wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA

Total questions: 75

Worksheet time: 56mins

Name
Class
Date
1.

Guru-guru sedang ... fail-fail laporan prestasi untuk diserahkan kepada murid.

a)

mengagihkan

b)

mengemaskini

c)

mengemas kini

d)

membeli

2.

Kita perlu bersenam supaya badan sentiasa ... dan cergas.

a)

kukuh

b)

sihat

c)

cerdas

d)

kuat

3.

Para peserta acara larian berhati-hati ketika berlari kerana keadaan padang yang ... .

a)

lebat

b)

redup

c)

basah

d)

licin

4.

Pelajar mesti menguasai semua ... yang dipelajari agar seimbang aspek fizikal dan rohani.

a)

matapelajaran

b)

mata pelajaran

c)

pelajaran

d)

kemahiran

5.

Murid yang nakal itu diarahkan oleh Cikgu Murni supaya duduk di ... kelas.

a)

tengah

b)

belakang

c)

hadapan

d)

sisi

6.

Muri-murid saling berpandangan apabila terdengar suara jeritan dari ... kelas itu.

a)

luar

b)

samping

c)

belakang

d)

depan

7.

Saya sentiasa ... akan nasihat guru agar berbudi bahasa dan menghormati orang lain.

a)

ingat

b)

teringat

c)

mengingatkan

d)

ingatkan

8.

Kereta yang dipandu laju itu ... melanggar kenderaan yang

datang dari arah bertentangan .

a)

nyaris-nyaris

b)

jauh-jauh

c)

cepat-cepat

d)

dekat-dekat

9.

Pemandu kereta itu disaman kerana memandu dengan laju dan ... peraturan jalan raya.

a)

memintas

b)

melanggar

c)

mematuhi

d)

mengelak

10.

Ayah menunggang motosikal untuk ... ke pejabatnya.

a)

berpusing-pusing

b)

bersiar-siar

c)

berjalan-jalan

d)

berulang alik

11.

Tun Mahathir berasa kesal kerana kempen kitar semula mendapat sambutan ... daripada penduduk setempat.

a)

dingin

b)

hangat

c)

tular

d)

panas

12.

Apakah fungsi ayat seru?

a)

Untuk menjemput seseorang

b)

Untuk meminta bantuan

c)

Untuk menunjukkan perasaan

d)

Untuk menyatakan pendapat

13.

"Cis, berani kau menipu aku!"

Ayat seruan ini menunjukkan perasaan ...

a)

Marah

b)

Sakit

c)

Kasihan

d)

Benci

14.

Jangan buang sampah di sini.

a)

Ayat larangan

b)

Ayat silaan

c)

Ayat suruhan

d)

Ayat perintah

15.

Serahkan buku-buku latihan itu sekarang juga.

a)

Ayat silaan

b)

Ayat perintah

c)

Ayat larangan

d)

Ayat suruhan

16.

Apakah pola ayat ini?

Kebudayaan nasional lambang identiti negara.

a)

FN+FK

b)

FN+FN

c)

FN+FS

d)

FN+FA

17.

Basikal baharu itu untuk abang saya.

Pola ayat ini ialah ...

a)

FN+FS

b)

FN+FN

c)

FN+FA

d)

FN+FK

18.

Sayur-sayuran yang ditanam oleh datuk segar-bugar .

Apakah pola ayat ini?

a)

FN + FN

b)

FN+ FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

19.

Nyatakan pola ayat berikut.


Komander Caucasus mengarahkan tenteranya memburu Farhani dan Puteri Coleoptra.

a)

FN + FN

b)

FN+FA

c)

FN+ FS

d)

FN+ FK

20.

Apakah pola ayat ini?


Kebakaran hutan sekitarnya dapat dikawal oleh pihak bomba.

a)

FN + FN

b)

FN+ FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

21.

Orang yang bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahan yang dilakukannya.

Peribahasa yang sesuai dengan penyataan ini ialah ...

a)

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

b)

Siapa makan cili dia yang terasa pedas

c)

Sudah jatuh ditimpa tangga

d)

Sudah terhantuk baru tengadah

22.

Encik Aziz tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ... rawatan di hospital.

a)

menjalani

b)

menjalankan

c)

membuat

d)

mengambil

23.

Kita dapat melihat keunikan cahaya ... yang berkerlipan pada waktu malam.

a)

kunang-kunang

b)

obor-obor

c)

sibur-sibur

d)

pari-pari

24.

Ibu tidak suka akan daging kambing kerana baunya yang ... .

a)

hapak

b)

tengik

c)

hamis

d)

haring

25.

Pilih ayat-ayat yang betul.

(i) Adik bermain bola sepak di padang.

(ii) Kari sardin itu dimasak oleh saya.

(iii) Polis itu tertembak penjenayah yang diburu.

(iv) Adik saya gemar membaca novel.

a)

I dan IV

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I, II , III dan IV

26.

Perkataan 'penganggur' bermaksud ...

a)

orang yang bekerja

b)

orang yang tiada pekerjaan

c)

orang yang malas bekerja

d)

orang yang memetik buah anggur

27.

