WorksheetsJOM UJI MINDA
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
seperti mencurah garam ke laut
seperti hujan jatuh ke pasir
seperti Belanda diberi tanah
seperti kera mendapat bunga
Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya _________________________
tepuk dada tanya selera
segan bertanya sesat jalan
harapkan pagar, pagar makan padi
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
Buang yang keruh ambil yang jernih
segan bertanya sesat jalan
sambil menyelam minum air
bagaimana acuan begitulah kuihnya
Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah ___________________________________ .
seperti rusa masuk kampung
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti kera mendapat bunga
seperti si buta kehilangan tongkat
Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai ____________________________________ .
cincin dengan permata
aur dengan tebing
kucing dengan anjing
Isi dengan kuku
Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin _________________________________
lain di mulut lain di hati
tepuk dada tanya selera
indah khabar daripada rupa
belakang parang diasah lagikan tajam
Encik Ali ________________________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketua
seperti lembu dicucuk hidung
seperti anjing menyalak bukit
seperti tikus membaiki labu
seperti murai tercabut ekor
Abang Safuan ___________________________ kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.
bagai si kudung mendapat cincin
bagai anjing dengan kucing
bagai tikus membaiki labu
bagai kumbang putus tali
Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja___________________
bagai gergaji dua mata
bagai pahat dengan penukul
bagai kucing kehilangan anak
bagai telur di hujung tanduk
Subrama seperti _____________________________________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
katak di bawah tempurung
ayam disambar helang
kera mendapat bunga
murai tercabut ekor
