wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PERTOLONGAN CEMAS)

Total questions: 10

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan pertolongan cemas?

a)

Menolong pesakit yang ditimpa kemalangan.

b)

Memberi bantuan awal kepada mangsa di tempat kejadian sebelum kedatangan pegawai perubatan

c)

Membantu pegawai perubatan di klinik atau hospital

d)

Membantu mangsa berpandukan prinsip D.R. A.B.C

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan peti pertolongan cemas?

a)

Tempat simpanan alatan memancing

b)

Tempat simpanan perkakas yang digunakan ketika berlaku kecemasan

c)

Tempat simpanan alat-alat sukan

d)

Tempat simpanan sayur-sayuran

3.

Adakah luka ringan boleh dibersihkan dengan menggunakan antiseptik?

a)

Tidak

b)

Ya

4.

Apakah matlamat utama pertolongan cemas?

a)

Menambahkan kecederaan pesakit

b)

Membuatkan pesakit berasa tidak selesa

c)

Menyelamatkan nyawa

d)

Membuatkan pesakit kehilangan nyawa

5.

Luka ringan perlu dibalut dengan menggunakan________________ ?

a)

kain kotor dan plastik

b)

kain kasa dan plaster

c)

plastik dan dawai

d)

getah dan plastik

6.

Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan sekiranya tangan terkena kuali panas?

a)

Gosok tempat yang cedera dengan berus

b)

Rendam tangan di dalam air panas

c)

Alirkan air paip pada tempat yang cedera selama 3 minit

d)

Gosok tangan pada kuali

7.

Apakah nombor talian kecemasan?

a)

888

b)

988

c)

900

d)

999

8.

Bagaimanakah cara untuk membantu bagi mengelakkan kecederaan pesakit bertambah buruk?

a)

Memberi bantuan yang salah

b)

Memberi bantuan yang betul dan pantas

c)

Lambat memberi bantuan

9.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya ternampak kanak-kanak tercekik?

a)

Jangan ambil tahu

b)

Larikan diri dari tempat kejadian

c)

Beri bantuan kecemasan yang betul dan pantas

d)

Tidak perlu beri bantuan

10.

Apakah yang perlu dilakukan setelah paramedik sampai ke tempat berlaku kecemasan?

a)

Kita perlu serahkan pesakit kepada paramedik untuk rawatan selanjutnya

b)

Kita perlu ambil alih tugas paramedik

c)

Kita perlu marah dan sindir paramedik kerana lambat sampai

d)

Kita perlu halang paramedik untuk rawat pesakit