wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Percubaan negeri kelantan

Total questions: 40

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

"Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasullullah SAW"

Pernyataan diatas adalah merujuk kepada maksud

a)

Kufur akhlak

b)

kufur nikmat

c)

kufur syariat

d)

kufur hakikat

2.

Hukuman ke atas orang islam yang meminum arak ialah

a)

06 kali sebatan

b)

40 kali sebatan

c)

80 kali sebatan

d)

100 kali sebatan

3.

Pilih jawapan tepat mengenai prinsip pegangan akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

a)

Mengharuskan perkahwinan mut'ah

b)

Berpegang teguh dengan hadis dhoif

c)

Berpegang dengan prinsip salafusoleh

d)

Menghukum walaupun tiada bukti yang sahih

4.

Mengapakah seseorang yang telah melakukan dosa perlu bertaubat dengan segera?

a)

Kerana seseorang itu boleh bertaubat bila-bila masa

b)

Kerana seseorang itu tidak tahu bila ia akan mati

c)

Supaya dipandang mulia oleh manusia

d)

Supaya hidup disukai oleh manusia

5.

Manakah yang berikut tidak benar mengenai maksud berkemampuan dalam ibadat haji?

a)

Sihat tubuh badan

b)

Aman perjalanan pergi dan balik

c)

Memiliki ilmu pengetahuan yang cukup

d)

Mempunyai bekalan untuk tanggungan yang ditinggalkan

6.

Berikut adalah perkara-perkara yang dilarang ketika berihram KECUALI

a)

Menutup kepala bagi perempuan

b)

Memakai pakaian berjahit bagi lelaki

c)

Memakai minyak wangi pada pakaian

d)

Memakai sarung tangan bagi perempuan

7.

"Binatang yang sah dijadikan korban dan akikah hanyalah binatang al-An'am"

Di antara berikut manakah binatang al-An'am tersebut.

a)

Ayam,itik dan arnab

b)

Kerbau,kuda dan unta

c)

Biri-biri,rusa dan arnab

d)

Kambing,lembu dan unta

8.

Berikut bukan nerupakan syarat manfaat dalam urusan sewa.

a)

Dapat diberikan oleh yang mengambil upah

b)

Diketahui kadar dan jangka masa

c)

Dibayar dengan wang

d)

Berharga

9.

Orang yang berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa persetujuan dengan syarat bakal suaminya adalah sekufu ialah

a)

Wali mujbir

b)

Wali hakim

c)

Saudara lelaki

d)

Wali bukan mujbir

10.

Apakah hukum mengadakan jamuan walimatulurus?

a)

Wajib

b)

Harus

c)

Sunat

d)

Sunat muakkad

11.

Pilih penyataan yang benar menerangkan maksud zihar.

a)

suami menyamakan isterinya dengan mana-mana anggota ibunya

b)

Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami

c)

Perceraian antara suami dengan isteri dengan lafaz talak

d)

Pembatalan ikatan perkahwinan melalui kadi

12.

Di antara berikut yang manakah karya Imam Ahmad bin Hambal r.h dalam bidang hadis?

a)

Al-Musnad

b)

Al-Manasik al-kabir

c)

Al-Nasikh Walmansukh

d)

Al-Manasik al-saghir

13.

Imam Bukhari rahimullah terkenal sebagai ahli__________.

a)

Fiqah

b)

Tafsir

c)

Hadis

d)

Tauhid

14.

Penyataan manakah yang menerangkan tentang hak isteri yang diceraikan talak satu atau dua?

I Boleh menerima lamaran daripada lelaki lain

II Boleh berkahwin dengan lelaki pilihannya

III Dilarang keluar tanpa izin suami

IV Berhak mendapat nafkah zahir

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

15.

perlantikan Saidina Ali bin Abi talib sebagai khalifah ditentang oleh

a)

Abd Rahman bin Auf

b)

Muawiyah bin Abi Sufian

c)

Zubir bin al-Awwam

d)

Talhah bin Ubaidah

16.

Khalifah kerajaan Bani Umayyah yang mendapat gelaran khulafa al-Rasyidin kelima ialah

a)

Umar bin Abdul Aziz

b)

Yazid bin Muawiyah

c)

Marwan bin al-Hakam

d)

Abdul malik bin marwan

17.

Pernyataan manakah tidak benar mengenai usaha-usaha untuk memajukan sektor pertanian

a)

Membina saliran

b)

Membuat empangan

c)

Membuka tanah pertanian yang baru

d)

Menanam biji benih yang baik

18.

. Sheikh Tahir Jalaluddin pernah berkhidmat sebagai mufti di dua buah negeri. Negeri-negeri tersebut ialah

a)

Johor dan Perlis

b)

Johor dan Perak

c)

Kelantan dan Perak

d)

Perak dan Terengganu

19.

kerugian orang yang tidak mengamalkan Sunnah Rasulluah SAW ialah

a)

Dikasihi oleh Rasulullah saw

b)

Tidak merosakan iman pada diri sendiri

c)

Tidak mendapat syafaat daripada Rasulullah saw di akhirat

d)

Terhapus pahala atas kebaikan yang dilakukan

20.

. berikut adalah tiga buah masjid utama yang sunat diziarahi kecuali

a)

Masjid al-Aqsa

b)

Masjid al-ansar

c)

Masjid al-Haram

d)

Masjid an-Nabawi

21.

(a)   ialah ilmu yang berkaitan dengan perbuatan atau pertolongan makhluk ghaib yang bertujuan untuk memudaratkan manusia

22.

iman bermaksud membenarkan dengan (a)   , mengakui dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota

23.

Allah SWT menegaskan bahawa perbuatan (a)   adalah lebih dasyat daripada membunuh.

24.

pengasas ajaran (a)   ialah haji Muhammad bin Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan haji Muhammad Matahari

25.

. Ajaran (a)   mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah

26.

. Beriktikad bahawa alam ini bersifat kekal (baqa’’) adalah ciri-ciri ajaran (a)  

27.

. Berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah selepas gelincir matahari sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah Ibadat tersebut ialah (a)  

28.

(a)   ialah sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat ihram haji atau umrah

29.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah ialah Mal dan (a)  

30.

Jenis talak dari aspek hukum ialah (a)   dan bid’ïe.

31.

. syarat-syarat berpoligami ialah tidak melebihi 4 orang isteri, mampu dari segi jasmani dan kewangan serta boleh berlaku (a)  

32.

Asas kebahagian sesebuah rumah tangga ialah (a)   dan pergaulan yang baik.

33.

karya Ibnu Sina (a)   digunakan sebagai sumber rujukan kepada bidang perubatan dunia.

34.

-Menghormati pengunjung lain.

-Berpakaian menutup aurat

-Aktiviti tidak bertentangan dengan syarak

Pernyataan di atas adalah merujuk kepada adab (a)   .

35.

Allah berjanji akan mengangkat (a)   orang yang berjihad di jalanNya

36.

-Mempelajari Islam

-Menyebarkan ilmu

-sabar dan ikhlas menyebarkan Islam

-Mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian

Pernyataan di atas merujuk kepada jihad (a)   .

37.

(a)   ialah sesuatu barang bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman

38.

. kontrak (a)   tamat dengan sebab tamat tempoh kecuali uzur.

39.

. (a)   ialah sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan

40.

(a)   akan terbatal apabila salah seorang rakan kongsi membatalkan penyertaannya.