wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEND. ISLAM : PEPERIKSAAN AKHIR SEM 2 TINGKATAN 4 2020

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud mempersendakan agama?

a)

semua tindakan sama ada melalui lisan atau perbuatan yang merendah-rendahkan martabat agama.

b)

semua tindakan sama ada melalui lisan atau perbuatan yang merendah-rendahkan orang Islam.

c)

Semua tindakan yang merendah-rendahkan para alim ulama.

d)

semua tindakan yang menjatuhkan maruah keluarga Islam

2.

وَذَكِّرْ

Berdasarkan ayat 70 surah al-An'am. Apakah maksud perkataan di atas

a)

dan berzikirlah

b)

dan ketahuilah

c)

dan fahamilah

d)

dan ingatlah

3.

Pernyataan manakah bukan perbuatan mempersendakan agama

a)

Menyanjung perbuatan maksiat

b)

Menghina golongan ulama dan orang soleh

c)

Berasa bangga apabila melakukan kebaikan

d)

Mengejek dan menghina sunnah Rasulullah

4.

Berikut adalah cara menjaga kesucian Islam kecuali

a)

Memperkasakan program keilmuan berbentuk bimbingan di semua lapisan masyarakat

b)

Tidak mencontohi keperibadian Rasulullah SAW

c)

Meningkatkan kualiti ibadah fardhu dan Sunat demi menjamin keutuhan akidah

d)

Meninggalkan segala perbuatan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam

5.

Kesan mempersendakan agama kepada seseorang ialah

a)

Iman bertambah teguh

b)

Tidak dipandang oleh Allah SWT di akhirat kelak

c)

Mendapat Kejayaan di dunia dan di akhirat

d)

Tidak mendapat balasan apa-apa di dunia

6.

Huraikan tindakan anda dalam situasi berikut

Makan pada siang hari di tempat terbuka pada bulan Ramadhan.

a)

Membiarkan sahaja

b)

Melapor pada pihak yang berkuasa

c)

Ambil gambar dan viralkan

d)

Memberitahu kepada lain

7.

Mengapakah Islam melarang perbuatan mempersendakan agama?

a)

Bagi melindungi perbuatan pesalah

b)

Kerana perbuatan mempersendakan agama boleh membatalkan iman

c)

Kerana perbuatan tersebut mengangkat martabat agama

d)

Akan semakin ramai memasuki agama Islam

8.

Di antara cara cara mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan mempermainkan/mempersendakan agama digambarkan di bawah kecuali ...

a)

Melaksanakan semua perintah allah swt dan meninggalkan larangannya

b)

Sentiasa melakukan amal soleh

c)

Sentiasa melakukan kelakuan asi

d)

Mendalami ilmu agama

9.

Sabda Rasulullah s.a.w : "Jika seseorang daripada kamu mengumpul kayu api dan menanggungnya di atas belakangnya (untuk dijual) pasti lebih baik daripada dia meminta-minta kepada seseorang lalu orang itu memberi kepadanya atau menolaknya"


Hadis berikut tentang :

a)

Meminta-minta

b)

Bekerja sendiri

c)

Kemuliaan berdikari

d)

Pengumpul kayu

10.

Maksud berdikari

a)

bertawakkal

b)

berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang lain

c)

membebaskan diri

d)

bersungguh-sungguh

11.

Antara konsep berdikari ialah

a)

bermalas-malasan membantu ibu bapa

b)

meniru jawapan kawan

c)

tidak berusaha menyiapkan kerja sekolah

d)

menggunakan potensi diri (badan dan akal) yang Allah kurniakan ke arah kebaikan

12.

Doa memohon keluasan rezeki :


"Ya Allah cukupkan untukkku dengan rezeki yang _______ tanpa yang haram, dan tidak bergantung kepada _______ daripada sesiapa selainmu."

a)

baik, harta

b)

halal, rezeki

c)

diyakini, manusia

d)

dicari, pekerjaan

13.

Pilih padanan yang betul mengenai pekerjaan para Nabi untuk menyara keluarga

a)

Nabi Adam : Petani

b)

Nabi Idris : Tukang kasut

c)

Nabi Daud : Tukang kayu

d)

Nabi Zakaria : Tukang besi

14.

Nyatakan kelebihan berdikari terhadap AGAMA

a)

Mengelakkan diri daripada malas

b)

Menjadikan Islam dipandang tinggi

c)

Umat islam akan cintakan dunia

d)

Melahirkan modal insan y berkepakaran tinggi

15.

