NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU PEMAHAMAN UPSR
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pesalah jalan raya itu __________ anggota polis trafik itu supaya tidak menyamannya.
merayu-rayu
mendayu-dayu
memujuk-mujuk
mendesak-desa
Pembakaran secara terbuka menjejaskan kualiti udara. _____ , pelbagai langkah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar untuk memantau keadaan ini.
Lebih-lebih lagi
Meskipun demikian
Walau bagaimanapun
Sehubungan dengan itu
Pilih ayat yang betul.
Bas itu telah tiba di destinasi petang nanti.
Ibu ke kedai kerana akan membeli sekilo gula.
Ayah sedang membaca surat khabar di ruang tamu.
Persatuan Bahasa Melayu belum melawat ke syarikat penerbitan akhbar pada minggu hadapan.
_________ murid gemar mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan.
Setiap
Sekalian
Sesetengah
Masing-masing
Encik Luqhman sedang _______ beberapa dokumen yang akan digunakan dalam mesyuarat pada petang nanti.
membaik pulih
mengemas kini
mencampur aduk
memindah milik
Puan Amni _______ apabila melihat pelbagai jenis lauk yang dijual di restoran itu.
putih mata
gelap mata
mata duitan
rambang mata
Pilih ayat yang betul.
Ruang tamu itu perlu diubah suai supaya kelihatan lebih luas.
Afiq pulang ke kampung halamannya dengan menaiki kapal selam.
Sebagai anak, kita hendaklah menjalankan soal jawab kepada orang tua kita.
Ayah menghadiahkan seutas jam dinding kepada kakak bersempena dengan hari lahirnya.
Pilih peribahasa yang paling sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.
Tindakan Datin Azimah memberi bantuan kepada pemuda itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat kerana dia memang malas berusaha.
Bumi mana tidak ditimpa hujan
Beri betis hendak paha
Belum duduk sudah berlunjur
Mencurahkan garam ke laut
Balqis berasa _________ apabila melihat seekor katak yang sangat besar.
debak-debuk
geli-geleman
jelur-jelir
keluh-kesah
Jangan biasakan diri menyebut sesuatu yang _______ kerana bimbang akan menjadi kebiasaan.
culang-caling
caci-maci
hina-dina
carut-marut
Hatinya _______ kerana selalu diejek oleh budak-budak nakal itu.
risau
hangat
sedih
gundah
Kami duduk-duduk sambil minum di kantin untuk ________ penat selepas berlatih sukan.
membuang
melupakan
menghilangkan
melenyapkan
Encik Fawaz makan tengah hari di kedai _______ isterinya pulang ke kampung.
semenjak
tatkala
sungguhpun
manakala
Encik Fitri _______ dapur rumahnya yang sempit itu.
membesar
pembesaran
memperbesar
memperbesarkan
Encik Haziq seorang yang amanah dan bertanggungjawab. ________ , dia dilantik sebagai bendahari persatuan.
Selain itu
Namun begitu
Oleh yang demikian
Tambahan pula
Adila sedar bahawa dia tidak pandai. Oleh itu, dia terus berusaha kerana ______________________________________.
belakang parang jika diasah lagikan tajam
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
patah tumbuh hilang berganti
Pilih ayat yang betul.
Ramai murid-murid sekolah itu datang lewat kerana hari hujan.
Keadaan pasar raya itu di waktu petang agak lengang.
Sebatang tali air telah dibina di kawasan sawah padi itu.
Setengah penduduk di kawasan itu telah berpindah kerana banjir.
Pilih ayat yang betul.
Arisya dan Muzlifah sedang berbual-bual mengenai temasya sukan sekolah mereka.
Kerani itu memperbanyakkan borang dengan menggunakan mesin fotostat.
Kedua-dua murid lelaki itu selalu datang awal ke sekolah.
Encik Rahim adalah guru yang berdedikasi.
Izzati menyangkal pendapat yang diutarakan oleh Hajar.
Pilih antonim bagi menyangkal.
mengizinkan
mengakui
melawan
membantah
Izzah ________ tungku dapur gas itu dengan pemetik gas.
menyalakan
mencucuhkan
menghidupkan
membakarkan
