wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Test-50

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Munah sedang ________ daun mengkuang untuk dibuat tikar.

a)

melipat

b)

menganyam

c)

menolak

d)

memintal

2.

Setiap pagi, Pak hasan akan pergi ke dusun untuk ________ buah durian yang gugur.

a)

mengutip

b)

menyambut

c)

menjolok

d)

mengilas

3.

Buah-buah kelapa itu ________ oleh pak Mat untuk dijual kepada peraih.

a)

dikoyak

b)

dipukul

c)

dikupas

d)

digubah

4.

Bendahari Persatuan Bahasa Malaysia sedang ____________ laporan kewangan tahunan kepada ahli jawatankuasa persatuan itu.

a)

membentangkan

b)

membisikkan

c)

meluluskan

d)

menyiapkan

5.

Penyelidik dari Universiti Malaya itu sedang ______________ kajian tentang pencemaran laut di Selat Melaka.

a)

merasakan

b)

menjalankan

c)

menyatakan

d)

melukiskan

6.

Komposer itu sedang ____________ lagu sambil ________ gitar kesayangannya.

a)

mengarang ...... menekan

b)

membuat ......... menggesek

c)

menulis ........ menyentuh

d)

menggubah ....... memetik

7.

Cadangan majlis Perbandaran untuk membina loji kumbahan di kawasan perumahan itu __________ oleh persatuan penduduk.

a)

dibantah

b)

disekat

c)

digempur

d)

diroboh

8.

Pak Mat ______ lukah pada sebelah petang dan akan ________nya pada keesokan hari.

a)

menolak ..... menarik

b)

memasang ..... mengangkat

c)

menjerat ........... membuka

d)

melekat ....... membiar

9.

Puan Nora ___________ kemewahan hasil usahanya dalam perniagaan perabot sejak lima tahun yang lalu.

a)

mendekati

b)

menjiwai

c)

menyentuhi

d)

menikmati

10.

Tuduhan yang dilemparkan oleh Amran itu ________ perasaan kawan karibnya.

a)

menggemparkan

b)

menyinggung

c)

merenung

d)

meretakkan

11.

Pak Ali melepaskan air ke dalam sawah sebelum membajak sawahnya itu kerana tanahnya terlalu ____________.

a)

teguh

b)

keras

c)

empuk

d)

lembut

12.

Walaupun badan Lim Jia agak ________ , namun dia aktif bermain bola sepak untuk pasukan sekolahnya.

a)

kemas

b)

gempal

c)

lembik

d)

kuat

13.

Kain songket tang ditenun dengan tangan itu sungguh ______ buatannya.

a)

licin

b)

dalam

c)

lembap

d)

halus

14.

Tania membaca soalan Sains itu dengan ______ sebleum menjawabnya.

a)

teliti

b)

teguh

c)

fasih

d)

lancar

15.

Penyanyi yang bersuara ___________ itu menjadi juara Pertandingan Nyanyian Peringkat Daerah Kuala Muda.

a)

lemak

b)

manis

c)

lunak

d)

sumbang

16.

Murid-murid memberi tepukan __________ kepada peserta sekolah masing-masing semasa pertandingan perbahasan itu.

a)

gemuruh

b)

pantas

c)

ligat

d)

getir

17.

Pada musim ________, kolam itu menjadi kering dan tanah di dasarnta merekah.

a)

rentung

b)

terang

c)

kemarau

d)

lembab

18.

Puan Siti seorang guru. ___________, dia juga membuka sebuah restoran untuk menambahkan pendapatannya.

a)

Di samping itu

b)

Lantaran itu

c)

Selepas itu

d)

Justeru

19.

Kok Meng sangat disayangi oleh ibu bapanya. ______________, dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya.

a)

Namun begitu

b)

Tambahan pula

c)

Oleh yang demikian

d)

Walau bagaimanapun

20.

Vathan tidak membuat kerja sekolah yang disuruh oleh gurunya. _________ , dia telah didenda oleh gurunya.

a)

Malahan

b)

Selain itu

c)

Lantaran itu

d)

Lebih-lebih lagi

21.

Pasangan suami isteri itu telah cedera parah dalam kemalangan tersebut. _________ , anak perempuan mereka hanya mengalami cedera ringan.

a)

Lebih-lebih lagi

b)

Sehubungan itu

c)

Tambahan pula

d)

Walau bagaimanapun

22.

Swee Ling gemar makan nasi ayam. ________, nasi ayam yang dibuat oleh neneknya.

a)

Lantaran itu

b)

Di samping itu

c)

Lebih-lebih lagi

d)

Walau bagaimanapun

23.

Suria tidak dapat menjawab soalan Sains itu dengan baik. ________, dia tidak mengulang kaji pelajaran di rumah.

a)

Hal ini disebabkan

b)

Oleh sebab itu

c)

Namun begitu

d)

Lantaran itu

24.

Laila __________ ramah ketika melayan tetamu yang datang ke rumahnya.

a)

benar

b)

paling

c)

sekali

d)

sangat

25.

