WorksheetsPENDIDIKAN MORAL Ting 4 ( Pengurusan Perbelanjaan)
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Pengurusan perbelanjaan secara beretika bermaksud?
Membelanjakan wang melebihi kemampuan seseorang individu
Wang dibelanjakan sepenuhnya tanpa membuat simpanan
Cara wang dibelanjakan dan diuruskan dengan berhemah untuk mendapatkan sesuatu barangan dan perkhidmatan
Cara wang dibazirkan untuk mendapatkan barangan bersifat kehendak bukan keperluan
Berikut merupakan cara pengurusan perbelanjaan secara beretika. Kecuali..
Mengenalpasti dan membuat anggaran perbelanjaan
Membiarkan diri terpengaruh dengan jualan murah atau jualan dalam talian
Menentukan kedudukan kewangan yang dimiliki
Mendisiplinkan diri ketika berbelanja
Membuat penelitian harga terlebih dahulu bagi memastikan barang tersebut benar-benar murah dan berkualiti merupakan salah satu cara pengurusan perbelanjaan secara beretika.
Betul
Salah
Sebagai pengguna, berikut merupakan hak-hak yang dimiliki oleh seorang pengguna. Kecuali..
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Hak untuk membuat pilihan
Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Hak untuk mendapatkan potongan harga maksimum
Natalia ingin membeli baju untuk majlis dipejabatnya. Dia telah memilih untuk membeli baju di sebuah butik mahal kerana mementingkan jenama baju tersebut sedangkan dia tahu di kedai lain dia boleh mendapatkan baju dengan kualiti yang sama pada harga yang lebih murah. Tindakan Natalia merupakan suatu...
Kehendak
Keperluan
Berikut merupakan kepentingan pengurusan perbelanjaan secara beretika. Kecuali...
Mengelakkan diri daripada ditipu
Mengurangkan bebanan hutang
Meningkatkan pembaziran
Menjamin masa hadapan
Berikut merupakan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika. Kecuali..
Tidak terbeban dengan hutang
Meningkatkan masalah inflasi
Menghadapi masalah kewangan
Menjejaskan hubungan kekeluargaan
Melahirkan tabiat masyarakat yang boros dan membazir merupakan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika kepada...
Negara
Masyarakat
Diri
Keluarga
Muflis dan tekanan perasaan merupakan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika kepada...
Negara
Keluarga
Diri
Masyarakat
Nilai universal manakah yang perlu diamalkan oleh setiap individu dalam menguruskan perbelanjaan secara beretika.
Kesederhanaan
Hormat
Toleransi
Kepercayaan kepada tuhan
Salah satu kemahiran menguruskan perbelanjaan secara beretika ialah membuat belian secara...............
kredit
tunai
hutang
Barangan yang perlu dibeli tidak semestinya dinilai melalui.....................yang cantik.
rupa
warna
pembungkusan
Zarif ___________________ semula baki wang terlebih bayar yang telah diberikan oleh juruwang kedai Pak Abu itu.
membayarkan
memulangkan
menyimpan
membeli
Kita perlulah _________________ jika telah melakukan kesalahan kepada orang lain.
memohon kebenaran
tidak menghiraukan
memohon maaf
mementingkan diri
Hanif terjumpa wang RM 5.00 di padang sekolah. Dia telah menyerahkan wang tersebut kepada guru yang bertugas. Apakah nilai yang ditunjukkan oleh Hanif?
kejujuran
keikhlasan
kematangan
kerajinan
Nadia tidak mahu menerima ganjaran yang diberikan oleh makcik itu atas bantuan yang telah dihulurkannya. Apakah nilai yang ditunjukkan oleh Nadia?
kerajinan
kegigihan
keikhlasan
hormat
Kesanggupan diri seseorang memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
Amanah
Berdikari
Bertanggungjawab
Kerajinan
Berupaya menjaga maruah diri.
Amanah
Berdikari
Bertanggungjawab
Harga diri
Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua.
Kerajinan
Berdikari
Bertanggungjawab
Kerjasama
Boleh berfikir berdasarkan alasan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar.
Rasional
Berdikari
Hemah tinggi
Kesederhanaan
