Font size
WorksheetsLATIHAN ULANGKAJI 1
Total questions: 40
Worksheet time: 22mins
(Rujuk m/s 5)
m/s 7
Antara berikut, pilih kelebihan usaha sama
I Syarikat boleh menembusi pasaran yang belum diterokai
II Risiko perniagaan dapat dikongsi antara kedua-dua syarikat
III Syarikat boleh berkongsi kepakaran teknologi dengan syarikat lain
IV Semua aset dalam perniagaan asal akan diserap ke dalam perniagaan baharu
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Pilih pernyataan yang benar berkaitan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
Semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad
Semua rakan kongsi menanggung liabiliti terhad
Sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad
Sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi menanggung liabiliti terhad
Pernyataan manakah merupakan tujuan penubuhan Kedai Runcit Sham?
Menyediakan perkhidmatan secara percuma
Memaksimumkan keuntungan
Menawarkan perkhidmatan pada harga kos
Menawarkan perkhidmatan di bawah harga kos
Rajah berikut menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagaan.
Butik Afieq Butik Afieqa dan Ajeera
Diubah kepada
Mengapakah Afieqa mengambil tindakan tersebut?
I. Perniagaan berterusan
II. Menanggung liabiliti terhad
III. Dapat berkongsi kepakaran
IV. Mengumpul modal lebih besar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan kilang roti
Kilang Roti Fatimah menjalankan pengeluaran secara intensif buruh.Ia dikategori sebagai perniagaan saiz sederhana kerana memiliki saiz buruh yang ramai.
Kriteria diatas merujuk kepada
Syer pasaran
Bilangan buruh
Jumlah modal
Jumlah jualan tahunan
Pasangan manakah yang benar mengenai perniagaan bersaiz besar yang terlibat dalam sektor perkhidmatan?
Jumlah jualan tahunan: RM300,000 hingga kurang daripada 3juta
Bil pekerja tetap: 5 hingga kurang daripada 30
Jumlah jualan tahunan: 2 juta ke atas
Bil pekerja tetap : 75 orang hingga 200 orang
Jumlah jualan tahunan:RM3 juta hingga kurang daripada
20 juta
Bil pekerja tetap : Antara 30 hingga 75 orang
Jumlah jualan tahunan :RM3 juta hingga kurang daripada 20 juta
Bil pekerja tetap :Antara 75 hingga 200 orang
"Syarikat Sime Darby Property telah membina 3 pondok pengawal di kawasan perumahan Elmina Hill di Shah Alam"
Sime Darby telah menggunakan keuntungannya untuk:
memajukan lagi perniagaannya
membantu masyarakat setempat
membayar ganjaran kepada pekerjanya
mendapatkan keyakinan pelabur
Apakah kesan terhadap aspek pekerjaan akibat daripada
pelaksanaan undang-undang berkaitan dengan perniagaan?
Meningkatkan peluang pekerjaan
Menetapkan kadar upah minimum
Memastikan tempat kerja yang selesa
Menekankan diskriminasi antara pekerja
Apakah jenis pelepasan cukai tersebut?
Taraf perintis
Potongan cukai
Elaun cukai pelaburan
Elaun pelaburan semula
Apakah elaun pelaburan semula?
Pelepasan cukai ekoran daripada pelaburan modal yang diberikan kepada perniagaan berstatus MSC dan berasaskan bahan mentah tempatan
Pelepasan kepada syarikat yang menyertai promosi oleh kerajaan dan dikecualikan cukai selama 5 tahun
Pelepasan kepada syarikat yang berstatus MSC dan terlibat di dalam industri teknologi tinggi
Pelepasan kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan pengeluaran makanan, pembinaan jalan dan pembukaan tanah untuk pembelian aset modal
Pengangguran kitaran dan Pengangguran teknologi
Pengangguran teknologi dan Pengangguran bermusim
Pengangguran bermusim dan Pengangguran struktur
Pengangguran struktur dan Pengangguran kitaran
"Jenis pasaran ini berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua jenis produk seperti makanan, pelancongan, dan perumahan."
Apakah jenis pasaran tersebut?
Pasaran niche
Pasaran untuk semua
Pasaran produk
Pasaran kewangan
Pernyataan manakah yang benar tentang analisis SWOT?
I Peluang dan kekuatan ialah komponen faktor luaran
II Peluang dan ancaman ialah komponen faktor luaran
III Kekuatan dan kelemahan ialah komponen faktor dalaman
IV Kelemahan dan peluang ialah komponen faktor dalaman
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Situasi 1: Pekerja bekerja untuk satu jangka masa pendek dan terpaksa mencari pekerjaan lain pula.
Situasi 2: Berlaku perubahan dalam industri secara keseluruhan dan ini menyebabkan kemahiran pekerja tidak lagi diperlukan.
Pasangan manakah yang benar?
