wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU :SIMPULAN BAHASA : CIKGU NORALASIKIN 2020

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pilih simpulan bahasa

a)

kaki

b)

kaki bangku

c)

sekolah

d)

rumah

2.
Berita yang dibawa oleh Fasya itu tidak boleh dipercayai kerana hanya ___________ semata-mata.
a)
khabar angin
b)
mulut murai
c)
alas cakap
d)
buah mulut
3.
Pemuda itu sudah __________ setelah syarikatnya mengalami kerugian yang besar.
a)
hutang darah
b)
hilang akal
c)
gila talak
d)
lintah darat
4.
Tulisan Raj yang ___________ itu amat sukar dibaca oleh Cikgu Khairul.
a)
cangkul angin
b)
embun jantan
c)
cakar ayam
d)
getah bawang
5.
Irene sentiasa ingat akan pesanan ibunya supaya menjaga __________ 
a)
nama baik
b)
nama pena
c)
nama samaran
d)
tanda hati
6.
Keluarga Encik Afiqri ___________ di tepi pantai.
a)
angin makan
b)
makan angin
c)
atas angin
d)
ada angin
7.
Orang ramai begitu ___________ melihat pelbagai barangan yang dijual semasa jualan murah itu.
a)
mata duitan
b)
rabun mata
c)
putih mata
d)
rambang mata
8.
Arash Amirul ____________ mendengar perbualan ayahnya dan ketua kampung itu.
a)
pasang telinga
b)
angkat kaki
c)
kacang hantu
d)
panas darah
9.
Anak-anak Pak Shazwan _________ kerana rajin mengemas.
a)
berat tulang
b)
ringan tulang
c)
ringan mulut
d)
ayam tambatan
10.
panjang tangan
a)
suka mencuri
b)
suka menyorok
c)
suka mengambil hati
11.
bau-bau bacang
a)
saudara jauh
b)
saudara dekat
c)
saudara angkat
12.
hati batu
a)
degil
b)
manja
c)
baran
13.
lipas kudung
a)
cepat membuat kerja
b)
pantas
c)
laju
14.
putih mata
a)
sedih 
b)
kecewa
c)
hampa
15.
tangkai jering
a)
kedekut
b)
pemalas
c)
busuk