Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU
Total questions: 45
Worksheet time: 45mins
Pilih penjodoh bilangan yang tepat bagi ayat di bawah ini.
Wanita itu berjaya menyiapkan sepuluh ______ penyapu lidi dalam masa sehari.
ikat
batang
berkas
gulung
Se___ lembu sedang meragut rumput di padang.
angkatan
gerombolan
baris
kawan
Ibu meletakkan ______ bunga itu ke dalam pasu sebagai penghias meja di ruang tamu.
jambang
jambangan
jambak
kalungan
Se____ perusuh telah merempuh masuk premis-premis perniagaan sebagai tanda protes terhadap kenaikan harga barang yang tidak masuk akal.
kawan
gerombolan
angkatan
orang
Akibat gangguan bekalan elektrik, Lina telah memasang beberapa _____ lilin bagi menerangi bilik tidurnya.
kaki
puntung
batang
kotak
Puan Ernie membeli se____ anggur dan beberapa ____ durian.
ikat ... biji
gugus... buah
gugus ... biji
ikat ... buah
Puan Adila membeli se___ kain songket dan se___ tikar di Pasar Payang, Terengganu.
cebis ... hampar
helai ... gelung
pasang ... keping
helai ... gulung
Pak Din mengambil se___ jala lalu menuju ke se__ sungai.
kawan... buah
rawan ... batang
rawan ... buah
utas ... batang
Orang kaya itu membeli se____ tanah untuk mengusahakan tanaman kontan.
kaki
keping
bidang
baris
Dalam penulisan rumusan, calon tidak dibenarkan untuk menulis melebihi 120 ___ perkataan
kata
patah
petak
keping
Pilih ayat yang menggunakan perkataan lantik dengan betul.
Pemuda itu mereka lantik sebagai ketua taman perumahan melalui undian suara majoriti.
Satu mesyuarat akan diadakan sebelum lantik ketua unit.
Saya berharap agar orang yang saya lantik sebagai setiausaha akan dapat menjalankan tugas dengan baik.
Encik Suhaimi lantik Encik Wong sebagai pembantu pengurus di syarikatnya.
Pilih dua ayat yang menggunakan perkataan cerah dengan tepat.
Kulitnya semakin cerah semenjak menggunakan produk kecantikan terkemuka itu.
Pandangan matanya cerah selepas menjalani pembedahan lasik.
Gulai yang dimasak oleh adik cerah kerana kekurangan ramuan.
Kita harus berusaha dengan gigih untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
Pilih dua ayat yang menggunakan perkataan bernas dengan tepat.
Pokok limau kasturi yang ditanam oleh ibu baru mengeluarkan bernas.
Idea yang matang dan bernas dalam penulisan karangan berpotensi tinggi untuk mendapat markah yang cemerlang.
Petani itu berasa sangat gembira apabila mendapati padi-padinya sungguh bernas.
Syarikat BERNAS merupakan pengeluar utama beras di Malaysia.
Pilih dua ayat yang menggunakan perkataan rendang dengan tepat.
Ayah membeli seekor ayam untuk dimasak rendang malam nanti.
Kaki kerusi itu saya rendang akibat terlalu marah.
Pak Cik Reduan berehat di bawah sepohon pokok yang rendang untuk melepaskan lelah selepas seharian menguruskan kebunnya.
Kita tidak sepatutnya memandang rendang terhadap kebolehan orang lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan tersendiri.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan pedalaman dengan tepat.
Encik Arif sedang memantau para pekerjanya melakukan kerja-kerja pedalaman longkang.
Mak Cik Hizani sudah terbiasa hidup di kawasan pedalaman.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan menggubah dengan tepat.
Kak Abby memperoleh pendapatan yang lumayan hasil daripada kemahirannya menggubah bunga.
Azriq membantu ibunya menggubah susun atur perabot di rumahnya.
Kejadian pada petang itu telah menggubah persepsi Syaza terhadap kaum lelaki.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan mengindahkan dan mengendahkan dengan tepat.
Aisyah merajuk apabila ibu bapanya tidak mengendahkan pertanyaannya kerana sibuk dengan peranti elektronik masing-masing.
Kak Iffah mencuba pelbagai produk kosmetik bagi mengindahkan wajah menjelang hari bahagianya.
Projek untuk mengindahkan sekolah yang dicadangkan oleh Cikgu Umairah akan dimulakan pada bulan hadapan.
Ibu bapa perlu mengendahkan anak-anak agar dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dengan masalah sosial,
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan beradat dengan betul.
Golongan muda dinasihatkan agar beradat sopan ketika berbicara dengan orang yang lebih berusia.
Upacara meminang anak Encik Asmadi dilakukan dengan penuh beradat.
Majlis santap beradat di Istana Sultan Muzafar dimulakan dengan doa kesyukuran oleh Imam Syafiq.
Pilih beberapa ayat yang gramatis.
Abdullah bin Kayan akan menatap potret Haiqal Hakimi setiap kali sebelum tidur bagi melepaskan kerinduannya.
Perbuatan menatap di kawasan perkuburan amat ditegah dalam agama Islam.
Keluarga itu meratap pemergian insan yang tersayang akibat kemalangan jalan raya.
Penagih dadah itu meratap tas tangan wanita itu lalu melarikan diri.
Pilih ayat-ayat yang tepat.
Temu janji yang ditetapkan pada hari Jumaat ini terpaksa dibatalkan.
Hak milik rumah pusaka itu telah diberikan kepada sebuah keluarga daif atas permintaan tuan tanah.
Pelan lantai bagi rumah berkembar tiga tingkat itu masih dalam penelitian jurutera.
Suhu penghawa dingin itu direndahkan bagi mengurangkan kepanasan di ruangan kerja.
Pilih dua ayat bersusunan songsang yang betul bagi ayat bersusunan biasa di bawah :
Bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan Malaysia sebagai perantaraan rakyatnya yang berbilang kaum.
Sebagai perantaraan rakyatnya yang berbilang kaum, bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan Malaysia.
Telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan Malaysia sebagai perantaraan rakyatnya yang berbilang kaum, bahasa Melayu.
Bahasa kebangsaan Malaysia bahasa Melayu telah diangkat menjadi sebagai perantaraan rakyatnya yang berbilang kaum.
Pilih ayat-ayat bersusunan songsang yang betul bagi ayat bersusunan biasa di bawah :
Orang ramai berkumpul di balai raya untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang maklumat tersebut.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang maklumat tersebut, orang ramai berkumpul di balai raya.
Berkumpul di balai raya untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang maklumat tersebut, orang ramai.
Di balai raya orang ramai dikumpulkan untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang maklumat tersebut.
Berkumpul di balai raya orang ramai untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang maklumat tersebut.
Pilih cakap pindah yang tepat bagi cakap ajuk di bawah tanpa mengubah maksud asal ayatnya.
"Bagaimanakah persiapan kamu untuk menghadapi keluarga angkat kamu nanti?" tanya Puan Azyan kepada Azmi.
Azmi menanyakan Puan Azyan tentang persiapannya untuk menghadapi keluarga angkatnya nanti.
Puan Azyan menerangkan kepada Azmi tentang persiapannya untuk menghadapi keluarga angkatnya nanti.
Puan Azyan menanyakan Azmi tentang persiapannya untuk menghadapi keluarga angkat nanti.
Pilih cakap pindah yang tepat bagi cakap ajuk di bawah tanpa mengubah maksud asalnya.
"Syabas, kamu telah memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang kamu ambil!" ucap Cikgu Alieya kepada Nafisah.
Cikgu Alieya mengucapkan syabas kepada Nafisah kerana telah memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.
Cikgu Alieya menjerit kerana Nafisah telah memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Nafisah menerangkan kepada Cikgu Alieya bahawa dia telah memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.
