NEW
Font size
WorksheetsKUIZ TATABAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 17mins
Beliau mendapat .................... daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.
hadiah
sumbangan
cenderamata
anugerah
Gambar-gambar itu disiarkan dengan ......... Jabatan Penerangan.
ehsan
ihsan
insan
perkenan
Jambatan yang ________ itu akan dilebarkan oleh pekerja Majlis Daerah Batu Pahat untuk kemudahan penduduk Kampung Parit Raja.
patah
senget
sempit
pendek
________ pandangan pegawai penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia itu, rancangan dokumentari sangat sesuai ________ tontonan seisi keluarga.
Pada ... untuk
Pada ... dengan
Bagi ... terhadap
Dalam ... kepada
Muhammad Aidil dan kawan-kawannya amat gemar ________ Internet untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran yang mereka kehendaki
merayau
melayari
meninjau
menjenguk
Ibu sedang menyediakan ___________________ di dapur untuk jamuan tengah hari nanti.
beras-petas
kuih-muih
lauk-pauk
ondeh-ondeh
Cikgu Selva sedang menunggu kawannya _____ pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.
ke
daripada
pada
dari
Hasan berasa ............ ketika mengambil keputusan peperiksaan SPM baru-baru ini.
risau
cuak
kekok
ganjil
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
i. Ibu bela rambut adik yang panjang itu sambil menonton televisyen
ii. Peguam bela yang mewakili pemuda itu telah berusaha sedaya upaya untuk mengemukakan bukti untuk membebaskan anak guamnya itu.
iii. Kerajaan Melaka berjaya dikalahkan oleh bela tentera Portugis.
iv. ''Janganlah bela haiwan liar yang dilarang oleh kerajaan ,''pesan renjer itu kepada orang kampung.
i dan ii sahaja
ii dan iv sahaja
i, ii, dan iii sahaja
i, iii dan iv sahaja
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama dengan ayat diberi.
Penggunaan komputer lebih banyak membawa kesan baik daripada kesan buruk kepada manusia.
Penggunaan komputer yang banyak telah mengakibatkan manusia menerima kesan yang baik dan buruk
Dengan penggunaan komputer yang banyak, manusia menerima kesan baik dan buruk.
Manusia menerima kesan baik yang lebih banyak daripada kesan buruk dalam penggunaan komputer.
Lebih banyak manusia menerima kesan buruk daripada kesan baik apabila menggunakan komputer.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang diberi.
Encik Abu berkata , '' Minah, janganlah boros semasa berbelanja kerana keluarga kita bukannya orang senang''.
Minah diminta berjimat cermat oleh Encik Abu kerana keluarganya bukan orang senang.
Minah mendengar nasihat Encik Abu supaya berjimat cermat semasa berbelanja memandangkan kesusahan yang dialami oleh keluarga mereka.
Encik Abu menasihati Minah agar tidak boros dalam berbelanja kerana keluarga mereka susah.
Encik Abu mengarahkan Minah agar berjimat cermat semasa berbelanja kerana keluarga mereka susah.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang diberi.
Encik Harun sanggup mempelajari kaedah pertanian moden untuk melipatgandakan pengeluaran sayur-sayurannya.
Pengeluaran sayur-sayuran yang ditanam oleh Encik Harun bertambah sejak dia sanggup mempelajari kaedah pertanian moden.
Untuk meningkatkan pengeluaran sayur-sayurannya, Encik Harun sanggup mempelajari kaedah pertanian moden.
Kaedah pertanian moden perlu dipelajari oleh Encik Harun untuk menambahkan pengeluaran sayur-sayurannya.
Encik Harun sepatutnya sanggup menjalankan kaedah pertanian moden agar pengeluaran sayur-sayurannya bertambah.
Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :
Penduduk di negara ini sama ada di bandar atau desa perlu bersatu padu
sama ada bandar atau desa
sama ada di bandar atau di desa
sama ada penduduk-penduduk bandar atau desa
sama ada di bandar atau desa
Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :
Dia terkejut bila memperdengarkan berita itu.
mendengar berita itu
bila mendengar berita itu
apabila mendengar berita itu
bila memperdengarkan berita itu
Peribahasa ''alah membeli menang memakai'' bermaksud
berpadanan dengan harga
mahal tetapi tahan dipakai
memuaskan hati apabila dibeli
harga yang mahal dan berjenama
Peribahasa ''Bagai melepaskan anjing tersepit'' memberikan pengajaran kepada kita supaya
jangan sekali-kali menyinggung perasaan atau menyakiti orang lain
sentiasa memberikan nasihat yang baik kepada orang yang memerlukan
sentiasa berhati-hati ketika hendak memberikan pertolongan kepada orang lain.
mengenal pasti orang yang memberikan bantuan supaya budinya dapat dibalas.
Peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan ''mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan'' ialah
seperti sirih pulang ke gagang.
ikut rasa binasa, ikut hati mati
beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Razlan hidup susah. Dia diingatkan agar tidak meneruskan niatnya untuk meminang anak orang yang kaya itu. Kata orang
belum duduk sudah berlunjur
ukur baju di badan sendiri
sarang tebuan jangan dijolok
air yang tenang, jangan disangka tiada buaya