Hujan yang ... mengaburi jarak pandangan para pemandu ketika memandu kereta.

a)

menitis

b)

menitik-nitik

c)

merintik-rintik

d)

mencurah-curah

28.

Puan Chee berbangga dengan ... SMK St Mary dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

a)

pendapat

b)

pemantapan

c)

pencapaian

d)

perubahan

29.

Beberapa das tembakan amaran dilepaskan oleh pihak berkuasa untuk ... rusuhan di Jalan Tunku itu.

a)

menyuraikan

b)

membasmi

c)

menyekat

d)

meredakan

30.

Guru ... murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah supaya mereka berdisiplin.

a)

memaki

b)

menasihati

c)

menggigit

d)

mengherdik

31.

Beberapa orang polis trafik ... lalu lintas agar pergerakan kenderaan menuju ke pusat bandar berjalan lancar.

a)

menyekat

b)

menghalang

c)

mengawal

d)

menyusun

32.

Antara kuih tradisional yang dihidangkan semasa hari raya ialah kuih ... .

a)

bahulu

b)

baulu

c)

bah hulu

d)

bahuulu

33.

Ibu menggoreng ... untuk sarapan kami sekeluarga.

a)

kuih tiau

b)

kuayteow

c)

kway tiao

d)

kuetiau

34.

Kerani itu sedang menghantar maklumat dengan menggunakan mesin ... .

a)

faksimili

b)

faksimile

c)

faximili

d)

faximile

35.

Kakak terpaksa menunda tarikh ... dengan sahabatnya kerana kurang sihat.

a)

temu janji

b)

temujanji

c)

janji temu

d)

janjitemu

36.

Adik makan dengan lahapnya beberapa biji ... yang dibuat oleh ibu.

a)

donut

b)

donnut

c)

donat

d)

donnat

37.

Kata Nama Am hidup bukan manusia ialah ...

a)

buku

b)

kucing

c)

polis

d)

tupai

38.

Adik ... buaian itu sambil ketawa.

a)

buai

b)

mengayunkan

c)

menggerakkan

d)

ayun

39.

Kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat ini ialah ...


Ailin didenda oleh guru disiplin.

Ailin ponteng sekolah beberapa hari.

a)

yang

b)

atau

c)

walaupun

d)

kerana

40.

Yasmin seorang murid yang sangat pendiam ... Nurin pula seorang yang sangat peramah.

a)

dan

b)

kerana

c)

manakala

d)

sungguhpun

41.

Asam jawa selalu digunakan untuk menghilangkan bau ... ikan air tawar sebelum dimasak.

a)

wangi

b)

masam

c)

hanyir

d)

tengik

42.

Dahi adik luka ... berdarah kerana terhantuk pada bucu meja.

a)

lalu

b)

yang

c)

dan

d)

kerana

43.

Ketibaan pasangan pengantin diumumkan oleh ... dengan suara yang lantang.

a)

juruulas

b)

juruacara

c)

jurucakap

d)

juruhebah

44.

Kakak tidak makan nasi selama dua bulan untuk ... badannya.

a)

mengurusi

b)

mengecilkan

c)

mengurus

d)

menguruskan

45.

Kerajaan negeri Selangor akan membina sebuah ... untuk kemudahan para pengkaji bintang.

a)

balai cerap

b)

balai menghadap

c)

balairung seri

d)

balai raya

46.

Penyanyi yang bersuara ... itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

a)

serak

b)

merdu

c)

lantang

d)

nyaring

47.

Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada ... pemandu kereta tersebut.

a)

kelajuan

b)

kepantasan

c)

keberanian

d)

kelalaian

48.

... menanti padi masak, Pak Malau menanam jagung untuk menyara hidup keluarganya.

a)

Ketika

b)

Semasa

c)

Tatkala

d)

Sementara

49.

Aminah menangis ... sebaik sahaja menerima berita tentang kemalangan maut yang menimpa keluarganya.

a)

terjerit-jerit

b)

teresak-esak

c)

tersedan-sedan

d)

terbatuk-batuk

50.

Adik bongsu saya ... meminta dibelikan sebuah basikal baharu.

a)

merayu-rayu

b)

menghempas-hempas

c)

merengek-rengek

d)

merungut-rungut

51.

Pelajar yang berbadan gempal itu ... semasa menaiki anak tangga menuju ke perpustakaan.

a)

terkial-kial

b)

terkedek-kedek

c)

termengah-mengah

d)

tercungap-cungap

52.

Para pelajar boleh berbincang dengan kaunselor sekolah pada ... masa.

a)

bila

b)

apa-apa

c)

bila-bila

d)

mana-mana

53.

Para pengguna jalan raya perlu bekerjasama untuk mengurangkan ... kemalangan.

a)

tahap

b)

kadar

c)

takat

d)

bilangan

54.

Pasukan Polis Malaysia berjaya ... kegiatan penyeludupan dadah terbesar baru-baru ini.

a)

memarahi

b)

menyelidik

c)

menumpaskan

d)

memberkas

55.

