wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahagian Sintaksis

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif :

Ayuanisa mengemaskan buku-buku yang berselerak itu

a)

Buku-buku yang berselerak dikemas Ayuanisa

b)

Buku-buku yang berselerak itu dikemaskan oleh Ayunaisa

c)

Buku-buku Ayuanisa yang berselerak dikemaskan

2.

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif :

Kita janganlah memperalat orang yang lemah sesuka hati.

a)

Orang yang lemah jangan diperalat sesuka hati

b)

Janganlah diperalat sesuka hati orang yang lemah

c)

Orang yang lemah jangnlah kita peralat sesuka hati

3.

Tulis semula dialog di bawah kepada cakap ajuk :

Norkhaizad mengucapkan selamat pagi kepada Cikgu Sabri

a)

"Selamat pagi Cikgu Sabri," kata Norkhaizad.

b)

"Selamat pagi cikgu Sabri?", kata Norkhaizad

c)

Selamat pagi cikgu Sabri. kata Norkhaizad.

4.

Tukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk :

Cikgu Maisarah bertanya kepada Naim jumlah murid yang belum mendapat borang lawatan itu.

a)

"Berapa orang murid yang akan mengikuti lawatan ini, Naim?" tanya Cikgu Maisarah

b)

"Berapa orang murid yang belum mendapat borang lawatan itu?" tanya Cikgu Maisarah kepada Naim.

c)

"Berapa orang murid yang belum mendapat borang lawatan itu!" tanya Cikgu Maisarah

5.

Tukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah :

"Hai, Puan Fatini! Sudah ke pasar atau belum?" tanya Puan Amira

a)

Puan Fatini menyapa Puan Amira lalu menanyakan sama ada Puan Amira sudah ke pasar atau belum.

b)

Puan Amira menegur Puan Fatini lalu menanyakan sama ada Puan Fatini sudah ke pasar atau belum.

c)

Puan Amira menanyakan Puan Fatini sama ada beliau akan ke pasar bersama-sama.

6.

Tukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah :

"Adakah kamu telah bersedia menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi?" tanya Aisyah kepada Izzudin

a)

Aisyah menanyakan Izzudin sama ada dia sudah bersedia menghadapi peperiksaan SPM yang menjelang tidak lama lagi.

b)

Aisyah bertanya kepada Izzudin adakah beliau sudah bersedia menjawab soalan SPM tidak lama lagi.

c)

Aisyah menanyakan Izzudin adakah dia sudah bersedia untuk menghadapi SPM

7.

Tukarkan ayat pasif kepada ayat aktif :

Buku itu telah dihantar oleh Baiduri ke bilik guru

a)

Baiduri ke bilik guru membawa buku itu

b)

Dihantar ke bilik guru buku itu oleh Baidui.

c)

Baiduri menghantar buku itu ke bilik guru

8.

Tukarkan ayat pasif kepada ayat aktif :

Pergolakan politik di negara itu diperhatikan oleh pemimpin dunia secara serius.

a)

Pemimpin dunia secara serius memerhatikan pergolakan di negara itu

b)

Pemimpin dunia melihat pergolakan politik secara serius di negara itu

c)

Pemimpin dunia memerhatikan pergolakan politik di negara itu secara serius.

9.

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah menjadi ayat majmuk.

i) Kami menziarahi Makam Mahsuuri di Pulau Langkawi.

ii) Kami menaiki kereta kabel di Pulau Langkawi

a)

Kami menziarahi Makam Mahsuri di Pulau Langkawi sambi menaiki kereta kabel

b)

Kami menziarahi Makam Mahsuri dan menaiki kereta kabel di Pulau Langkawi

c)

Kami menziarahi Makam Mahsuri dengan menaiki kereta kabel di Pulau Langkawi

10.

Cerakinkan ayat majmuk di bawah kepada ayat tunggal :

Murid itu tetap datang ke sekolah walaupun kakinya sakit.

a)

a) Murid itu datang ke sekolah

b) Murid itu kakinya sakit

b)

a) Murid itu tetap datang ke sekolah.

b) Murid itu kakinya sakit

c)

a) Murid itu tetap datang ke sekolah.

b) Walaupun kakinya sakit

11.

Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat di bawah.

Pemain bola sepak itu telah diserang penyakit Covid-19.

a)

Subjek : Pemain bola sepak itu.

Predikat : telah diserang penyakit Covid-19

b)

Subjek : Pemain bola sepak

Predikat : itu telah diserang penyakit Covid-19

c)

Subjek : Pemain bola sepak itu telah diserang

Predikat : penyakit Covid-19

12.

Kenal pasti subjek dan predikat :

Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.

a)

Subjek : Samsul.

Predikat : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.

b)

Subjek : Samsul menjawat jawatan baharu

Predikat : di syarikat

c)

Subjek : Samsul menjawat jawatan

Predikat : baharu di syarikat ayahnya

13.

Kenal pasti subjek dan predikat :

Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Adi Warya terletak di Kampung Medan dalam daerah Kuala Langat

a)

Subjek : Rumah kediaman

Predikat : yang baharu dibeli oleh Adi Warya terletak di Kampung Medan dalam daerah Kuala Langat

b)

Subjek : Rumah kediaman yang baharu dibeli

Predikat : oleh Adi Warya terletak di Kampung Medan dalam daerah Kuala Langat

c)

Subjek : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Adi Warya

Predikat : terletak di Kampung Medan dalam daerah Kuala Langat

14.

Nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat di bawah :

Adlina anak bongsu guru bahasa Melayu sekolah kami

a)

FN+FA

b)

FN+FN

c)

FN+FK

d)

FN+FS

15.

Nyatakan pola ayat bagi ayat di bawah :

Seorang murid akan ke Temerloh bersama-sama rombongan itu.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FA+FS

16.

Nyatakan pola ayat bagi ayat di bawah :

Murid itu sangat rajin mengulangkaji pelajarannya.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FS

d)

FN+FA

17.

Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah :

Apakah tindakan yang perlu diambil kepada murid yang selalu lambat datang ke sekolah?

a)

Ayat penyata

b)

Ayat seru

c)

Ayat perintah

d)

Ayat tanya

18.

Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah :

"Ewah, kerja sekolah tak siap tapi kamu boleh bermain permainan video! " tegur Naim kepada rakan-rakannya.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat seru

c)

Ayat perintah

d)

Ayat tanya

19.

Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah :

Kelas bimbingan pada petang ini dibatalkan kerana guru-guru ada mesyuarat.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat perintah

c)

Ayat seru

d)

Ayat tanya

20.

Nyatakan jenis ayat-ayat di bawah :

"Tolong hantar buku latihan ini ke bilik guru," arah Cikgu Anyza pada Baiduri.

a)

Ayat seru

b)

Ayat penyata

c)

Ayat perintah

d)

Ayat tanya

21.

Pilih ayat penyata bagi ayat-ayat di bawah :

a)

Lembu itu telah memusnahkan tanaman sayur-sayuran penduduk kampung.

b)

Jangan lalu di kawasan ini

c)

Bilakah kamu akan datang ke sekolah untuk mengambil buku latihan?

d)

Wow, banyaknya buku baharu dalam Pusat Sumber Sekolah!

22.

Pilih ayat perintah bagi ayat-ayat di bawah :

a)

Silalah masuk. Ramai tetamu telah datang.

b)

Bagaimanakah kemalangan itu boleh berlaku?

c)

Aduh, sakitnya kaki saya!

d)

Saya berasa kesal kerana tidak menyiapkan kerja yang dibekalkan oleh guru

23.

Manakah antara berikut bukan ayat perintah

a)

Dilarang masuk ke kawasan ini

b)

Jangan buat bising dalam bilik guru

c)

Tidak boleh berludah di sini

d)

Cis, berambus kamu dari sini!

24.

Pilih ayat songsang

a)

Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara

b)

Berpidato sungguh petah berbicara dalam pertandingan itu

c)

Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu

25.

Songsangkan ayat berikut :

Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya enak

a)

Kerana rasanya enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu

b)

Terengganu ada keropok lekor yang sangat popular

c)

Sangat popular di Terengganu kerana ada keropok lekor