wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TING 4 BAB 4

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Teknologi Hijau?

a)

A Teknologi yang berhasrat untuk mengurangkan atau menangani kesan negatif aktiviti manusia terhadap alam semula jadi.

b)

B Teknologi yang hanya menggunakan sumber tenaga yang boleh baharu sahaja.

c)

C Teknologi yang berupaya meningkatkan pengeluaran gas rumah hijau.

d)

D Teknologi yang meningkatkan kualiti kesihatan dan kehidupan

2.

Antara yang berikut, yang manakah di bawah tidak termasuk dalam sektor Teknologi Hijau?

a)

A Tenaga

b)

B Pertanian dan Perhutanan

c)

C Pendidikan

d)

D Pengurusan Sisa dan Air Sisa

3.

Ciri-ciri sejenis sumber tenaga alternatif ditunjukkan dalam rajah.Apakah sumber tenaga tersebut?

a)

A Biojisim

b)

B Tenaga nuklear

c)

C Tenaga suria

d)

D Bahan api fosil

4.

Loji rawatan air kumbahan menggunakan turbin untuk mengepam udara ke dalam air. Apakah tujuan mengepam udara ke dalam air?

a)

A Memisahkan sisa yang boleh dipakai semula atau dikitar semula.

b)

B Mengluarkan sisa pepejal daripada air.

c)

C Membolehkan bio-degradasi aerobik terhadap pencemar.

d)

D Menghapuskan bau.

5.

Antara aktiviti berikut, yang manakah boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar?

a)

A Pertanian organik

b)

B Baja kimia

c)

C Tanaman bergilir

d)

D Kawalan biologi

6.

Apakah tujuan mengharamkan pembukaan tanah yang melebihi ketinggian 1 000 m dari aras laut dan kecuranan melebihi 40 darjah?

a)

A Mengurangkan jumlah pembebasan gas karbon dioksida

b)

B Mengurangkan hakisan tanah

c)

C Meningkatkan kesuburan tanah

d)

D Meningkatkan pertumbuhan flora dan founa

7.

Isu sosial yang manakah di bawah boleh dikaitkan secara langsung dengan pembebasan karbon dioksida oleh pengangkutan?

a)

A Jerebu

b)

B Penipisan ozon

c)

C Tanah runtuh

d)

D Kesan rumah hijau

8.

Amalan yang manakah di bawah menyumbangkan kepada pengurangan jejak kaki karbon?

a)

A Makan makanan yang diimport

b)

B Menggunakan pengering

c)

C Mengusahakan kebun

d)

D Kerap menggunakan pengangkutan persendirian

9.

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang Teknologi Hijau?

a)

A Meningkatkan penghasilan sisa

b)

B Membantu mengawal degradasi kualiti persekitaran

c)

C Meningkatkan gas rumah hijau

d)

D Meningkatkan penggunaan sumber asli

10.

Apakah sektor yang terdapat dalam Teknologi Hijau?

a)

A Sektor Kewangan

b)

B Sektor Pengangkutan

c)

C Sektor Perbankan

d)

D Sektor Perikanan

11.

Isu (a)   ialah isu sosial kontroversi yang dikaitkan dengan sains.

12.

Cadangkan dua Teknologi Hijau untuk menangani isu sosiosaintifik dalam sektor pengangkutan.

a)

Membeli kereta pelbagai jenis

b)

Guna kereta tenaga solar

c)

Menaiki kereta seorang diri

d)

Menggunakan bahan api bio untuk menggantikan petroleum

13.

Cadangkan dua Teknologi Hijau untuk menangani isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian.

a)

Penggunaan baja kompos

b)

Penggunaan baja kimia

c)

Tenaga solar atau angin

d)

Tenaga bio dari sisa pertanian dan najis haiwan

14.

Cadangkan dua Teknologi Hijau yang boleh digunakan untuk menangani isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa.

a)

Mandi terlalu lama

b)

Mengitar semula air

c)

Guna air hujan

d)

Mengalir sisa ke sungai

15.

Cadangkan dua Teknologi Hijau dalam sektor tenaga yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah pemanasan global.

a)

Guna solar terma

b)

Menebang hutan

c)

Menggunakan kereta hibrid

d)

Membuat pembakaran terbuka