wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Topikal Sains Tingkatan 4

Total questions: 25

Worksheet time: 6hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang kesan minuman beralkohol terhadap koordinasi badan?

a)

Pertuturan yang kurang jelas dan kadar denyutan jantung yang perlahan

b)

Penglihatan menjadi kabur dan kadar denyutan jantung yang lambat

c)

Kadar denyutan jantung dan tindakan refleks yang lambat

d)

Pertuturan yang tidak jelas dan penglihatan kabur

2.

Ahmad menjerit apabila menonton sebuah filem seram. Kelenjar apakah yang mempengaruhi perbuatannya?

a)

Kelenjar ovari

b)

Kelenjar pituitari

c)

Kelenjar adrenal

d)

Kelenjar tiroid

3.

Puan Aminah menghidap goiter. Antara kelenjar endokrin berikut, yang manakah gagal berfungsi?

a)

Tiroid

b)

Pituitari

c)

Pankreas

d)

Adrenal

4.

Mengapakah bahan-bahan yang mempunyai ikatan molekul mempunyai takat lebur yang rendah?

a)

Zarah-zarah diikat kuat oleh ikatan logam

b)

Zarah-zarah diikat lemah oleh ikatan Van der Waal

c)

Zarah-zarah diikat kuat oleh ikatan ion

d)

Zarah-zarah tidak berhenti bergerak

5.

Rajah di atas menunjukkan satu unsur dalam Jadual Berkala Unsur. Berapakah bilangan neutron dalam satu atom unsur itu?

a)

9

b)

10

c)

19

d)

28

6.

Rajah di atas menunjukkan empat unsur, P, Q, R dan S. Antara yang berikut, yang manakah boleh dikelaskan sebagai isotop?

a)

R dan S

b)

Q dan R

c)

P dan R

d)

P dan Q

7.

Ketidakstabilan isotop membebaskan sinaran radioaktif. Apakah kegunaan sinaran radioaktif dalam bidang perubatan?

a)

Untuk menghentikan pengaliran darah

b)

Untuk membuang parut

c)

Untuk merawat dan membunuh sel kanser

d)

Untuk membunuh sel badan

8.

Apakah ciri-ciri getah sintetik?

a)

Berat

b)

Tahan haba

c)

Konduktor elektrik yang baik

d)

Keras

9.

Apakah aloi yang paling sesuai untuk membuat basikal yang digunakan oleh atlet?

a)

Piuter

b)

Keluli

c)

Duralumin

d)

Aluminium

10.

Rajah di atas menunjukkan proses yang melibatkan tindak balas kimia. Apakah proses X?

a)

Pempolimeran

b)

Pembakaran

c)

Penyahpolimeran

d)

Pemvulkanan

11.

Apakah kegunaan seramik dalam kehiudupan harian?

a)

Balang kaca

b)

Botol

c)

Mentol

d)

Mangkuk

12.
  • Rawatan menggunakan sumber semula jadi
  • Rawatan diwarisi


Pernyataan di atas menerangkan salah satu kaedah rawatan penyakit. Antara berikut, yang manakah diterangkan dalam pernyataan tersebut?

a)

Kaedah rawatan moden

b)

Rawatan semula jadi

c)

Kaedah rawatan komplementari

d)

Kaedah rawatan tardisional

13.

Jumlah radikal bebas yang banyak di dalam badan akan menjejaskan kesihatan manusia. Mengapa?

a)

Radikal bebas akan bertindak balas dengan darah untuk bertukar menjadi lemak

b)

Radikal bebas akan membuatkan badan menjadi gemuk

c)

Radikal bebas akan bertindak balas dengan struktur DNA serta mengambil elektron DNA

d)

Radikal bebas akan membentuk longgokan lemak dalam salur darah

14.

Apakah bahan antioksida yang terdapat dalam minyak sawit?

a)

Beta karotena

b)

Vitamin C

c)

Vitamin E

d)

Garam mineral

15.

Mengapakah bahan aktif yang terdapat dalam produk kesihatan amat diperlukan?

a)

Untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit tertentu

b)

Untuk mebina sel-sel yang telah rosak

c)

Untuk membunuh kuman-kuman dalam badan manusia

d)

Untuk menggalakkan penghasilan hormon-horman dalam badan manusia

16.

Apa yang menyebabkan buah epal jatuh dari pokok?

a)

Daya graviti bumi

b)

Daya apungan

c)

Daya kinetik

d)

Daya kimia buah epal

17.

Seorang pelumba motor memulakan enjinnya daripada keadaan rehat. Motosikalnya mengambil masa 4 saat untuk mencapai kelajuan 20 ms-1. Berapakah pecutan yang dilakukan oleh pelumba tersebut?

a)

4 ms-2

b)

5 ms-2

c)

10 ms-2

d)

20 ms-2

18.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri keselamatan dalam kenderaan untuk mengurangkan impak inersia?

a)

Kerusi kulit

b)

Beg udara

c)

Penyandar kepala

d)

Stering kereta

19.

Seorang murid berlari 400 meter dalam masa 100 saat. Hitung laju murid tersebut.

a)

0.25 ms-1

b)

2.5 ms-1

c)

0.4 ms-1

d)

4.0 ms-1

20.

Sebuah kapal tangki minyak akan terus bergerak walaupun enjinnya sudah dimatikan. Pernyataan manakah yang dapat menerangkan situasi ini?

a)

Kapa tangki minyak itu mepunyai inersia yang besar

b)

Kapal tangki minyak itu mempunyai momentum yang besar

c)

Kapal tangki minyak itu mempunyai tenaga keupayaan yang besar

d)

Kapal tangki minyak itu mempunyai pecutan yang besar

21.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang jatuh bebas?

a)

Halaju objek yang jatuh bebas semakin berkurang

b)

Pecutan objek adalah negatif

c)

Sesatu objek mengalami jatuh bebas disebabkan oleh daya graviti Bumi

d)

Kecerunan graf halaju-masa bagi sesuatu objek yang jatuh bebas adalah negatif

22.

Antara cara berikut, yang manakah paling sesuai untuk melupuskan sisa-sisa radioaktif?

a)

Buang ke dalam sungai

b)

Simpan dalam bekas logam

c)

Timbus di dalam tanah

d)

Simpan dalam bekas plumbum dan tanam dalam tanah

23.

Apakah unsur radioaktif yang digunakan dalam reaktor nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik?

a)

Uranium-235

b)

Kobalt-60

c)

Karbon-14

d)

Natrium-24

24.

Langkah keselamatan manakah yang perlu dipatuhi semasa mengendalikan bahan radioaktif?

a)

Memakai lencana filem keselamatan

b)

Menyimpan bahan radioaktif dalam kotak

c)

Menyentuh bahan radioaktif menggunakan sarung tangan

d)

Melakukan uji radioaktif dalam kebuk wasap

25.

Apakah kesan sampingan ujian nuklear pada manusia?

a)

Manusia mengalami demam panas

b)

Manusia tidak mengalami kesan sampingan

c)

Manusia mengalami pening kepala

d)

Manusia mengalami kesan somatik dan kesan genetik