wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SUBJEK DAN PREDIKAT SPM

Total questions: 14

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan SUBJEK bagi ayat berikut:

1.Penduduk Kampung Meranti membersihkan tanah terbiar itu untuk dijaDikan tapak semaian.

a)

Penduduk

b)

Penduduk Kampung

c)

Penduduk Kampung Meranti

2.

Nyatakan PREDIKAT bagi ayat berikut:

Penduduk Kampung Meranti membersihkan tanah terbiar itu untuk dijadikan tapak semaian

a)

membersihkan tanah terbiar itu untuk dijadikan tapak semaian

b)

Kampung Meranti membersihkan tanah terbiar itu untuk dijadikan tapak semaian

c)

Meranti membersihkan tanah terbiar itu untuk dijadikan tapak semaian

3.

Nyatakan SUBJEK bagi ayat berikut:

Kita perlu membawa barangan yang penting sahaja ke tapak perkhemahan di atas bukit itu

a)

Kita perlu

b)

Kita perlu membawa barangan yang penting sahaja

c)

Kita

d)

Kita perlu membawa barangan

4.

Nyatakan PREDIKAT bagi ayat berikut:

Kita perlu membawa barangan yang penting sahaja ke tapak perkhemahan di atas bukit itu

a)

perlu membawa barangan yang penting sahaja ke tapak perkhemahan di atas bukit itu

b)

membawa barangan yang penting sahaja ke tapak perkhemahan di atas bukit itu

c)

yang penting sahaja ke tapak perkhemahan di atas bukit itu

d)

ke tapak perkhemahan di atas bukit itu

5.

Nyatakan SUBJEK bagi ayat berikut:

Guru mengajar murid-murid di dalam kelas subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

a)

Guru

b)

Guru mengajar murid-murid

c)

Guru mengajar murid-murid di dalam kelas

6.

Nyatakan PREDIKAT bagi ayat berikut:

Guru mengajar murid-murid di dalam kelas subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

a)

subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

b)

di dalam kelas subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

c)

mengajar murid-murid di dalam kelas subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

7.

Nyatakan SUBJEK bagi ayat berikut:

Abang saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.

a)

Abang

b)

Abang saya

c)

Abang saya yang sulung

8.

Nyatakan PREDIKAT bagi ayat berikut:

Abang saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.

a)

yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur

b)

memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.

c)

saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.

9.

Nyatakan SUBJEK bagi ayat berikut:

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

a)

Seri Paduka Baginda

b)

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

c)

Yang di-Pertuan Agong

10.

Nyatakan PREDIKAT bagi ayat berikut:

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

a)

menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

b)

Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

c)

mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

11.

Nyatakan PREDIKAT bagi ayat berikut:

Biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

a)

telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

b)

yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

c)

itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

12.

Nyatakan SUBJEK bagi ayat berikut:

Biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

a)

Biduanita

b)

Biduanita yang bersuara merdu itu

c)

Biduanita yang bersuara merdu

13.

Nyatakan SUBJEK bagi ayat berikut:

Pada minggu lalu, lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula.

a)

Pada minggu lalu, lembu yang menanduk kereta ayah saya itu

b)

Pada minggu lalu,

c)

lembu yang menanduk kereta ayah saya itu

d)

lembu yang menanduk kereta ayah

14.

Nyatakan PREDIKAT bagi ayat berikut:

Pada minggu lalu, lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula.

a)

lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula.

b)

menanduk kereta Ahmad pula.

c)

saya itu menanduk kereta Ahmad pula.