Perigi yang terdapat di belakang rumah Pak Mat dalam _________.

a)

begitu

b)

paling

c)

agak

d)

sekali

26.

"Pandai _________ kamu meniup seruling batang padi ini, " puji Pak Daud kepada Iman.

a)

benar

b)

agak

c)

paling

d)

begitu

27.

"Jangan kita berprasangka buruk _______ budak lelaki itu, " kata Helen kepada Fatin.

a)

dari

b)

terhadap

c)

akan

d)

pada

28.

Faizal dan Alex sedang berbincang _________ soalan karangan yang diberi oleh Cikgu Hamid.

a)

antara

b)

tentang

c)

hingga

d)

kepada

29.

"__________ keamanan negara, anggota tentera sanggup menggadaikan nyawa mereka sendiri," kata datuk kepada Amirul.

a)

Demi

b)

Antara

c)

Oleh

30.

Di pangkal pokok itu terdapat sarang _____ yang sangat besar.

a)

rama-rama

b)

anai-anai

c)

ubur-ubur

d)

jentik-jentik

31.

Fahimi terpaksa ______ di bawah rumah untuk mencari duit syilingnya yang terjatuh itu.

a)

membelek-belek

b)

mendongak-dongak

c)

merangkak-rangkak

d)

menggeleng-geleng

32.

Amin _________ menjadi usahawan yang berjaya pada suatu hari nanti.

a)

berfikir-fikir

b)

beringat-ingat

c)

berangan-angan

d)

bertenang-tenang

33.

Abu _________ apabila tenampak lembaga putih itu tiba-tiba muncul di hadapannya.

a)

terketar-ketar

b)

tersekat-sekat

c)

tertanya-tanya

d)

terangguk-angguk

34.

Pak Ali _______ ke kebun pisangnya dengan mengayuh basikal tuanya.

a)

berbengkang-bengkok

b)

berdentam-dentum

c)

berulang-alik

d)

berpindah-randah

35.

dali sering _______ apabila ditanya oleh guru kelasnya tentang sebab kelewatannya ke kelas tambahan.

a)

berkumat-kamit

b)

berdolak-dalik

c)

bermandi-manda

d)

bersorak-sorai

36.

Suasana _____ di kota itu menyebabkan Encik Ramli mengambil keputusan untuk berpindah ke desa.

a)

gelap-gelita

b)

lekak-lekuk

c)

hingar-bingar

d)

kusut-masai

37.

" _____--, saya tidak mahu mendengar alasan kamu lagi!" kata Alex kepada Ratna.

a)

Ah

b)

Wah

c)

Eh

d)

Oh

38.

"________, ke manakah Si Putih ini pergi! Hari sudah hendak hujan," kata Swee ling

a)

Wah

b)

Cis

c)

Ah

d)

Eh

39.

Seluar abang saya yang berwarna biru itu sudah ______.

a)

mengoyak

b)

terkoyak

c)

mengoyakkan

d)

kekoyakan

40.

Kebanyakan rumah penduduk kampung itu akan ________ air semasa musim banjir.

a)

menaiki

b)

dinaiki

c)

menaik

d)

kenaikan

41.

Barang-barang di pasar raya itu ________ dengan kemas.

a)

tersusun

b)

menyusun

c)

susunan

d)

penyusun

42.

Soon Keat tidak mempedulikan _____________ yang diberi oleh gurunya.

a)

bertegur

b)

teguran

c)

menegur

d)

ditegur

43.

"Kita harus sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang kita _____________," kata ibu kepada Natasha.

a)

pemilikan

b)

memiliki

c)

pemilik

d)

miliki

44.

_____________ setinggi dua puluh tingkat itu telah dibina oleh syarikat pembinaan bapa Ramesh.

a)

Pembangunan

b)

Bangunan

c)

Dibangunkan

d)

Membangun

45.

Cikgu Leong berharap agar semua __________nya akan berjaya dalam pelajaran.

a)

anak dagang

b)

anak kapal

c)

anak bulan

d)

anak didik

46.

"Jangan amalkan sikap _________ semasa mengadili mana-mana perlawanan bola sepak," kata ketua pengadil itu.

a)

kacang hantu

b)

berat sebelah

c)

mandi kerbau

d)

putar belit

47.

Encik Farid yang ________ itu sering memarahi pekerjanya.

a)

kecut perut

b)

titik peluh

c)

bawah angin

d)

panas baran

48.

"Kok Meng yang _________ itu jangan disangka bodoh kerana dia selalu mendapat nombor satu dalam peperiksaan ," kata Lina kepada Siti.

a)

lidah bercabang

b)

berat mulut

c)

patah hati

d)

tali barut.

49.

Budak yang bercakap banyak itu sebenarnya tidak tahu apa-apa pun. Dia seperti ___________.

a)

bulat hati

b)

putih mata

c)

bidan terjun

d)

tin kosong

50.

"Kita tidak boleh __________ dengan kejayaan yang dikecapi oleh orang lain," pesan Tok Din kepada cucunya.

a)

bulat hati

b)

kecil hati

c)

besar hati

d)

iri hati