WorksheetsKata Adjektif
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Angin__________telah menyebabkan sebatang
pokok kelapa di tepi rumah Pak Hamid tumbang
lalu menghempap rumahnya.
kencang
laju
kuat
deras
Lampin adik berbau _________ kerana dia telah kencing.
hapak
hanyir
kering
haring
Kita boleh menaiki kapal terbang untuk ke sesuatu destinasi kerana ia lebih _________ dan
________.
baik…lambat
lemah…deras
selesa…kuat
selesa…cepat
Kemarahan jurulatih itu ________ apabila melihat anak buahnya bermain sambil lewa setelah pihak lawan menjaringkan gol.
membara
reda
menaik
membakar
Shifa terpesona melihat sepasang burung merak yang _______ di Zoo Negara.
lawa
cantik
anggun
jelita
Kebanyakan penonton berasa ________ kerana perlawanan hoki itu ditangguhkan akibat hujan sangat ________.
kecewa…renyai
duka…kuat
hampa…hebat
kecewa…lebat
Tidak ada orang yang sanggup membunuh kanak-kanak dan wanita seperti askar Israel kecuali orang yang tidak mempunyai _________ langsung.
kasih sayang
peri laku
harga diri
peri kemanusiaan
“Buah dokong itu rasanya _________ tetapi pokoknya sangat _________,” kata Faiz.
kelat…rendang
manis...lurus
manis...tinggi
masam...rimbun
Para hadirin ________ kerana murid prasekolah itu ________ bercerita.
hairan...handal
terharu...bijak
bangga...layak
kagum...petah
Walaupun berkarat, tetapi pisau itu sangat__________ sehingga menyebabkan jari Safiah terluka.
bersinar
tajam
tumpul
runcing
Bayi____________yang menjadi penghias muka
depan majalah Pa & Ma itu anak kakak saya.
comel
elok
lembut
pemalu
Suriani tidak_____________memakai pakaiannya dulu kerana badannya semakin gemuk.
masuk
muat
muak
mual
Dia berjaya kerana dia__________menghadapi cabaran yang mendatang.
cekap
tahan
tabah
tuntas
Mereka bersahabat___________sejak kecil lagi.
intim
mesra
baik
rapat
Jangan makan keropok yang___________itu.
lemau
garing
hanyir
empuk
Budak yang____________ bagai bendul itu selalu dibuli oleh pelajar-pelajar____________.
hodoh ... sombong
baik ... jahat
dungu ... degil
lurus ... nakal
Belilah barangan____________ . Jangan beli barangan___________ yang rendah mutu barangannya.
baik ... buruk
baru ... lama
tulen ... palsu
klasik ... antik
Rumah orang miskin itu__________ .
condong
bengkok
bongkok
serong
Sekolah saya tidak berapa ____________ dari rumah.
jauh
dekat
hampir
jarak
Halmi berjalan dengan__________apabila hujan
mulai turun.
pantas
deras
laju
kencang