Nyatakan kelebihan berdikari terhadap EKONOMI

a)

Mudah menjadi kaya

b)

Disayangi oleh masyarakat

c)

Mendapat sumber pendapatan y diyakini halal

d)

Islam dipandang tinggi

16.
____ menyekutukan Allah pada zat, sifat & af'al.
a)
Kufur
b)
nifak
c)
Syirik
d)
Riddah
17.
Riyak, ujud dan takabbur adalah contoh perbuatan syirik ____________.
a)
Khafi
b)
Jali
18.

"Berniat hendak meninggalkan Islam"

Kenyataan berikut menunjukkan seseorang itu menjadi murtad melalui _________.

a)

Percakapan

b)

Perbuatan

c)

Iktikad

19.

"Puan Fatimah menyuruh anak perempuannya mandi bunga kerana kesukaran mendapat jodoh"


Perbuatan ini merujuk kepada amalan ..

a)

Nifak

b)

sihir

c)

syirik

d)

Khurafat

20.

Yang manakah antara berikut merupakan contoh kufur nikmat?

a)

Menggunakan harta kejalan maksiat

b)

Kagum dengan kehebatan diri

c)

Menyatakan zakat merupakan pembaziran

d)

Tidak mengakui balasan di akhirat

21.

"Ramli enggan menunaikan solat fardu kerana beranggapan amalan tersebut membuang masa."


Ramli telah melakukan perbuatan ____________.

a)

Syirik

b)

Kufur Nikmat

c)

Kufur Hakikat

d)

Riddah

22.

Berikut adalah contoh-contoh perbuatan sihir kecuali..

a)

Mendatangkan penyakit fizikal atau mental kepada mangsa

b)

Amalan yang menggunakan bantuan makhluk halus

c)

Memecah belah hubungan suami isteri

d)

Mengunjungi kubur yang dianggap keramat untuk meminta pertolongan terus bagi memohon sesuatu hajat

23.

Mempercayai azimat yang boleh menahan bahaya kepada seseorang

Membuang ancak bagi menghalau hantu

Kenyataan di atas merujuk kepada contoh amalan __________.

a)

Syirik

b)

Riddah

c)

Khurafat

d)

Kufur Hakiki

24.

HUKUM MELAKUKAN SOLAT SUNAT DHUHA DAN GERHANA IALAH ___________

a)

WAJIB

b)

SUNAT

c)

SUNAT MUAKKAD

d)

HARUS

25.

SOLAT SUNAT GERHANA MEMPUNYAI ________ RUKUK

a)

2

b)

3

c)

4

d)

6

26.

Solat sunat Dhuha ialah

a)

solat sunat yang dilakukan pada waktu antara matahari terbit selepas syuruk hingga sebelum gelincir matahari

b)

solat sunat yang dilakukan pada waktu antara terbit fajar hingga sebelum gelincir matahari.

c)

solat sunat yang dilakukan pada waktu antara matahari terbit selepas syuruk hingga selepas gelincir matahari

d)

solat sunat yang dilakukan pada waktu antara matahari terbit selepas subuh hingga selepas gelincir matahari

27.

Apakah hukum melaksanakan solat sunat Dhuha?

a)

sunat

b)

sunat muakad

c)

wajib

d)

harus

28.

Berapakah bilangan rakaat boleh dilaksanakan dalam solat sunat Dhuha?

a)

2 rakaat sahaja

b)

4 rakaat sahaja

c)

6 rakaat sahaja

d)

2, 4, 6 atau 8 rakaat

29.

Solat sunat Dhuha dilaksanakan secara ___________________

a)

wajib berjemaah

b)

haram berjemaah

c)

wajib bersendirian

d)

digalakkan bersendirian

30.

Berikut adalah hikmah menunaikan solat sunat Dhuha kecuali

a)

mendekatkan diri kepada Allah SWT bagi meraih kasih sayang daripadaNya

b)

mendapat rahmat dan keberkatan rezeki daripada Allah SWT

c)

membentuk ketaatan kepada Allah SWT setiap masa

d)

menjauhkan dari sifat takbur dan sombong

31.

Solat sunat Gerhana bermaksud

a)

solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana bulan .

b)

solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari dengan cara-cara yang tertentu.

c)

solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana bulan dengan cara-cara yang tertentu.

d)

solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana bulan dengan cara-cara yang tertentu

32.

