wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERAKAUNAN (ASAS PERAKAUNAN PENGURUSAN)

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Pilih perbezaan antara perakaunan kewangan dengan perakaunan pengurusan.

a)

Perakaunan kewangan untuk kegunaan luaran manakala Perakaunan pengurusan untuk kegunaan dalaman.

b)

Perakaunan kewangan memfokus masa depan manakala perakaunan pengurusan memfokus masa lepas.

c)

Perakaunan kewangan mematuhi peraturan dan undang-undang (Akta Syarikat dan MFRS) manakala perakaunan pengurusan tidak perlu mematuhi peraturan perakaunan.

d)

Perakaunan kewangan tidak perlu pengauditan bebas dari luar syarikat manakala perakaunan pengurusan diaudit oleh juruaudit bertauliah.

2.

Kos boleh dikelaskan berasaskan........

a)

Fungsi pengeluaran dan bukan pengeluaran

b)

Kelakuan

c)

Penjejakan(Pengesanan)

d)

Kos campuran

3.

Antara berikut, yang manakah benar bagi pengelasan kos mengikut fungsi pengeluaran?

a)

Kos tempoh dan kos berubah

b)

Kos prima, kos penukaran dan kos produk.

c)

Kos produk , belanja pentadbiran dan belanja jualan

4.

Terdapat tiga jenis kelakuan kos iaitu....

a)

Kos tempoh, kos produk dan kos langsung.

b)

Kos prima, kos tak langsung dan kos hangus.

c)

Kos Tetap, Kos Berubah dan Kos Campuran.

5.

Kos langsung dan kos tak langsung merupakan pengelasan kos mengikut.......

a)

Kelakuan

b)

Fungsi

c)

Pengesanan(Penjejakan)

d)

Lain-lain

6.

Antara berikut, pernyataan yang manakah adalah benar tentang kos keluaran(kos produk)?

a)

Kos keluaran ialah semua kos yang terlibat dalam menghasilkan sesuatu produk.

b)

Kos keluaran ialah kos yang terlibat dalam memindahkan barang siap sehingga barang itu dijual.

c)

Kos keluaran ialah kos yang boleh dikesan terus pada produk.

7.

Kos bukan pengeluaran bermaksud......

a)

Semua kos yang terlibat dalam menghasilkan produk.

b)

Semua kos yang terlibat dalam memindahkan barang siap dalam kilang sehingga barang dijual dan tidak dinventorikan.

c)

Kos yang berubah mengikut volum pengeluaran.

8.

Kos relevan ialah kos masa depan yang membezakan antara satu alternatif dengan alternatif lain.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Antara berikut, pernyataan yang manakah adalah benar?

a)

Kos berubah adalah kos yang berubah mengikut volum pengeluaran. Perubahan ini berkadar langsung dengan pengeluaran.

b)

Kos tetap ialah kos yang berubah apabila volum pengeluaran berubah.

c)

Kos campuran terdiri daripada kos tetap , kos berubah dan kos tempoh.

d)

Kos tidak langsung ialah kos yang boleh dikesan terus pada keluaran.

10.

Kos Prima + Kos Overhed = Y

Kos Bahan Mentah Langsung + Kos Buruh Langsung + Kos overhed kilang = Y

Kos Bahan Mentah Langsung + Kos Penukaran = Y


Apakah Y?

a)

Kos Tempoh

b)

Kos Tetap

c)

Kos Keluaran

d)

Kos Langsung

11.

Mengapakah untung bersih bagi kaedah pengekosan marginal dan pengekosan serapan berbeza?

a)

Kos bahan mentah

b)

Komisen jurujual

c)

Kos overhed kilang tetap

d)

Upah buruh langsung