NEW
Font size
Worksheets6.1 & 6.2
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Apakah bahan galian yang dilombong oleh British di Raub pada tahun 1890-an? (m/s 139)
Emas
Tembaga
Bijih besi
Bijih timah
Pada tahun 1888, semasa pentadbiran British di Tanah Melayu telah membuka lombong bijih timah bawah tanah yang terpanjang di dunia. Kawasan lombong tersebut terletak di mana? (m/s 139)
Lukut
Batu Arang
Lembah Kinta
Sungai Lembing
Syarikat Gopeng Consolidated telah ditubuhkan semasa pentadbiran British di negara kita. Syarikat tersebut menjalankan operasi? (m/s 139)
melombong besi
melombong perak
melombong arang batu
melombong bijih timah
Emas dilombong di Bau pada tahun 1820-an. Aktiviti tersebut diusahakan oleh kaum apa? (m/s 139)
Iban
Cina
Murut
Bidayuh
Berikut menujukkan ciri-ciri ekonomi moden.
- Modal yang besar
- Teknologi moden
- X
Apakah X? (m/s 138)
Tanah luas
Kaya hasil bumi
Penubuhan bank
Penggunaan mata wang
Maklumat berikut berkaitan syariakt pelabur asing.
- Sime Darby
- Syarikat Borneo
- Syariakt Malayan Tin Dredging
Apakah ciri persamaan syarikat tersebut? (m/s 139)
Membina bandar baharu
Memiliki modal yang besar
Memajukan industri perlombongan
Menambah peluang pekerjaan orang tempatan
Apakah kepentingan lokasi berikut kepada Sabah? (m/s 139)
- Sandakan
- Silimpopon
Ladang getah
Kaya dengan emas
Lombong arang batu
Kilang penapis minyakl
Maklumat berikut berkaitan hasil tanaman yang diusahakan oleh British pada peringkat awal.
- Gambir
- Cengkih
- Lada hitam
Mengapakah British menumpukan kepada tanaman tersebut? (m/s 140)
Tanah luas
Harga tinggi
Buruh mahir
Cepat mengeluarkan hasil
Apakah sumbangan pelabur Eropah berikut kepada ekonomi Tanah Melayu? (m/s 141)
- Guthrie
- Sime Darby
- United Plantations
Membuka ladang getah
Membina landasan kereta api
Memajukan kegiatan perdagangan
Memperkenalkan tanaman komersial
Dinasti Brooke hanya membenarkan Syarikat Borneo mengusahakan tanaman getah di Sarawak. Mengapakah Dinasti Brooke bertindak sedemikian? (m/s 141)
Mengawal pengeluaran
Menggalakkan tanaman ladang
Menggunakan teknologi moden
Mengelakkan ekonomi penduduk dieksploitasi
Apakah kelebihan sistem ibedem yang diperkenalkan oleh H.N.Ridley? (m/s 143)
Menjimatkan masa torehan
Meningkatkan mutu susu getah
Memanjangkan hayat pokok getah
Mengurangkan penggunaan tenaga buruh
Apakah kesan tindakan British berikut terhadap petani di Tanah Melayu? (m/s 145)
- Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917
- Sekatan bantuan kredit pertanian
Kehilangan tanah
Import makanan meningkat
Pengeluaran beras berkurang
Penggunaan teknologi moden
Maklumat berikut berkaitan Akta Tanah Simpanan Melayu.
- Diperkenalkan pada tahun 1913
- Matlamat melindungi hak orang Melayu
Mengapakah akta tersebut tidak berjaya mencapai matlamatnya? (m/s 146)
Jumlah yang sedikit
Kawasan tidak subur
Bantahan pelabur asing
Pencerobohan golongan imigran
Berikut menunjukkan cara kemasukan imigran ke Tanah Melayu.
- Negara China menggunakan Sistem Kontrak
- Negara India menggunakan Sistem Kangani
Apakah persamaan antara kedua-dua sistem tersebut? (m/s 147)
I Tambang dibayar
II Majikan ditetapkan
III Tempoh bekerja bebas
IV Latihan kemahiran diberi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah British menubuhkan jabatan berikut? (m/s 147)
- Jabatan Hal Ehwal Cina
- Tabung Imigran India
Menjamin keamanan
Memajukan kegiatan perdagangan
Mengukuhkan hubungan diplomatik
Melindungi buruh asing
