wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

reka bentuk & teknologi tahun 4

Total questions: 22

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Antara pernyataan berikut, yang manakah bukan peraturan keselamatan bengkel?

a)

Mematuhi kesemua tanda keselamatan dalam bengkel

b)

Buka semua pintu dan tingkap sebelum mulakan aktiviti

c)

Membawa beg masuk ke dalam bengkel

d)

Membersihkan meja kerja dan bengkel setelah melakukan kerja

e)

Menggunakan alatan dan bahan dengan sendiri tanpa kebenaran guru

2.

Apakah yang perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan diri semasa di dalam bengkel?

a)

Memakai selipar dan pakaian yang tidak bersesuaian

b)

Tidak mengikat rambut yang panjang

c)

Memakai apron dan tudung dimasukkan ke dalam apron

d)

Tidak memakai apron dan berkaki ayam

3.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya murid-murid menggunakan peralatan di dalam bengkel?

a)

Menggunakan alatan dengan berhati-hati

b)

Bergurau dan bermain bersama rakan-rakan

c)

Bertanya dan minta tunjuk ajar guru sebelum menggunakan alatan

d)

Membiarkan alatan bersepah dan merata-rata

e)

Tidak membersihkan alatan selepas digunakan

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan simbol di atas?

a)

Bahan yang panas

b)

Bahan mudah terbakar

c)

Bahan yang mengeluarkan api

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan simbol dan tanda keselamatan di bawah?

a)

Orang terjatuh

b)

Lantai berair

c)

Lantai licin

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan simbol dan tanda keselamatan di bawah?

a)

Laluan untuk berlari

b)

Laluan keluar semasa kecemasan

c)

Laluan masuk ke bilik

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan simbol di atas?

a)

Kawasan dibenarkan merokok

b)

Kawasan bebas asap rokok

c)

Kawasan larangan merokok

8.

Manakah antara berikut merupakan langkah-langkah yang betul untuk merawat luka melecur?

a)

Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera -> Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air -> Sapukan krim atau losen yang sesuai merawat kelecuran

b)

Sapukan krim atau losen yang sesuai merawat kelecuran -> Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera -> Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air

c)

Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air -> Sapukan krim atau losen yang sesuai merawat kelecuran -> Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera

9.

Sekiranya rakan anda terkena renjatan eletrik, bagaimanakah anda boleh menyelamatkannya?

a)

Rehatkan mangsa di tempat yang selesa dan dapatkan bantuan -> Jangan sentuh mangsa -> Alihkan mangsa daripada punca renjatan menggunakan bahan penebat seperti kayu atau tali pinggang

b)

Alihkan mangsa daripada punca renjatan menggunakan bahan penebat seperti kayu atau tali pinggang -> Rehatkan mangsa di tempat yang selesa dan dapatkan bantuan -> Jangan sentuh mangsa

c)

Jangan sentuh mangsa -> Alihkan mangsa daripada punca renjatan menggunakan bahan penebat seperti kayu atau tali pinggang -> Rehatkan mangsa di tempat yang selesa dan dapatkan bantuan

10.

Apakah langkah menggunakan alat pemadam api untuk kebakaran kecil?

a)

Tarik pin picu

b)

Halakan muncung ke arah api mengikut arah angin

c)

Tekan tuas

d)

Layangkan muncung ke kiri dan kanan

11.

Manakah antara berikut merupakan bahan bukan logam ?

a)

MDF

b)

Zink

c)

Keluli

d)

Kepingan Aluminium

12.

Rujukan atau panduan utama semasa membina projek ialah _______

a)

manual

b)

buku teks

c)

buku aktiviti

d)

guru matapelajaran rbt

13.

Perkara-perkara berikut terkandung didalam manual penghasilan projek KECUALI

a)

Lukisan kerja

b)

Lukisan ceraian

c)

Lukisan lakaran

d)

Lukisan rupa bentuk projek

14.

Sofian ingin menghasilkan projek berasaskan bahan logam dan bukan logam. Manakah antara bahan berikut yang boleh Sofian pilih ?

a)

keluli dan zink

b)

zink dan PVC

c)

PVC dan perspeks

d)

perspeks dan MDF

15.

Benih yang baik mempunyai ciri-ciri berikut, KECUALI

a)

berisi

b)

matang

c)

berbentuk normal

d)

mempunyai tompokan kulat

16.

apakah alat perkebunan yang digunakan untuk mengorek lubang pada medium semaian dan memindahkan anak benih ke tapak semaian ?

a)

pungkis

b)

penyiram

c)

sudip tangan

d)

serampang tangan

17.

Berikut merupakan haiwan perosak yang selalu merosakkan tanaman, KECUALI

a)

ulat

b)

kutu

c)

kumbang

d)

siput babi

18.

apakah nisbah campuran bagi medium semaian?

a)

3:2:1

b)

1:2:3

c)

1:1:2

d)

2:1:1

19.

Kegagalan dalam penyediaan sanitasi makanan yang betul menyebabkan perkara-perkara berikut, KECUALI

a)

makanan tercemar

b)

makanan mudah rosak

c)

memudaratkan kesihatan

d)

masalah kegemukan atau obesiti

20.

"LESUNG BATU"


Bersadarkan pernyataan berikut, yang manakah mempunyai fungsi yang sama dengannya?

a)

Ketuhar

b)

Kuali

c)

Pengisar

d)

Pengadun Kek

21.

Manakah antara berikut yang sesuai dihiasi dengan gula ising ?

a)

Kek

b)

donat

c)

karipap

d)

puding roti

22.

Antara berikut manakah yang menggambarkan hidangan sarapan pagi di malaysia ?

a)

Menu 1 - Burger, Cempedak Goreng, Buah strawberi, air kopi

b)

Menu 2 - Salad buah, bebola daging, buah epal, jus oren

c)

Menu 3 - Nasi lemak, telur rebus, buah tembikai, air teh tarik

d)

Menu 4 - Spageti, roti bawang putih, salad sayuran, susu coklat