WorksheetsKepercayaan Kepada Tuhan
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Angeline bersembahyang di gereja setiap hari Ahad. Dia selalu membaca kitab ___________?
Al-Quran
Veda
Injil
majalah
Encik Muhamad Razak bersolat lima waktu sehari dan membaca kitab Al-Quran. Beliau beragama _______________.
Buddha
Hindu
Kristian
Islam
Tan Kean bersembahyang di _________________. Dia membakar colok ketika beribadat.
tokong
gereja
kuil
masjid
Murni tidak menyediakan masakan daging semasa menjemput Murli dan sekeluarga menghadiri majlis rumah terbukanya. Murni seorang yang ....
tidak menyukai Murali dan sekeluarga.
bersikap jujur dan bercakap benar.
menghormati agama dan kepercayaan orang lain.
biadap dan bersikap kurang ajar terhadap kawannya.
Raymond berasa sangat ______________ atas kehilangan anak jirannya walaupun mereka berlainan agama dan kepercayaan.
bangga
sedih
gembira
terkilan
Kita perlu menghormati amalan ajaran agama atau kepercayaan jiran agar mewujudkan semangat _________________ yang erat.
permusuhan
hormat
perpaduan
perbalahan
Semua ajaran agama atau kepercayaan meminta penganutnya supaya ......
melakukan perkara yang membazir masa.
membuang masa.
sentiasa bekerja pada waktu siang dan malam.
sentiasa bercakap benar dan berbuat baik.
Adnan segera _____________ rakannya yang mentertawakan Sarjit Singh yang memakai serban kepala.
memarahi
menegur
menampar
menghina
Susan segera ____________________bunyi televisyen atau radio apabila tiba waktu untuk jirannya bersolat.
membesarkan
memperlahankan
merosakkan
membaiki
Semasa menghadiri majlis rumah terbuka di rumah kawan, Kumari dan ibunya ....
membawa bekalan makanan untuk membawa makanan pulang ke rumah.
membawa juadah untuk dikongsi bersama jiran tetangga.
makan tergopoh-gopoh dan mengambil makanan dalam kuantiti banyak.
memberikan kritikan negatif mengenai kuih raya yang disediakan oleh jiran.
Michael ______________ ajakan rakannya untuk bermain bola sepak ketika dia dan sekeluarganya sedang bersiap-siap untuk pergi ke gereja.
menarik
memarahi
menendang
menolak
Antara berikut, yang manakah menunjukkan cara menghormati amalan dan kepercayaan jiran.
bertoleransi dengan bunyi bising mercun semasa sambutan Hari Deepavali.
makan di hadapan rakan yang sedang berpuasa dengan sengaja.
memakai pakaian yang menjolok mata semasa menghadiri majlis rumah terbuka.
memberikan kritikan negatif mengenai amalan dan kepercayaan jiran.
Jenny telah menerima _________________jiran menghadiri majlis kesyukuran.
wang pusaka
jemputan
kad perkahwinan
duit perbelanjaan
Kita tidak harus ________________________ ajaran agama dan amalan kepercayaan sesama jiran.
berbangga
membandingkan
menerima
akur
Jiran yang beragama _________________ menjadikan haiwan lembu sebagai haiwan suci.
India
islam
Buddha
Hindu
Jiran beragama Islam berpuasa dengan tidak makan dan minum pada bulan ...
Bulan syawal
Bulan Ramadan
Bulan Rajab
Bulan Muharram
Alicia melihat rakan baiknya, Revathi sedang menghias kolam di hadapan pintu masuk rumahnya. Alicia harus...
mengejek amalan dan kepercayaan rakan.
memijak dan merosakkannya.
memperlekehkan amalan dan budaya sendiri.
memuji rakannya dan turut serta belajar cara membuat kolam.
Dilip Singh sentiasa bersanggul apabila ke mana-mana sahaja. Dilip Singh seorang yang ...
sombong dan tidak peramah.
mencintai identiti diri dan berkeyakinan diri.
bongkak dan tidak bersopan
suka membantu orang lain
Puan Anita berasa sangat ________________ kerana mempunyai jiran yang sangat baik hati dan pemurah.
geram
bangga
bersyukur
taat
Perayaan hari natal menjelang tiba. Jiran anda, Pak Cik Osbon tinggal seorang diri dan tidak dilawati oleh ahli keluarganya. Keadaannya tidak terurus dan terbiar. Apakah yang akan anda lalukan?
melawatnya dan memberikan sedikit duit.
mengambil duit daripada dompet ibu dan memberikan kepada Pak CIk Osbon
Tidak mempedulikan situasi Pak CIk Osbon
Melawat Pak CIk Osbon, membawakan kuih raya dan meluangkan masa bersamanya.
