wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Fizik Tingkatan 4 (2.5 Momentum)

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Troli A dan Troli B menghampiri antara satu sama lain dan berlanggar. Antara berikut, yang manakah kenyataan yang betul

a)

perlanggaran kenyal berlaku

b)

jumlah momentum diabadikan

c)

jumlah tenaga kinetik diabadikan

d)

kedua-dua objek bergerak dengan kelajuan berbeza selepas berlanggar

2.

Momentum suatu objek bergantung kepada ............... dan .................... objek itu

a)

saiz dan bentuk

b)

jisim dan laju

c)

jisim dan halaju

d)

jisim dan tenaga

3.

Suatu objek dengan jisim 2000 kg berada dalam keadaan pegun. Berapakah momentum objek itu?

a)

2000 kg m/s

b)

0 kg m/s

c)

2000 kg

d)

2000 m/s

4.

Satu troli berjisim 2kg mempunyai momentum 10 kgm/s. Berapakah halajunya?

a)

22 m/s

b)

.2 m/s

c)

5.0 m/s

d)

20 m/s

5.

Momentum besar apabila jisim besar, apabila ___________ besar , atau kedua-duanya bertambah.

a)

laju

b)

arah

c)

halaju

6.

Antara berikut yang manakah mempunyai momentum yang terbesar?

a)
b)
c)
d)
7.

Rajah menunjukkanbdua jasad A dan B masing-masing berjisim 3 kg dan 2 kg bergerak dalam arah bertentangan seperti rajah di atas. Halaju A ke kanan ialah 5 ms-1 dan dianggap positif. Halaju B ke kiri ialah 6 ms-1. Perlanggaran berlaku antara A dan B. Di antara pernyataan berikut adalah tidak benar ?

a)

Jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah + 3 kg ms-1

b)

Jumlah momentum selepas perlanggaran adalah + 3 kg ms-1

c)

Momentum A sebelum perlanggaran adalah + 15 kg ms-1

d)

Momentum B sebelum perlanggaran adalah + 12 kg ms-1

8.

Sebutir peluru berjisim 10 g bergerak dengan halaju 200 ms-1 mengena satu sasaran dan terbenam ke dalamnya. Sebaik sahaja peluru itu mengena sasaranya kedua-duanya bergerak bersama-sama dengan halaju 2.0 ms-1 Berapakah jisim sasaran itu?

a)

860 g

b)

990 g

c)

1000 g

d)

1020 g

9.

Yang manakah mempunyai momentum yang lebih besar ; kereta yang berhenti atau motosikal yang bergerak dengan halaju 15 km/j?

which of the following have a bigger momentum; stop car or motorcycle move with velocity 15 km/j

a)

kereta / car

b)

motosikal / motorcycle

c)

sama / same

d)

tiada jawapan diatas / none of above

10.

Dalam setiap perlanggaran, ___________ sentiasa malar.

In each collision, ___________ always constant.

a)

tenaga / energy

b)

jumlah halaju / total velocity

c)

jumlah laju / total speed

d)

jumlah momentum / total momentum

11.

Apabila dua objek berlanggar, Psebelum adalah ____________ Pselepas.

When two object collide, Pbefore ____________ Pafter.

a)

lebih berbanding / more than

b)

kurang berbanding / less than

c)

sama dengan / same with

d)

tidak berkaitan dengan / not related to

12.

Berapakah momentum bagi sebuah troli berjisim 0.250 kg yang bergerak pada halaju 0.400 m/s?

what is the momentum of a 0.25 kg trolly move with a velocity of 0.4 m/s?

a)

0.1 kgm/s

b)

1 kgm/s

c)

10 kgm/s

d)

100 kgm/s

13.

Seorang pelari mempunyai momentum 720 kg m/s dan bergerak dengan halaju 5 m/s. Hitungkan jisim pelari tersebut.

a)

14.4 kg

b)

1400 kg

c)

144 kg

d)

360 kg

14.

Sebiji bola A yang berjisim 2.5 kg bergerak dengan halaju 5 m/s dan melanggar bola B berjisim 2.5 kg dalam keadaan pegun dalam perlanggaran kenyal. Berapakah halaju bagi bola B selepas perlanggaran?

a)

5 m/s

b)

10 m/s

c)

2.5 m/s

d)

7.5 m/s

15.

Sebiji bola boling berjisim 5 kg bergerak sejauh 5 m dalam 25 s. Hitungkan momentum bola boling tersebut.

a)

1 kgm/s

b)

750 kgm/s

c)

25 kgm/s

d)

625 kgm/s

16.

Satu peluru berjisim 10 g mengena sasaran mengufuk berjisim 2 kg dan terbenam ke dalamnya. Kedua-dua objek bergerak bersama-sama dengan halaju 4 m/s. Berapakah halaju peluru sebaik-baik sebelum pelanggaran?

a)

404 m/s

b)

804 m/s

c)

1020 m/s

d)

1440 m/s

17.

Dua biji bola yang serupa, P dan Q, bergerak ke arah satu sama lain dengan halaju v dan 2v masing-masing. Perlanggaran di antara dua biji bola itu adalah pelanggaran kenyal. Pernyataan manakah yang betul tentang pelanggaran kenyal itu?

a)

Momentum bola P sebelum perlanggaran itu adalah sama dengan momentum bola Q sebelum perlanggaran itu

b)

Jumlah momentum sebelum perlanggaran itu adalah sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran itu

c)

Tenaga kinetik bola P sebelum perlanggaran itu adalah sama dengan tenaga kinetik bola Q sebelum perlanggaran itu

d)

Jumlah tenaga kinetik sebelum perlanggaran itu tidak sama dengan jumlah tenaga kinetik selepas perlanggaran itu.

18.

Rajah menunjukkan bomba memegang hos untuk menyembur air. Beberapa orang bomba diperlukan untuk memegang hos

a)

untuk menyokong berat hos

b)

untuk meningkatkan jisim air yang keluar

c)

untuk meningkatkan laju air yang keluar arah depan

d)

untuk mengurangkan kesan sentakan kuat

19.

Rajah menunjukkan dua troli sebelum dan selepas perlanggaran. Berapakah halaju kedua-dua troli selepas perlanggaran?

a)

0.60 m/s

b)

0.83 m/s

c)

1.20 m/s

d)

2.00 m/s

20.

Sebutir peluru berjisim 10 g ditembak daripada senapang berjisim 490 g. Peluru meninggalkan senapang dengan halaju 120 m/s. Cari halaju sentakan senapang itu.

a)

2.4 m/s

b)

4.8 m/s

c)

6.4 m/s

d)

7.4 m/s