Bantuan yang diberikan oleh kerajaan _________ dapat meringankan beban mangsa banjir itu.

a)

seelok-eloknya

b)

sebaik-baiknya

c)

setidak-tidaknya

d)

seboleh-bolehnya

56.

Para pelancong tertarik oleh kehijauan pokok padi yang ... ditiup angin.

a)

terliuk-liuk

b)

terayun-ayun

c)

terkulai-kulai

d)

terbuai-buai

57.

Para penyokong pasukan badminton berasa cemas kerana peluang pasukan negara memenangi pertandingan itu semakin ... .

a)

genting

b)

getir

c)

tipis

d)

runcing

58.

Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal setelah merantau jauh, kecuali

a)

seperti itik pulang petang

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

tak sungguh seluang laut, akhirnya pulang ke tepi jua

d)

berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga

59.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
a)
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
b)
Burung terbang dipipiskan lada
c)
 Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
d)
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
60.

Pengalaman yang diperoleh ... menyebabkan dia semakin yakin menjalankan tugas.

a)

dari tahun ke tahun

b)

daripada tahun ke tahun

c)

daripada setahun ke setahun

d)

dari setahun ke setahun

61.

Peribahasa bagai tikus membaiki labu bermaksud ...

a)

Keadaan tikus yang suka akan labu.

b)

Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahui akhirnya menyebabkan kerosakan yang lebih buruk.

c)

Orang yang cuba membaiki sesuatu sehingga berjaya melakukannya.

d)

Orang yang tidak menyukai tikus tetapi menyukai labu.

62.

Puan Azizah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah.

Bidalan yang sesuai dengan pernyataan tersebut ialah

a)

biar putih tulang jangan putih mata

b)

genggam bara api biar sampai jadi arang

c)

yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran

d)

belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga

63.

Puan Rosma menjemput kami sekeluarga makan malam di rumahnya sebagai menghargai pertolongan kami.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan tersebut ialah ...

a)

orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

b)

lembu punya susu sapi dapat nama

c)

pahit dahulu manis kemudian

d)

buang yang keruh ambil yang jernih

64.

Amira segera menghubungi polis apabila melihat seorang lelaki berjalan ... di hadapan rumah mereka.

a)

lenggang-lenggok

b)

mundar-mandir

c)

lintang-pukang

d)

huyung-hayang

65.

Hubungan murid-murid yang tinggal di asrama sangat akrab .. dan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti aur dengan tebing

c)

seperti enau dengan belukar

d)

seperti bulan dipagar bintang

66.

Kami saling ... kerana sudah lama tidak bersua.

a)

berbua-bual

b)

bermaafan

c)

bertanya khabar

d)

berpeluk tubuh

67.

Warga sekolah bersedih semasa majlis persaraan Tuan Pengetua kerana ... seorang yang ramah dan baik hati.

a)

baginda

b)

kalian

c)

beliau

d)

kami

68.

Arahan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul.


I Ayah menghirup sup yang masih panas itu perlahan-lahan.

II Nyamuk Aedes biasanya menghirup darah mangsanya pada waktu senja.

III Kita boleh terkena penyakit serius jika kerap menghirup asap rokok.

IV Aneesha gemar bersiar-siar di taman sambil menghirup udara yang segar.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

69.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul

I Wang simpanannya semakin susut .

II Belon itu susut kerana dicucuk dengan jarum oleh adik.

III Paras air di sungai semakin susut apabila musim kemarau.

IV Berat badan ibu semakin susut kerana sudah seminggu diserang demam panas.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

70.

Kakak meletakkan ....agar pintu biliknya tidak tertutup semasa angin bertiup kencang.

a)

pemukul

b)

pengandar

c)

penyandar

d)

penyendal

71.

... tingkap rumah Pak Ali terpaksa ditukar kerana telah reput dimakan anai-anai.

a)

Jejari

b)

Kekisi

c)

Tetupai

d)

Kekuda

72.

Ayat pasif yang tepat.


Kamu perlu membaca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti sebelum menandatanganinya.

a)

Sebelum menandatangainya, surat perjanjian jual beli rumah itu perlu kamu baca dengan teliti.

b)

Perlu kamu baca dengan teliti surat perjanjian jual beli rumah itu, sebelum menandatanganinya.

c)

Perlu kamu baca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti, sebelum menandatanganinya.

d)

Surat perjanjian jual beli rumah itu perlu kamu baca dengan teliti sebelum ditandatangan.

73.

Kegiatan ... orang telah mendapat perhatian dunia dan menjadi isu antarabangsa pada masa ini.

a)

pemerdagangan

b)

mempemerdagangan

c)

perdagangan

d)

berdagang

74.

Kenal pasti kesilapan ayat berikut.

Alat penghawa dingin kereta yang rosak itu sedang diperbaik oleh mekanik.

a)

tiada kesalahan

b)

diperbaiki

c)

Alat pendingin hawa

d)

Kotak hawa dingin

75.

Ampun tuanku, ... datang mengadap,” sembah Laksamana kepada Sultan Melaka.

a)

hamba

b)

patik

c)

tuan hamba

d)

beta