wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Tabiat membaca boleh membantu murid lulus dengan cemerlang dalam akademik.

a)

lulus cemerlang dalam akademik

b)

lulus cemerlang di dalam akademik

c)

lulus dengan cemerlang di dalam akademik

d)

lulus dengan cemerlang dalam akademik

2.

Zaman remaja merupakan zaman yang paling mencabar sekali yang perlu ditempuh oleh setiap insan.

a)

cabar sekali

b)

paling cabar

c)

paling mencabar

d)

paling mencabar sekali

3.

Ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa membersihkan tangan anak-anaknya ketika berada di luar rumah.

a)

membersihkan tangan anak-anak mereka

b)

membersihkan tangan anak-anak kalian

c)

bersihkan tangan anak-anak mereka

d)

membersihkan tangan anak-anaknya

4.

Puan Lai bersyukur kerana kesihatan anak dia semakin pulih selepas menjalani pembedahan.

a)

kesihatan anak ia

b)

kesihatan anaknya

c)

kesihatan anak ianya

d)

kesihatan anak dia

5.

Nora sangat menghormati akan semua guru-gurunya.

a)

menghormati guru-gurunya

b)

menghormati semua-semua gurunya

c)

menghormati semua guru-gurunya

d)

menghormati akan semua guru-gurunya

6.

Pekerjaan sebagai doktor bukan sahaja mulia,bahkan dapat mengurangkan penderitaan orang lain.

a)

tidak sahaja mulia,tetapi

b)

bukan sahaja mulia,tetapi

c)

tidak sahaja mulia,bahkan

d)

bukan sahaja mulia,bahkan

7.

Akauntan adalah di antara kerjaya yang saya minati.

a)

ialah antara kerjaya

b)

adalah antara kerjaya

c)

ialah di antara kerjaya

d)

adalah di antara kerjaya

8.

Adalah menjadi hasrat saya , cita-cita saya untuk menjadi askar direstui ahli keluarga.

a)

Menjadi hasrat saya

b)

Ialah menjadi hasrat saya

c)

Menjadi hasrat saya adalah

d)

Adalah menjadi hasrat saya

9.

Walaupun kerjaya sebagai operator kren tersangat berbahaya sekali , namun dia dapat memperoleh pendapatan yang lumayan.

a)

berbahaya sangat sekali

b)

sangat berbahaya sekali

c)

sangat berbahaya sungguh

d)

tersangat berbahaya sekali

10.

Risiko tangki minyak terbakar di telaga minyak boleh berlaku jika mereka tidak berhati-hati.

a)

jika mereka bukan berhati-hati

b)

jika mereka adalah tidak berhati-hati

c)

jika mereka adalah bukan berhati-hati

d)

jika mereka tidak berhati-hati

11.

Karnival kerjaya diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra selama tiga setengah hari.

a)

tiga hari setengah

b)

setengah tiga hari

c)

tiga kesetengah hari

d)

tiga setengah hari

12.

Isu pengangguran dalam kalangan siswazah hangat diperkatakan sejak berapa tahun belakangan ini.

a)

sejak berapa-rapa tahun

b)

sejak dari berapa tahun

c)

sejak beberapa tahun

d)

sejak berapa tahun

13.

Pembelajaran KOMSAS sangat penting sekali setiap pelajar pelajari.

a)

setiap pelajar terpelajar

b)

setiap pelajar dipelajari

c)

dipelajari oleh setiap pelajar

d)

setiap pelajar pelajari

14.

Penguasaan kemahiran bahasa Azlan semakin hari makin baik selepas mendapat tunjuk ajar daripada guru bahasanya.

a)

makin hari kian baik

b)

makin hari semakin baik

c)

semakin hari semakin baik

d)

semakin hari makin baik

15.

Pemberani dan kehebatan pejuang negara amat kita sanjungi.

a)

Memberani

b)

Keberanian

c)

Berani

d)

Pemberani

16.

Perkenalan sistem pungutan cukai oleh pihak Inggeris ditentang hebat oleh penduduk tempatan.

a)

Terkenal

b)

Dipekenalkan

c)

Pengenalan

d)

Perkenalan

17.

Perlantikan Birch sebagai Residen British di Perak tidak disenangi dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat tempatan.

a)

Pelantikan

b)

Melantik

c)

Dilantik

d)

Perlantikan

18.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan peninggalan sejarah tanah air yang penting.

a)

ditinggalkan

b)

tinggalan

c)

tinggal

d)

peninggalan

19.

Pilih ayat yang betul:


I. Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh selepas Hayati menyampaikan syarahannya.

II. Murid-murid memperoleh pelbagai maklumat yang berguna melalui ceramah tersebut.

III. Sebanyak 20 ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu telah menyertai pertandingan bercerita.

IV. Program itu diadakan selama satu setengah jam.

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

III dan IV

d)

II,III dan IV

20.

Pilih ayat yang betul :


I. Bidang kerjaya itu sesuai sekali dengan kelayakan akademiknya.

II. Tugas seoarang jururawat adalah untuk membantu doktor merawat dan menguruskan pesakit

III. Dia memilih kerjaya itu adalah disebabkan pengaruh kakaknya.

IV. Dia benar mahir dalam bidang tersebut.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I,II dan III sahaja

d)

II,III dan IV sahaja

21.

Pilih ayat yang betul:


I. Semua pihak haruslah memanang kerjaya guru sebagai suatu profesion yang disanjungi.

II. Kedua-dua orang pelajar itu bijak.

III. Tiap graduan seharusnya celik teknologi agar peluang mendapatkan pekerjaan lebih tinggi.

IV. Berbagai langkah diambil bagi mengatasi masalah pengangguran.

a)

I dan II sahaja

b)

I,II dan III sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

22.

Pilih ayat yang betul:


I. Janganlah kita bersikap tamak.

II. Sikap amanah akan menyebabkan kita dipandang mulia.

III. Bahan-bahan bacaan tentang amalan budaya berintegriti atas rak buku itu.

IV. Bengkel integriti diadakan dalam dewan itu.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I,II dan III sahaja

d)

II,III dan IV sahaja

23.

Pilih ayat yang betul:


I. Hujah-hujah yang diberikan oleh pencadang begitu bernas sekali.

II. Usaha mendaulatkan bahasa Melayu adalah tanggungjawab semua.

III. Bahasa Melayu berperanan seabagai bahasa komunikasi.

IV. Program minggu bahasa sekolah diadakan untuk meningkatkan rasa cinta akan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid.

a)

I dan II sahaja

b)

I,II dan III sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja