NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Perlawanan akhir pertandingan silat itu sungguh sengit kerana kedua-dua peserta itu sama-sama handal dan hebat
Seperti bulan dengan matahari
Seperti anjing dengan kucing
Seperti buku dengan ruas
Seperti halilintar membelah bumi
Jangan jadi __________ kalau kamu sendiri tidak berbuat baik seperti mana yang kamu nasihatkan.
laksana pohon kayu yang tidak berbuah
seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
seperti pelita membakar diri menerangkan orang lain
seperti harimau menunjukkan belangnya
Serahkan sahaja tugas yang sukar itu kepada orang yang arif tentangnya kerana
alah bisa tegal biasa
malu bertanya sesat jalan
tidak ke mana gunung dikejar
jauhari juga yang mengenal manikam
Penjenayah licik yang paling dikehendaki oleh pihak polis itu akhirnya tertangkap juga
Jerat tidak lupakan pelanduk, tetapi pelanduk lupakan jerat.
Sesat di hujung jalan baik ke pangkal jalan
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Walaupun kamu tidak pandai, tetapi kamu berusaha bersungguh-sungguh, akhirnya kamu berjaya juga
Belakang parang diasah lagikan tajam
Benih yang baik jika jatuh ke laut menjadi pulau
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Vivian dikenali sebagai ___________ kerana rajin membaca buku walau di mana-mana dia berada.
yatim piatu
ulat buku
puteri lilin
murah hati
Pak Cik Ho ____________ apabila tanaman dan ternakan di ladangnya mati akibat diracun.
mandi peluh
telinga nipis
naik darah
panjang tangan
Ayah akan membawa kami sekeluarga _________ ke Pulau Perhentian selama tiga hari dua malam.
makan angin
jejak langkah
makan gaji
cari jalan
Wanita itu _____________ kerana suka bercakap sehingga rakan-rakannya berasa geram.
cerdik seperti kancil
angkuh seperti merak
becok seperti murai
cari jalan
Pelari pecut itu berlari _____________ sehingga dia memenangi acara itu tanpa saingan
berani seperti harimau
bebas seperti burung
licin seperti belut
cepat seperti kilat
Perangai Irfan sama seperti bapanya yang meminati bola sepak sehingga mereka digelar ________
bapa borek anak rintik
biar mati anak, jangan mati adat
buang yang keruh, ambil yang jernih
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
Sani berbuat baik dan sering mengikut abangnya kerana dia ________
sambil menyelam minum air
sudah jatuh ditimpa tangga
ada udang di sebalik batu
pucuk dicita ulam mendatang
Lelaki itu peramah dan selalu membantu orang-orang kampung tetapi dia ditangkap oleh polis kerana ___
alah biasa tegal biasa
jauh di mata dekat di hati
di mana ada gula di situ ada semut
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Azim dan abangnya suka bergaduh dan berebut mainan seperti ______
pinang dibelah dua
semut dengan gula
rusa masuk kampung
anjing dengan kucing
