti X?

a)

Kristal 20 MHz

b)

Pengatur voltan

c)

Modul Bluetooth

d)

Kapasitor tidak berkutub

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan System Bus?

a)

Peranti pemprosesan mikro dalam satu cip

b)

Peranti kawalan yang terdiri daripada CPU, RAM, ROM dan port Input/Output

c)

Bas yang digunakan oleh sistem komputer untuk menghubungkan semua komponennya dalam menjalankan tugas

d)

Sistem yang berfungsi untuk menerima dan memproses isyarat dan seterusnya menghasilkan isyarat untuk dilaksanakan

4.

Rajah 1 menunjukkan simbol sebuah peranti output.


Apakah fungsi peranti tersebut?

a)

Suis tekan buka dan suis tekan tutup

b)

Suis kawalan litar berarus tinggi

c)

Mengesan pergerakan haba

d)

Mengeluarkan bunyi

5.

Rajah 2 menunjukkan jenis-jenis peranti input.


Antara berikut apakah contoh bagi X?


I Penderia suhu

II Suis tekan tutup

III Penderia pergerakan

IV Diod pemancar cahaya

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

6.

Rajah 3 menunjukkan suatu peranti output.


Apakah fungsi peranti tersebut?

a)

Memutuskan litar set semula

b)

Menyimpan dan membuang cas elektrik

c)

Berputar apabila terdapat arus elektrik yang melaluinya

d)

Membekalkan kuasa kepada papan litar elektronik mikropengawal

7.

Berapakah nilai perintang tetap yang telah dipasang pada papan litar elektronik mikropengawal?

a)

1 kΩ

b)

5 kΩ

c)

10 kΩ

d)

20 kΩ

8.

Rajah 4 menunjukkan suatu mesin.


Apakah peranti input yang digunakan mesin tersebut untuk mendapatkan bacaan pada bahagian X?

a)

Penderia suhu

b)

Penderia jarak

c)

Penderia cahaya

d)

Penderia pergerakan

9.

Antara berikut yang manakah merupakan aplikasi penderia cahaya?


I Sel solar

II Lampu suluh

III Lampu jalan raya

IV Lampu isyarat jalan raya

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

10.

Apakah bahan yang digunakan untuk menyambungkan peranti dengan papan litar mikropengawal?

a)

Geganti

b)

Plag (male)

c)

Transistor NPN

d)

Wayar pelompat bersama soket (female)

11.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya peranti output menggunakan bekalan kuasa melebihi 5 V?

a)

Menggunakan kapasitor untuk membuang cas elektrik

b)

Menggunakan perintang untuk mengehadkan arus elektrik

c)

Menggunakan bekalan kuasa tambahan bersama peranti sokongan

d)

Menukar kepada peranti output yang mempunyai fungsi yang sama

12.

Berikut merupakan satu pin pada papan litar elektronik mikropengawal.


Apakah fungsi pin tersebut?

a)

Pin bekalan kuasa

b)

Pin sambungan bumi

c)

Mengawal arus dalam litar

d)

Set semula mikropengawal

13.

Apakah kepentingan jadual senarai keperluan komponen, peranti dan bahan untuk sesuatu projek reka bentuk elektronik?

a)

Memudahkan pengiraan kos projek

b)

Sebagai bukti penghasilan sesuatu projek

c)

Memudahkan individu lain untuk merujuk sesuatu projek

d)

Memudahkan pengguna merujuk kuantiti dan fungsi bagi setiap peranti dan komponen yang digunakan

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan litar simulasi?

a)

Litar prototaip

b)

Litar separa berfungsi

c)

Litar berfungsi sepenuhnya

d)

Litar yang hampir menyerupai litar sebenar

15.

Rajah 5 menunjukkan simbol arahan dalam pengaturcaraan.


Apakah maksud simbol tersebut?

a)

Sembunyikan semua arahan di bawah setiap kumpulan arahan

b)

Tunjukkan semua arahan di bawah setiap kumpulan arahan

c)

Memasukkan arahan atur cara ke dalam Home

d)

Kembali ke halaman Home

16.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat komponen yang tidak berfungsi ketika proses pengujian litar?

a)

Periksa semula gambar rajah blok projek

b)

Menulis pengaturcaraan baharu bagi litar

c)

Cabut komponen tersebut dan pasang semula pada litar

d)

Gunakan meter pelbagai untuk menguji penyambungan litar

17.

Mengapakah penambahbaikan terhadap reka bentuk elektronik perlu dilakukan?


I Mengelakkan sebarang ralat

II Memenuhi kehendak pelanggan

III Mengurangkan kos pengeluaran

IV Agar dapat berfungsi dengan lebih baik

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV