WorksheetsSEJARAH KERTAS 1 SPM
Total questions: 40
Worksheet time: 7mins
PANDANGAN ISLAM : PENCAPAIAN TATASUSILA YANG TINGGI DAN KEBUDAYAAN YANG LUHUR.
Aapakah dua unsur penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat?
Lahiriah dan Rohaniah
Rohaniah dan Perdabadan
Teknologi dan Kepercayaan
Ketenteraan dan Matawang
CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG HAMMURABI:
- BERTERASKAN HAK RAKYAT
- X
Apakah ciri X?
Mengutamakan muafakatan
Berteraskan sistem kepercayaan tempatan
Hukuman yang sama untuk semua golongan
Hukuman dan denda setimpal dengan kesalahan
Apakah dua maklumat yang boleh dikaitkan dengan Tulang Oracle?
Digunakan untuk menilik nasib
Digunakan dalam upacara keagamaan
Membantu aktiviti kegiatan pertanian
Menimbulkan idea mencipta tulisan
Berikan dua fungsi Agora.
Kawasan petempatan
Tempat mesyuarat
Pusat ekonomi
Kubu pertahanan
SRESTHIN ADALAH SEBUAH PERTUBUHAN PERDAGANGAN YANG DITUBUHKAN DI INDIA.
Mengapakah Sresthin diwujudkan?
Menjaga kualiti barangan
Menetapkan had masa bekerja
Melahirkan tenga kerja mahir
Mengawal kadar gaji pekerja
Apakah ilmu yang berkembang berdasarkan konsep Yin dan Yang?
Sains
Geometri
Matematik
Perubatan
Apakah kerajaan Melayu yang tertua di Asia Tenggara
Majapahit
Angkor
Srivijaya
Funan
Siapakah golongan yang memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Hindu dan Buddha?
Brahmin
Vaisa
Imigran
Raja
PEPERANGAN AL-BASUS
Apakah rumusan dari peperangan Al Basus?
Perebutan kuasa antara pemimpin dalam kerajaan
Masyarakat jahiliah memiliki kekuatan tentera
Semangat assabiyah membawa peperangan
Pencerobohan hak kawasan petempata
Mengapakah Nabi Muhammad SAW menjalankan dakwah di Makkah secara rahsia pada peringkat awal?
Penganut islam sedikit
Pertahanan belum kukuh
Perpaduan masih janggal
Permintaan para sahabat
BERIKUT MERUPAKAN INTIPATI PERJANJIAN AWABAH PERTAMA.
- Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul.
- Membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW
- X
Apakah syarat X?
Berjanji untuk bersatu padu
Berjanji melakukan umrah
Menyediakan tempat tinggal
Meninggalkan amalan jahiliah
Apakah fungsi Masjid Nabawi?
Tempat berbincang masalah orang islam
Tempat pengumpulan khazanah negara
Tempat tinggal golongan ulama
Tempat pendakwah berdakwah
Apakah kepentingan peristiwa pembukaan Kota Makkah terhadap kerajaan Islam Madinah?
Membentuk kalendar Islam
Penerusan sistem Kabilah
Pertambahan penduduk
Memperkukuh negara
"KAEDAH PERLANTIKAN KHALIFAH INI DILAKUKAN ATAS CADANGAN SATU NAMA SAHAJA DARIPADA KHALIFAH TERDAHULU".
Siapakah khalifah tersebut?
Khalifah Abu Bakar as Siddiq
Khalifah Umar al Khattab
Khalifah Uthman bin Affan
Khalifah Ali bin Abu Talib
Sultan Mansur Shah menghantar kitab al Dur al Manzum ke Samudera-Pasai. Apakah tujuannya?
Mengeratkan hubungan diplomatik
Pemberian cenderahati
Untuk diterjemahkan
Untuk simpanan
Islam berkembang cepat dan tersebar luas apabila pedagang yang berdakwah mengamalkan sifat terpuji. Apakah sifat terpuji tersebut?
Tabliq
Siddiq
Fatanah
Mahmudah
Apakah dua kandungan Hukum kanun Melaka?
Meletakkan Raja sebagai pemerintah berkuasa mutlak
Larangan amalan riba dalam perniagaan
Tanggungjawab raja dan pembesar
Undang-undang keluarga
Apakah tujuan Perjanjian Tordesillas ditandatangani?
Mengelakkan konflik perkauman yang berterusan
Menamatkan perang antara penganut mahzab katolik dan protestan
Menetapkan kawasan pengaruh antara dua kuasa eropah
Memastikan kuasa eropah dapat bersaing dengan empayar Islam
SEMASA PEMERINTAHAN MAHARAJA ABU BAKAR PENANAMAN GAMBIR DAN LADA HITAM TELAH DIUSAHAKAN SECARA BESAR-BESARAN.
Apakah sistem yang diperkenalkan untuk memajukan kedua-dua tanaman itu?
Sistem kontrak
Sistem Kangani
Sistem Kangcu
Sistem tanaman bergilir
Siapakah Komprador?
Pengurus besar bank eropah
Golongan ceti yang memiliki modal besar
Pemilik saham bank Eropah
Orang tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank
Imperialisme Barat didorong oleh perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan. Apakah dua perkembangan itu?
Penggunaan telegraf
Penggunaan kapal wap
Penggunaan jalan raya berturap
Penggunaan kereta api pengangkutan
Penjajah Sepanyol memaksa penduduk Filipina menerima Sistem Encomienda. Mengapakah sistem tersebut menimbulkan kebencian penduduk tempatan terhadapan penjajah?
Imigran bertambah
Syarat kerakyatan ketat
Kemasukan Imigran
Kerahan tenaga
Noli Me Tanggere - Filipina.
Habis gelap terbitlah terang - Indonesia.
Apakah persamaan tema dua Karya diatas?
Kemerdekaan negara
Kebebasan bersuara
Peranan Kaum wanita
Penindasan oleh penjajah
Mengapakah Haji Abdul Rahman Limbong menentang British?
Pembinaan balai polis
Pencabulan adat tradisi
Pembayaran cukai tahunan
Pengenalan peraturan tanah
Mengapakah perjuangan Gerakan Islah gagal di negeri-negeri Melayu?
Kekurangan sumber modal
Kemasukan risalah disekat
Ketiadaan pemimpin berkebolehan
Keberanian mengkritik pemerintah
Apakah Persatuan yang dikaitkan dengan tokoh Mohamad Eunos Abdullah
Persatuan Melayu Muda
Kesatuan Melayu Sarawak
Kesatuan Melayu Singapura
Kesatuan sahabat pena Malaya
Forece 136 ditubuhkan dalam kalangan orang Melayu. Apakah tujuan penubuhan pasukan tersebut?
Menentang Jepun
Menentang MPAJA
Membantu Bintang Tiga
Menjaga kepentingan British
Tokoh ini menjadi pelopor melalui amalan realpolitik dalam bukunya The Prince. Siapakah penulis buku tersebut?
Adolf Hitler
Vladimir Lenin
Benito Mussolini
Niccolo Machiavelli
Apakah peranan Buapak dalam sistem pemerintahan yang berasaskan adat Pepatih di Negeri Sembilan?
Menasihati Undang
Mengetuai Perut
Memimpin suku
Melantik anak Buah
Orang-orang Melayu secara prinsipnya menentang penghakisan Kuasa Raja-raja Melayu dalam Malayan Union.
Apakah yang menjadu kebimbangan orang Melayu?
Menggugat pemerintahan Monarki
Pembentukan pelbagai budaya
Kehilangan warisan tamadun
Ekonomi tradisional terhapus
Apakah kepentingan SISTEM AHLI kepada penduduk tempatan?
Mendapat jawatan tertinggi dalam kerajaan
Mendapat latihan dalam bidang pentadbiran
Memupuk kerjasama dengan penjajah British
Mengatasi ancaman Parti Komunis Malaya
Suruhanjaya Reid dibentuk pada bulan Mac 1956.
Apakah tugas Suruhanjaya Reid?
Merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Menghapuskan ancaman Parti Komunis Malaya
Mencadangkan tarikh kemerdekaan negara
Merangka perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1957
Siapakah yang menjadi ketua negara dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Pesuruhjaya Tinggi British
Yang Dipertuan Agong
Perdana Menteri
Menteri Besar
Parti Rakyat Brunei dibawah pimpinan A.M.Azahari menentang Gagasan Malaysia.
Apakah sebab Parti Rakyat Brunei menentang Gagasan Malaysia?
Melewatkan kemerdekaan Brunei
Bimbang sumber Kekayaan Brunei Hilang
Negara Brunei hilang identiti bangsanya
Mahu menubuhkan Persekutuan Borneo
Maklumat berikut adalah perkara penting yang diberi kepada Sarawak dan Sabah:
- ketua negeri
-Bahasa kebangsaan
- kerakyatan
- Hal ehwal Imigresen
Apakah hak yang diterima oleh Sarawak dan Sabah?
Hak keistimewaan Negara Luar
Jawatankuasa antara kerajaan
Hak wilayah asingan
Hak wilayah kawalan
Apakah maksud cogan kata "Bersekutu bertambah mutu" yang terdapat dalam Jata Negara?
Malaysia dapat menghasilkan barangan bermutu
Semangat muafakat eratkan perpaduan
Kehidupan berkualiti memakmurkan kehidupan rakyat
Berusaha demi mencapai kecemerlangan
Apakah maksud Perang Dingin?
Perang dalam suasana Dingin dan sejuk
Perang perdagangan untuk menguasai ekonomi dunia
Perang kerana ideologi dan fahaman politik yang berbeza
Peperangan yang melibatkan dua buah negara Teluk
Dalam mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean tahun 1971, mereka sepakat mengisytiharkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).
Apakah tujuan ZOPFAN diisytiharkan?
Mengekalkan keamanan dan kestabilan politik
Memerdekaan negara Asia Tenggara yang masih dijajah
Mengukuhkan hubungan antara negara Asia
Tidak membenarkan kapal-kapal menggunakan perairan mengangkut bahan nuklear
Apakah DUA usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam melahirkan K- Masyarakat?
Menubuhkan sekolah bestari dilengkapi prasarana IT
Kurikulum sekolah diubahsuai
Melahirkan golongan kemahiran teknologi tinggi
Membekalkan komputer riba secara percuma
Apakah cabaran Malaysia dalam menghadapi era GLOBALISASI?
Penggunaan teknologi
Kemudahan prasarana
Modal Intelek
Daya Saing
