NEW
Font size
WorksheetsTATABAHASA TINGKATAN 2 (3)
Total questions: 15
Worksheet time: 1hrs 15mins
Ikram _____________ sebaldi air untuk disiram pada pokok bunganya yang kekeringan akibat cuaca panas.
A. menjunjung
B. menjinjing
C. mengelek
D. memikul
A
B
C
D
Menurut buku panduan resepi itu, ibu akan memasukkan_____________ garam ke dalam masakan kari ikan patin.
A. segenggam
B. seketul
C. secubit
D. seberkas
A
B
C
D
Puteri raja itu akan ______________ untuk bersiram di tepi sungai sambil ditemani oleh dayang istana.
A. bertolak
B. bergerak
C. berjalan
D. berangkat
A
B
C
D
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Mereka-mereka yang tidak hadir ke sekolah semalam sila pergi ke bilik guru.
II. Semua lukisan-lukisan yang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik.
III. Novel kanak-kanak yang popular itu kamu karang.
IV. Pelajar sekolah perlu sentiasa mematuhi peraturan dan disiplin sekolah.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
A
B
C
D
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Undang-undang jalan raya yang ketat dikatakan mampu mendisiplinkan
pemandu.
II. Baju lama yang disarung oleh adik kelihatan ketat.
III. Penutup botol itu sukar untuk dibuka kerana terlampau ketat.
IV. Kata-kata ketat yang diucapkan boleh menggores perasaan seseorang.
A. I dan VI sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, IV sahaja
A
B
C
D
Jika kita rajin mencuba dan gigih berusaha, tidak mustahil, semua perkara dapat kita laksanakan.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
A. di mana ada kemahuan di situ atau jalan
B. alah bisa tegal biasa
C. belakang parang kalau diasah lagikan tajam
D. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal jalan
A
B
C
D
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
“ Saya harap kamu semua belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan sudah hampir,” nasihat pengetua kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga.
A. Pengetua dinasihatkan oleh pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan sudah hampir.
B. Pengetua menasihati pelajar-pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan sudah hampir.
C. Pengetua menasihati pelajar-pelajar tingkatan tiga supaya belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan sudah hampir.
D. Pengetua dinasihati oleh para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan sudah hampir.
A
B
C
D
"Seperti ikan pulang ke lubuk"
Peribahasa yang sinonim dengan peribahasa di
atas ialah ……………….
A. Bagai gagak pulang ke benua.
B. Bagai sirih pulang ke riba.
C. Bagai anjing menyalak bukit.
D. Bagai belut pulang ke lumpur.
A
B
C
D
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Pencemaran alam sekitar berlaku akibat sikap masyarakat yang membuang sampah di merata-rata tempat.
II. Oleh sebab sakit, sudah lima hari Sultan Badrul Syah tidak santap.
III. Hasrul akan menghadiri temu duga jawatan setiausaha di pejabat daerah esok.
IV. Antara punca-punca kemalangan di lebuh raya ialah pemandu kekurangan rehat yang cukup.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
A
B
C
D
Pilih jawapan yang paling tepat bagi maksud Kata Akronim.
A. Perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan
B. Perkataan yang disingkatkan menjadi pendek dan ringkas
C. Satu proses mencipta perkataan yang baru dan singkat
D. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan keadaan atau situasi
Lengkapkan ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Seseorang teman yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya ___________ ke kancah maksiat.
A. terjerumus
B. terperosok
C. termusnah
D. terikut
Lengkapkan ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Kawasan pedalaman di Sabah hanya boleh ___________ melalui jalan sungai sahaja.
A. dilalui
B. dihubungi
C. disusun
D. direntas
Lengkapkan ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Golongan remaja semakin lupa akan budaya ketimuran yang selama ini menjadi ___________ generasi terdahulu.
A. kehebatan
B. kesukaran
C. kebanggaan
D. kesenangan
Lengkapkan ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat masih belum mencapai ___________ yang membanggakan.
A. tahap
B. aras
C. paras
D. tingkat
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
I. Cikgu Murni telah mengajar di kawasan
pendalaman itu selama lima tahun.
II. Cikgu Rahim begitu menarik hati
keayuan dan kelincahan gadis desa itu.
III. Cikgu Masiha telah memperkenalkan pelbagai kaedah pengajaran kepada pelajarnya.
IV. Cikgu Rafeah sedang mengajarkan
karangan tentang masalah sosial masa kini.
A. I dan III sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