Berikut adalah amalan-amalan yang dianjurkan ketika berlakunya gerhana kecuali

a)

Solat Sunat Gerhana

b)

Mentaati ibubapa

c)

Berdoa, bersedekah dan bertakbir

d)

Memperbanyakkan Istighfar

33.

"Ziarahlah orang yang sakit, berikan makanan kepada orang yang lapar dan bebaskanlah tawanan".

Terjemahan hadis di atas merujuk kepada adab terhadap

a)

orang sakit

b)

tawanan perang

c)

orang yang susah

d)

orang kurang upaya

34.

*Memberi semangat dan motivasi agar bersabar dan reda

*Tidak mengganggu ketenteraman ketika berziarah

Pernyataan di atas merujuk kepada adab terhadap orang sakit dari segi

a)

fizikal

b)

emosi

c)

rohani

d)

ibadah

35.

Antara yang berikut, yang manakah hikmah beradab terhadap orang sakit?

a)

melahirkan rasa syukur

b)

memupuk sifat kebersamaan

c)

menimbulkan rasa dihargai dalam diri

d)

mengeratkan ukhuwah sesama anggota masyarakat

36.

*Memberi tunjuk ajar tentang urusan ibadah

*Menyediakan kemudahan kepada mereka dalam melakukan ibadah

Pernyataan di atas merujuk kepada adab terhadap orang kurang upaya dari segi

a)

fizikal

b)

emosi

c)

rohani

d)

ibadah

37.

*Memberi layanan dengan penuh kasih dan sayang

*Tidak mengejek dan menghina

Pernyataan di atas merujuk kepada adab terhadap orang kurang upaya dari segi

a)

emosi

b)

fizikal

c)

rohani

d)

ibadah

38.

Orang kurang upaya ialah......

a)

Orang yang hilang anggota fizikal.

b)

Orang yang tidak mempunyai keupayaan diri utk melibatkan diri secara efektif dlm masyarakat.

c)

Orang yang mempunyai sticker OKU.

d)

Orang yang tidak berkemampuan.

39.

Ruangan tempat duduk orang kurang upaya dalam kenderaan awam seperti bas dan komuter adalah salah satu adab dari aspek...

a)

rohani

b)

keselamatan

c)

ibadah

d)

fizikal

40.

Sempurnakan ayat 101 AlKahfi di bawah

ٱلَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِى غِطَآءٍ عَن ذِكْرِى وَكَانُوا۟ ________ سَمْعًا

a)

لا يستطيعون

b)

لا يجلسون

c)

لا يعلمون

d)

لا يسمعون

41.

Sempurnakan ayat 104 AlKahfi di bawah

ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِى _________ وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

a)

السميع البصير

b)

السماوات و الأرض

c)

الكبير و القصير

d)

الحيوٰة الدنيا

42.

Berazam untuk berjaya

a)

برعزم اونتوق برجاي

b)

برعازام اونتوق برجاي

c)

برعزم اونتوق برجي

d)

برعازم اونتوق برجاي

43.

Kehormatan dan maruah

a)

كحرمتن دان مرواه

b)

كهرمتن دان مروه

c)

كحرمتن دان مروه

d)

كهرمتن دان مرواه

44.

Hukum syarak

a)

حكوم شراع

b)

حكوم شارع

c)

حكوم شرع

d)

حوكوم شرع

45.

Kesalahan dan berdosa.

a)

كسلهن دان بردوسا

b)

كسالاهن دان بردوسا

c)

كسالهن دان بردوس

d)

كسالهن دان بردوسا

46.

sistematik

a)

سستماتيق

b)

سيستمتيك

c)

سيستماتيق

d)

سيستماتيك

47.

Nyatakan hukum bagi kalimah tersebut

a)

Iqlab

b)

Izhar Halqi

c)

Idgham Syafawi

d)

Idgham Maal Ghunnah

48.

Nyatakan hukum bagi kalimah tersebut

a)

Iqlab

b)

Izhar Halqi

c)

Idgham Syafawi

d)

Idgham Maal Ghunnah

49.

Berikut adalah huruf-huruf bagi hukum tajwid

a)

Izhar Halqi

b)

Idgham Mislain

c)

Ikhfa' Haqiqi

d)

Idgham Maal Ghunnah

50.

Bagaimanakah cara bacaan hukum Idgham Maal Ghunnah

a)

Bunyi Nun jelas dan nyata

b)

Menggabungkan bunyi Nun dengan huruf selepasnya serta dengung

c)

Menggabungkan bunyi Nun dengan huruf selepasnya tanpa dengung

d)

Menukarkan bunyi Nun kepada Mim serta dengung