wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am Sem 1 ujian 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah merupakan ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat?

I Sempadan yang jelas

II Memiliki identiti sendiri

III Penduduk tinggal menetap

IV Mempunyai perlembagaan sendiri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

2.

Yang manakah kebebasan diri setiap warganegara Malaysia?

a)

Dapat berunding dengan peguamnya selepas ditahan

b)

Mendapat layanan yang sama di sisi undang-undang

c)

Bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran

d)

D Menubuhkan khairat untuk agamanya

3.

Yang manakah cara pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan?

a)

Memperoleh suara majoriti dari Dewan Rakyat

b)

Memperoleh suara dua pertiga dari Dewan Negara

c)

Memperoleh suara dua pertiga dari Majlis Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong

d)

Memperoleh suara dua pertiga dari Majlis Parlimen dan mendapat keizinan Majlis Raja-raja

4.

4 Yang manakah padanan yang betul?


a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

5.

Yang manakah kuasa yang boleh dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap negeri baginda?

a)

Sebagai ketua agama

b)

Mengurniakan gelaran dan pingat kebesaran

c)

Mengampunkan permaisuri dan anak-anak baginda

d)

Mempersetujui pembubaran Dewan Undangan Negeri

6.

Encik A dilahirkan di Filipina dan bapanya pada ketikA kelahirannya adalah seorang warganegara Malaysia


Yang manakah cara Encik A memperoleh kewarganegaraannya?

a)

Kuat kuasa undang-undang

b)

Penggabungan wilayah

c)

Kemasukan

d)

Pendaftaran

7.

• Melaksanakan pentadbiran negeri

• Bertanggungjawab secara bersama kepada Dewan Undangan Negeri


Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Dewan Undangan Negeri

b)

Pejabat Kemajuan Negeri

c)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

d)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

8.

Yang manakah benar tentang keahlian Dewan Negara?

a)

Yang Di- Pertua Dewan Negara dilantik dalam kalangan ahlinya

b)

Boleh menjadi ahli Dewan Rakyat pada masa yang sama

c)

Memegang jawatan selama sepuluh tahun

d)

Ahlinya dipilih melalui pilihan raya

9.

Yang manakah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

a)

Meluluskan lesen pendaftaran perniagaaan

b)

Mengeluarkan permit menguburkan

c)

Mengutip cukai taksiran harta

d)

Membuat undang-undang negeri

10.

Mengurus peruntukan serta melaksana dan memantau Program/Projek Khas


Tugas di atas merujuk kepada

a)

Unit Perancang Ekonomi

b)

Unit Kerjasama Awam Swasta

c)

Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan

d)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

11.

Yang manakah bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

I Perubatan dan kesihatan

II Pasar dan rumah tumpangan

III Perhubungan dan pengangkutan

IV Panggung wayang dan pelesenan panggung

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

12.

Yang manakah benar tentang pentadbiran di Sabah dan Sarawak?

a)

Daerah diketuai oleh Pegawai Tadbir Awam

b)

Tuai Rumah merupakan Ketua Kampung

c)

Bahagian diketuai oleh Residen

d)

Mukim diketuai oleh penghulu

13.

Yang manakah penubuhannya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

a)

Majlis Tindakan Negara

b)

Majlis Ekonomi Negara

c)

Majlis Kewangan Negara

d)

Majlis Keselamatan Negara

14.

Prinsip tadbir urus yang baik ialah

a)

Pengamanahan

b)

Akauntabiliti

c)

Kejujuran

d)

Ketelitian

15.

Yang manakah yang benar tentang Setiausaha Dewan Rakyat?

a)

Mengawal perbahasan Parlimen

b)

Mengemukakan notis untuk memulakan persidangan

c)

Memegang jawatan setelah dilantik oleh Perdana Menteri

d)

Menjadi Pengerusi bagi setiap Jawatankuasa yang terdapat di Parlimen