Tukar cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk tanpa mengubah maksud asalnya.
Pak Cik Adha menyatakan bahawa semua tanaman padi sawahnya musnah akibat banjir.
"Adha, semua tanaman padi sawah pakcik musnah akibat banjir", kata pakcik itu.
" Semua tanaman padi sawah kamu musnah akibat banjirkah?" Tanya Pak Cik Adha.
"Semua tanaman padi sawah saya musnah akibat banjir", kata Pak Cik Adha.
Tukar cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk tanpa mengubah maksud asalnya.
Cikgu Diana mengucapkan tahniah kepada Haziqah kerana berjaya memperoleh A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
" Adakah kamu memperoleh A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu?" Tanya Cikgu Diana kepada Haziqah.
" Tahniah Haziqah, kerana berjaya memperoleh A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu !" ucap Cikgu Diana.
"Haziqah telah berjaya memperoleh A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu," kata Cikgu Diana.
Pilih perkataan-perkataan yang telah dieja dengan betul.
diwar-warkan - diwara-warakan
piawaian - piawaiaan
membenteras - membanteras
kartrij - katrij
Pilih perkataan-perkataan yang telah dieja dengan betul
stress - stres
resipi - resepi
respon - respons
joging - jogging
Betulkan kesalahan ejaan di bawah dengan ejaan yang tepat. (Sila gunakan huruf kecil sahaja)
mekanisma
(a)
Betulkan kesalahan ejaan bagi perkataan di bawah. (Sila gunakan huruf kecil)
stasistik
(a)
Betulkan kesalahan ejaan di bawah ini dengan ejaan yang tepat. (Sila gunakan huruf kecil sahaja)
mengoptimakan
(a)
Betulkan ejaan bagi perkataan di bawah dengan ejaan yang tepat. (Sila gunakan huruf kecil)
bergu
(a)
Betulkan ejaan perkataan di bawah dengan ejaan yang tepat. (Sila gunakan huruf kecil)
pemahsuran
(a)
Betulkan ejaan bagi perkataan di bawah dengan ejaan yang tepat. (Sila gunakan huruf kecil)
gelungsuran
(a)
Betulkan ejaan bagi perkataan di bawah dengan ejaan yang tepat. (Sila gunakan huruf kecil)
luekimia
(a)
Betulkan ejaan bagi perkataan di bawah. (Sila gunakan huruf kecil)
ole-ole
(a)
Betulkan kesalahan ejaan di bawah. Sila gunakan huruf kecil.
Disamping itu
(a)
Betulkan kesalahan ejaan bagi perkataan di bawah. Sila gunakan huruf kecil.
sambilewa
(a)
Betulkan kesalahan ejaan bagi perkataan di bawah. Sila gunakan huruf kecil.
cop nama
(a)
Betulkan kesalahan ejaan bagi perkataan di bawah. Sila gunakan huruf kecil.
gambarajah
(a)
Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang. (Pastikan penggunaan huruf yang tepat)
Nama asal Taiping Klian Pauh
(a)
Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang. (Pastikan penggunaan huruf yang tepat)
Taiping juga dikenali sebagai Bandar Warisan pada hari ini
(a)
Lengkapkan peribahasa di bawah ini berdasarkan maksud peribahasa dan kata kunci yang diberikan. Gunakan huruf kecil sahaja.
Maksud : Mencapai dua matlamat sekali gus dengan satu tindakan.
Kata kunci : menyelam
(a)
Lengkapkan peribahasa di bawah ini berdasarkan maksud peribahasa dan kata kunci yang diberikan. Gunakan huruf kecil sahaja.
Maksud: tidak menghargai pemberian orang lain.
Kata kunci : bunga, kera
(a)
Lengkapkan peribahasa di bawah ini berdasarkan maksud peribahasa dan kata kunci yang diberikan. Gunakan huruf kecil sahaja.
Maksud: Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.
Kata kunci: anjing, bukit
(a)
