wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan simpan kira?

a)

Tatacara penyediaan rekod perakaunan yang bermula daripada dokumen sumber hingga catatan penutupan akaun.

b)

Proses perakaunan yang meliputi aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod, dan melapor rekod-rekod perakaunan.

c)

Meliputi kerja memeriksa dokumen perniagaan dan rekod kewangan untuk mengesahkan rekod maklumat perakaunan adalah betul dan tepat.

d)

Buku yang digunakan untuk merekodkan butiran urus niaga sebagai bukti bertulis bagi sesuatu urus niaga.

2.

Antara berikut, manakah ekuiti pemilik?

a)

Inventori

b)

Bank

c)

Modal

d)

Akaun Belum Terima

3.

Urus niaga manakah yang menambahkan aset dan liabiliti perniagaan?

a)

Jualan secara tunai.

b)

Beli perabot secara kredit.

c)

Bayar Akaun Belum Bayar dengan cek.

d)

Ambilan inventori untuk kegunaan keluarga.

4.

"Kenderaan direkodkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan berasaskan kos belian pada tarikh belian walaupun harga semasa telah berubah."


Prinsip perakaunan yang terlibat ialah …

a)

kos manfaat

b)

integriti

c)

usaha berterusan

d)

prinsip kos

5.

Ciri-ciri kepimpinan seorang akauntan adalah …

a)

Akauntabiliti

b)

Integriti

c)

Objektiviti

d)

Kredibiliti

6.

"Encik Bakry merekodkan bayaran belanja membaiki kenderaan anaknya berjumlah RM450 sebagai belanja perniagaan".


Apakah konsep perakaunan yang tidak dipatuhi Encik Saiful?

a)

Materialiti

b)

Kos Manfaat

c)

Entiti Berasingan

d)

Wang Sebagai Ukuran

7.

Semua persamaan perakaunan berikut adalah betul kecuali

a)

Aset = Liabiliti + Modal

b)

Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih

c)

Aset = Liabiliti + Modal + Ambilan

d)

Aset = Liabiliti + Modal - Rugi Bersih

8.

Berikut merupakan aset sesebuah syarikat kecuali...

a)

Bank

b)

Akaun Belum Bayar

c)

Akaun Belum Terima

d)

Inventori

9.

Perniagaan Murni membeli sebuah komputer bernilai RM2000 secara kredit. Apakah akuan yang perlu didebitkan dan dikreditkan?

a)

Debit - Komputer

Kredit - Bank

b)

Debit - Bank

Kredit - Komputer

c)

Debit - Komputer

Kredit - Akaun Belum Bayar

d)

Debit - Akaun Belum Bayar

Kredit - Komputer

10.

Ambilan wang atau barang perniagaan oleh pemilik untuk kegunaan sendiri akan mengurangkan _________ pemilik.

a)

aset

b)

liabiliti

c)

modal

d)

ambilan