wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu F2

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Sejak kecil Kamal sememangnya rajin belajar. _______________ sekarang belajar dalam

bidang kejuruteraan di Universiti Malaya.

a)

Dia

b)

Awak

c)

Engkau

d)

Mereka

2.

Nenek sedang ___________ air di atas tungku dapur kayu.

a)

Mereneh

b)

Menanak

c)

Memasak

d)

Menjerang

3.

Pemakaian artis lelaki itu yang segak, ____________ , dan bergaya menyebabkan dia

menjadi contoh dalam kalangan artis yang lain.

a)

Kemas

b)

Mahal

c)

Anggun

d)

Menawan

4.

Ismail memotong rumput _________ mesin pemotong rumput yang baru dibelinya.

a)

Kepada

b)

tentang

c)

dengan

d)

terhadap

5.

Peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut ialah

a)

Ada gula ada semut

b)

Mati semut kerana gula

c)

Naik seperti semut turun seperti ribut

d)

Semut dipijak tidak mati, gajah diarung bergelimpangan

6.

Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.


Kawasan pelancongan merupakan tempat yang paling sesuai bagi seseorang mencari

ketenangan dan beristirahat.

a)

Destinasi pelancongan sesuai bagi orang yang suka merehatkan diri daripada suasana

tenang dan sepi.

b)

Ketenangan dan kesunyian destinasi pelancongan membolehkan kita berehat dengan

tenang.

c)

Untuk mendapatkan ketenangan fikiran sambil berehat, seseorang mesti mencari

destinasi pelancongan

d)

Tempat yang sangat sesuai untuk sesiapa sahaja menenangkan fikiran dan merehatkan

badan ialah destinasi pelancongan

7.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I.Bawang putih itu telah dimayang oleh saya untuk ditumis.

II.Di hari cuti, ramai pengunjung berkelah di Pantai Hiburan Rompin.

III.Ketam yang digunakan oleh tukang kayu itu diperbuat daripada kayu cengal.

IV.Encik Halil menghadiahi isterinya sebentuk cincin berlian sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

8.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I.Tanah di hujung kampung itu bukan milik datuk saya.

II.Ayam goreng berempah yang kami makan di gerai itu amat enak sekali.

III.Encik Herry membawa keluarganya makan malam di Restoran Aminah Tomyam.

IV.Ani Hazrina duduk antara Kamal Hazli dengan Siew Fong sewaktu mendengar taklimat PT3.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

9.

Pepatah di bawah menyatakan kepentingan budi dalam kehidupan kecuali

a)

hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati

b)

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

c)

hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga

d)

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

10.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan

bahasa atau mungkin juga tidak.


Pengetua sekolah akan membincangkan tentang perkara-perkara lain yang berkaitan dengan

disiplin murid dalam mesyuarat guru.

a)

berbincang tentang lain-lain perkara

b)

berbincang tentang perkara-perkara lain

c)

membincangkan tentang lain-lain perkara

d)

membincangkan tentang perkara-perkara lain

11.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan

bahasa atau mungkin juga tidak.


Berbagai cara telah dilakukan oleh pembuat kek untuk melariskan jualan kek mereka.

a)

Berbagai-bagai acara telah dilakukan

b)

Berbagai-bagai cara telah dilakukan

c)

Pelbagai-bagai cara telah dilakukan

d)

Berbagai cara telah dilakukan

12.

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

13.

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D