wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Pilih 2 peribahasa yang menggambarkan maksud perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama-lama akan berbaik-baik jua.

a)

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga

b)

air dicencang tak akan putus

c)

bagai haruan pulang ke lubuk

d)

bagai gagak pulang ke benua

2.

' Disebabkan perbuatan seseorang, semua yang lain turut terkena akibatnya'


apakah peribahasa yang sesuai bagi pernyataan di atas?

a)

seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit

b)

habis madu sepah dibuang

c)

bagai api dalam sekam

3.

Apakah peribahasa yang sesuai menggambarkan maksud pernyataan di bawah?


' Manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain'?

a)

membuka pekung di dada

b)

rambut sama hitam, hati lain-lain

c)

air dicencang tak akan putus

4.

Apakah maksud peribahasa ' hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah'?

a)

Susah senang dihadapi bersama.

b)

Musuh yang tersembunyi.

c)

Persahabatan yang sangat akrab.

5.

Pilih 2 peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa

'bagai isi dengan kuku'

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai bulan jatuh ke riba

d)

bagai menatang minyak yang penuh

6.

'Apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi'


yang manakah antara peribahasa berikut yang menggambarkan maksud di atas?

a)

Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

b)

Gunting dalam lipatan.

c)

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

7.

"Nazri, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu ________(i)_______ "


Pilih peribahasa yang sesuai untuk diisi pada ruangan kosong.

a)

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

b)

seperti air dalam kolam

c)

bagai telur dihujung tanduk

8.

Pilih 2 peribahasa yang menggambarkan situasi di bawah.


' Nasihat yang tidak dihargai atau melakukan sesuatu yang sia-sia'

a)

bagai air titik ke batu

b)

bagai mencurah air ke daun keladi

c)

embun di hujung rumput

d)

sarang tebuan jangan dijolok

9.

'Walaupun Alia berasa kasihan akan nasib malang yang menimpa Amira, tetapi Amira yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.'


Pilih peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi di atas.

a)

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

b)

benih yang baik jatuh je laut menjadi pulau

c)

alah bisa tegal biasa

10.

'Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.'


Yang manakah antara berikut menggambarkan situasi di atas?

a)

ukur baju di badan sendiri

b)

alah membeli menang memakai

c)

Indah khabar dari rupa