NEW
Font size
WorksheetsBELANJAWAN TUNAI
Total questions: 12
Worksheet time: 12mins
Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan?
Satu sistem yang mengandungi prosedur untuk mengawal penerimaan dan pembayaran tunai
Satu penyata yang digunakan untuk merekod urus niaga penerimaan dan pembayaran tunai
Satu penyata yang disediakan untuk memastikan tunai perniagaan sentiasa mencukupi
Satu anggaran penerimaan dan pembayaran tunai dalam sesuatu tempoh tertentu pada masa hadapan
Butiran manakah yang diambil kira dalam penyediaan belanjawan tunai?
I Pinjaman bank
II Kadar bayaran
III Peruntukan hutang ragu
IV Susut nilai alatan pejabat
I dan II
I dan IV
II dan III
D III dan IV
Apakah fungsi belanjawan tunai kepada peniaga?
Menunjukkan keadaan sebenar kewangan perniagaan
Menunjukkan kedudukan anggaran tunai pada masa hadapan
Menjadi panduan kepada pembekal untuk menuntut hutang
Membantu peniaga mengehadkan perbelanjaan semasa
Anggaran belian berikut dimiliki oleh Perniagaan Wawasan.
Januari RM 1 800
Februari 2 000
Maklumat tambahan: 60 % daripada belian adalah secara tunai dan bakinya dibayar pada bulan berikutnya.
Berapakah bayaran pada bulan Februari?
RM2 280
RM2 000
RM1 920
RM1 200
Butir manakah direkodkan sebagai perbelanjaan dalam belanjawan tunai?
Susut nilai
Jualan tunai
Hutang lapuk
Bayar sewa kedai
Belanjawan tunai berikut diambil daripada sebuah perniagaan.
Berapakah nilai Q?
RM3 500
RM5 000
RM6 500
RM8 500
Mengapakah tugas pengendalian tunai diasingkan daripada tugas merekod urus niaga tunai?
Memastikan perniagaan mendapat keuntungan maksimum
Menjimatkan masa merekod ke dalam buku-buku perakaunan
Memudahkan kerja merekod ke dalam buku-buku perakaunan
Mengelakkan daripada berlakunya penyalahgunaan wang tunai
Urus niaga manakah yang TIDAK akan diambil kira dalam penyediaan Penyata Belanjawan Tunai?
Belian tunai
Ansuran bulanan kenderaan
Kenderaan dibeli secara tunai
Membawa masuk kenderaan sebagai modal
Encik Ariffin bercadang memulakan projek ternakan ikan pada Januari 2018.
Maklumat diatas diperoleh daripada belanjawan tunai beliau.
Berapakah baki akhir bulan Januari 2018?
RM92 000
RM12 200
RM142 000
RM162 000
Sistem kawalan tunai diamalkan bertujuan untuk memastikan perniagaan ....
mendapat keuntungan
memperoleh jualan yang maksimum
menyimpan tunai yang banyak di tangan
mempunyai aliran tunai yang mencukupi
Graf 1 menunjukkan maklumat mengenai anggaran jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran bagi Perniagaan Nirwana.
Maklumat tersebut akan digunakan untuk membuat Penyata Belanjawan Tunai. Baki akhir pada bulan Januari ialah RM20 000.
Berapakah baki akhir bulan Mac?
RM5 000
RM10 000
RM15 000
RM30 000
Berikut adalah butiran Penerimaan yang direkodkan dalam Belanjawan Tunai kecuali ...
Jualan Tunai
Komisen diterima
Akaun Belum Terima
Membawa masuk perabot untuk kegunaan perniagaan
