wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Urinari Manusia

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Seorang pendaki berasa pening di altitud tinggi akibat kejatuhan aras oksigen dalam darah.


Apakah proses yang berlaku dalam sistem respirasinya untuk mengembalikan aras oksigen ke normal?

a)

Otot interkosta mengecut dan mengendur dengan lebih cepat

b)

Diafragma mengecut dan mengendur dengan perlahan

c)

Kadar pernafasan dan ventilasi meningkat

d)

pH darah menurun

2.

Pengawalaturan suhu badan yang meningkat dikawal oleh efektor berlainan melalui cara berikut kecuali..

a)

kelenjar tiroid dan adrenal kurang dirangsang untuk menurunkan kadar metabolisma.

b)

arteriol di dalam kulit mengalami pemvasocerutan.

c)

otot erektor kurang dirangsang dan menyebabkan bulu roma condong ke permukaan kulit.

d)

Otot rangkan mengecut dan mengendur dengan cepat menyebabkan badan menggigil.

3.

Pengawalaturan suhu badan yang rendah dikawal oleh efektor berlainan iaitu..

a)

kelenjar adrenal dan tiroid dirangsang untuk penghasilan haba.

b)

kelenjar peluh tak dirangsang.

c)

otot erektor dirangsang supaya mengecut menyebabkan bulu roma menegak

d)

arteriol mengalami pemvasolidatan

4.

Kelompok sel (a)   dalam pankreas menghasilakn dan merembeskan hormon insulin dan glukagon secara beterusan ke dalam aliran darah untuk kawal atur aras gula dalam darah.

5.

Antara gejala pesakit kencing manis adalah..

a)

sentiasa berasa haus

b)

penat, letih

c)

penurunan berat badan

d)

peningkatan berat badan

6.

Susun semula turutan pengawalaturan tekanan separa karbon dioksida dalam darah.

i- Perubahan pH dikesan oleh kemoreseptor pusat dalam medula oblongata.
ii- Nilai pH darah dan bendalir tisu yang membasahi otak, menurun
iii- Karbon dioksida larut dalam plasma darah membentuk asid karbonik dan akan terurai kepada ion hidrogen dan ion bikarbonat.
iv- Tekanan separa karbon dioksida meningkat disebabkan oleh aktiviti respirasi sel.

 \sim  

a)

i \rightarrow  ii \rightarrow  iv \rightarrow  iii

b)

iv \rightarrow iii \rightarrow  ii \rightarrow  i 

c)

iv \rightarrow  ii \rightarrow  iii \rightarrow  i

d)

i \rightarrow  ii \rightarrow  iii \rightarrow  iv

7.

Ginjal mempunyai dua fungsi utama iaitu sebagai organ perkumuhan. Selain itu untuk tujuan pengosmokawalaturan yang mengawal...

a)

jumlah isipadu air dalam bendalir badan

b)

kepekatan ion dalam bendalir badan

c)

tekanan osmosis darah

d)

kandungan elektrolit dan pH darah

8.

Seorang atlet mendapati bahawa beliau membuang air kecil dalam kuantiti yang sedikit pada waktu tengah hari berbanding pagi. Mengapa ini berlaku?

a)

Kerosakan saluran kencing

b)

Jumlah kehilangan air oleh ginjal berkurangan apabila keadaan persekitaran lebih panas

c)

Jumlah pengambilan makanan di waktu pagi kurang daripada waktu tengah hari

d)

Makanan tengah hari mempunyai kandungan garam lebih tinggi berbanding sarapan

9.

Antara berikut, manakah memberikan daya untuk ultraturasan berlaku dalam tubul ginjal?

a)

hormon ADH

b)

penguraian urea

c)

pengecutan ventrikel kiri jantung

d)

mitokondria dalam sel kapsul bowman

10.

Apakah tiga proses utama yang terlibat dalam penghasilan air kencing mengikut urutan?

a)

ultraturasan, penyerapan semula, dan rembesan.

b)

ultrapenurasan, peresapan semula, dan perembesan

c)

rembesan, resapan aktif, penurasan

d)

ultraturasan, rembesan, penyerapan semula

11.

Setiap nefron terdiri daripada...

a)

kapsul bowman

b)

glomerulus

c)

tubul renal

d)

liku henle

12.

Apakah yang berlaku jika kita makan banyak makanan masin dan kurang minum air?

a)

Penghasilan air kencing banyak dan cair

b)

Tekanan osmosis darah menurun ke bawah julat normal

c)

Kelenjar pituitari dirangsang untuk rembeskan lebih ADH

d)

Dinding tubul berlingkar distal dan dinding duktus pengumpul lebih telap terhadap air

13.

Apakah mekanisma pembetulan yang dijalankan oleh badan untuk mengembalikan tekanan darah yang tinggi ke normal?

a)

Otot kardium mengecut dan mengendur dengan lebih cepat

b)

Kadar denyutan jantung menjadi perlahan

c)

Pemvasodilatan berlaku

d)

Rintangan pengaliran darah bertambah

14.

Apakah bahan yang kekal berada dalam glomerulus dan tidak terturas keluar?

a)

Eritrosit

b)

Leukosit

c)

Platlet

d)

Protein plasma

15.

Bahan apakah yang dirembes keluar ke dalam tubul berlingkar distal secara resapan ringkas dan pengangkutan aktif?

a)

ion Hidrogen

b)

ion Kalium

c)

ion Ammonium

d)

Urea