NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu - Kata Ganda Berentak
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _________ itu.
bengkak-bengkok
batu-batan
kacau-bilau
haru-biru
Kaki Tashriq _______ akibat kesan cakaran kucing peliharaannya.
punah-ranah
robak-rabik
lekuk-lekau
calar-balar
Badan saya berasa _______ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.
tawar-hambar
kusut-masai
comot-momot
segar-bugar
Encik Lokman mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik ________ di pantai itu.
mandi-manda
riuh-rendah
mundar-mandir
kacau-bilau
Sifat ________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu.
remeh-temet
kelam-kabut
ramah-tamah
keluh-kesah
Rambut Angela _______ setelah bangun daripada tidur.
compang-camping
robak-rabik
kusut-masai
huru-hara
Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.
porak-peranda
lambat-laun
remeh-temeh
serta-merta
Pak Hassan tahu ______ tentang isu politik negara walaupun dia tinggal di kawasan pedalaman.
lenggang-lenggok
serba-serbi
simpang-siur
hiruk-pikuk
Musim kemarau telah menyebabkan kawasan tadahan air itu _______.
gembar-gembur
kering-kontang
gundah-gulana
remuk-redam
Rumah Nenek Halimah _______ dengan suara cucu-cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
tunggang-langgang
riuh-rendah
punah-ranah
calar-balar
Rendang itu sangat sedap kerana dimasak menggunakan _____ yang istimewa.
rempah-ratus
lauk-pauk
sayur-mayur
saki-baki
Majlis itu dihadiri oleh semua rakan dan _____ terdekat Puan Dalila.
saudara-mara
corat-coret
limpah-luah
kuih-muih
Keadaan ______ di Mesir menyebabkan semua pelajar Malaysia yang menuntut di sana pulang ke tanah air.
tunggang-langgang
riuh-rendah
kacau-bilau
hiruk-pikuk
Hati Drexell _______ apabila mendapati komputer ribanya hilang.
compang-camping
remuk-redam
porak-peranda
kusut-masai
_______ yang terhidang di atas meja itu sungguh menyelerakan.
Rempah-ratus
Lauk-pauk
Batu-batan
Saki-baki
Mulut pelakon itu ______ menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
comot-momot
simpang-siur
kumat-kamit
kusut-masai
Lori yang ________ di kawasan perumahan saya telah mengakibatkan kerosakan jalan yang teruk.
bengkang-bengkok
simpang-siur
mundar-mandir
lalu-lalang
Halina bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______ tradisional.
rempah-ratus
sayur-mayur
tanah-tanih
kuih-muih
Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Adam dan Puan Fikriyah akan dilakukan secara ______.
gotong-royong
riuh-rendah
lintang-pukang
hiruk-pikuk
Rumah saya menjadi _________ apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.
terang-benderang
kacau-bilau
gelap-gelita
hiruk-pikuk
Puan Salina memerhati dua orang anaknya yang sedang bermain ________.
jongkang-jongket
riuh-rendah
tanah-tanih
sorak-sorai
Pokok padi itu ________apabila ditiup angin.
bengkang-bengkok
simpang-siur
lenggak-lengguk
liang-liuk
Nasi itu _______ kerana api dapur terlalu besar.
hangit-pengit
gelap-gelita
hancur-lebur
haru-biru
Penjaja tanpa lesen itu lari _______ apabila diserbu oleh pihak berkuasa.
lintang-pukang
kucar-kacir
simpang-siur
huru-hara
_________ para penyokong menaikkan lagi semangat pemain-pemain bola sepak untuk menjaringkan gol.
Sorak-sorai
Riuh-rendah
Hiruk-pikuk
Jerah-jerih
Jason berasa curiga melihat seorang pemuda yang berjalan ________ di hadapan rumah jirannya.
lenggang-lenggok
mundar-mandir
lintang-pukang
simpang-siur
Damia tidak _______ menceritakan rahsia peribadinya kepada Kirisha.
selang-seli
lambat-lauk
segan-silu
teka-teki
Syazwan mempelajari _______ perniagaan daripada ayahnya yang lebih berpengalaman.
lenggang-lenggok
serba-serbi
lintang-pukang
selok-belok
Sesiapa yang dapat menjawab ________ itu akan diberi hadiah oleh Cikgu Latipah.
lekak-lekuk
selang-seli
kotak-katik
teka-teki
Cikgu Normisyar menegur pakaian Zul yang ________.
lintang-pukang
punah-ranah
serbah-serbih
kusut-masai
