Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Peribahasa

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Peribahasa alah membeli, menang memakai membawa maksud ...

a)

Biarlah miskin, yang penting bergaya

b)

Orang yang berusaha pasti akan dapat membeli barang yang dicari

c)

Membeli barang tidak sesuai dengan kemampuan

d)

Tidak mengapa harga mahal asalkan tahan lama

2.

Apakah peribahasa yang sama erti dengan "seperti abu di atas tunggul"?

a)

Seperti telur di hujung tanduk

b)

Seperti embun di hujung rumput

c)

Retak menanti belah

d)

Tiada jawapan yang tepat

3.

Peribahasa yang sesuai dengan maksud berikut :


"Mengikut sahaja kehendak orang lain tanpa sebarang bantahan"

a)

Seperti lembu dicucuk hidung

b)

Seperti pahat dengan penukul

c)

Seperti embun di hujung rumput

d)

Tiada jawapan yang tepat

4.

Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya.

a)

Bagai kacang lupakan kulit

b)

Menconteng arang ke muka

c)

Bagai menatang minyak yang penuh

d)

Bagai ulat lupakan daun

5.

Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamad masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.

a)

Bagai itik pulang petang

b)

Bagai ikan pulang ke lubuk

c)

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri

d)

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

6.

Sarah Nadhirah belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh untuk menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 kerana dia percaya bahawa __________

a)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

usaha tangga kejayaan

c)

masa itu emas

d)

muafakat membawa berkat

7.

1. Penduduk Kampung Pantai selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu_________ .

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

seperti anjing dengan kucing

8.

Hafiz dikatakan ___________kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai kera dapat bunga

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

bagai menatang minyak yang penuh

9.

Sikap Ivon menganiaya Iveline yang telah membantunya diibaratkan ___________

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

10.

Air mukanya ____________kerana dijangkiti penyakit H1N1.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti ayam berak kapur

c)

begai tikus membaiki labu

d)

bagai dakwat dengan kertas

11.

Encik Sofian dan Puan Fitri menjaga anak angkat mereka _______

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti bumi dengan langit

c)

seperti anjing dengan kucing

d)

bagai menatang minyak yang penuh