Situasi 1: Pengangguran kitaran
Situasi 2: Pengangguran teknologi
Situasi 1: Pengangguran teknologi
Situasi 2: Pengangguran kitaran
Situasi 1: Pengangguran bermusim
Situasi 2: Pengangguran struktur
Situasi 1: Pengangguran struktur
Situasi 2: Pengangguran bermusim
Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan pembentukan visi, misi dan objektif (VMO) sesebuah organisasi?
Dijadikan panduan dalam pengurusan organisasi
Merupakan asas pembentukan strategi perniagaan
Dijadikan asas untuk mendapat pembiayaan luar
Dibentuk untuk mencapai matlamat jangka pendek organisasi
Pernyataan manakah yang benar tentang organisasi bermotifkan untung (OBU)?
Terdiri daripada pelbagai pertubuhan sukarela tempatan
Memaksimumkan keuntungan melalui urusan jual beli produk
OBU ditubuhkan untuk mencapai kesejahteraan masyarakat
OBU didaftarkan di bawah Akta Syarikat
Makluman yang berikut berkaitan dengan visi sebuah syarikat yang menghasilkan makanan segera.
Untuk menjadi kumpulan perkhidmatan makanan bersepadu yang terkemuka di rantau Asia Pasifik berdasarkan kualiti produk yang konsisten dan perkhidmatan luar biasa berfokuskan pelanggan.
Bagaimanakah penetapan visi membantu syarikat berkenaan?
Membantu mencapai matlamat penubuhan organisasi
Bertindak sebagai garis panduan pekerja bahagian operasi
Menjadi pendorong kuat kepada pihak pengurusan dan pekerja
Membantu meningkatkan jualan dan keuntungan dalam jangka pendek
Manakah rumus yang digunakan untuk mengira titik pulang modal (TPM)?
Jumlah hasil = Jumlah kos
Kos tetap = Kos berubah
Jumlah hasil melebihi jumlah kos
Jumlah hasil kurang daripada jumlah kos
Antara yang berikut, manakah yang benar tentang penggunaan teknologi dalam perniagaan? (Pilih dua jawapan)
Mempermudahkan urus niaga jual beli
Kos pengeluaran seunit keluaran meningkat
Membantu meluaskan pasaran bagi hasil keluaran
Perniagaan menanggung kos pelaburan yang rendah
Apakah matlamat utama penjual barangan elektrik menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan barang di rumah pelanggan?
Memenuhi keperluan undang-undang
Untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan
Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial
Menarik minat pengguna melanggan di kedainya
Pilih visi yang paling tepat untuk visi syarikat pengeluar kereta tempatan
Mengeluarkan kereta yang berkualiti tinggi untuk pelanggan
Memberi perkhidmatan tambahan kepada pengguna kereta
Menjadi organisasi pengeluar kereta terkenal di peringkat antarabangsa
Meningkatkan kadar keuntungan sebanyak 25 peratus setiap tahun
Mengapakah objektif sesebuah organisasi mesti selaras dengan visi dan misi?
Objektif dibentuk setelah ditetapkan visi dan misi
Objektif pendokong kepada pencapaian visi dam misi
Pencapaian visi dan misi bergantung pada pencapaian objektif
Objektif dijadikan sebagai penjelasan lanjut tentang visi dan misi
Pemimpin yang mempunyai wawasan mampu menyampaikan visi organisasi perniagaan mudah supaya dapat dihayati semua golongan pekerja. Mengapa pekerja perlu menghayati visi organisasi perniagaan?
mengelakkan sebarang pembaziran
menjalankan tugas dengan lebih tepat
mewujudkan satu pasukan yang mantap
bekerjasama ke arah hala tuju organisasi yang sama
Kegagalan mendapat untung boleh menyebabkan imej perniagaan terjejas. Apakah kesannya kepada perniagaan?
Sukar untuk mendapat pembiayaan bank
Terpaksa membayar pembekal secara tunai
Pengguna tidak akan membeli produk syarikat
Sukar untuk mendapatkan bekalan bahan mentah
Mengapakah struktur organisasi dibahagikan mengikut bahagian fungsian?
memaksimumkan keuntungan
mengurangkan bilangan pekerja
meminimumkan kos pengeluaran
anggota organisasi perniagaan mengetahui tugas masing-masing
Apakah kepentingan mewujudkan pasaran baharu?
dapat membuat promosi
dapat menguasai pasaran baharu
dapat meningkatkan jumlah pekerja
dapat menggunakan teknologi moden
Apakah kepentingan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan dalam organisasi perniagaan?
pemasaran produk yang terhad
mempercepatkan proses pengeluaran
dapat membangunkan produk baharu dan berkualiti tinggi
memastikan pengeluaran barang yang maksimum
Yang manakah menerangkan aktiviti pemasaran dengan tepat?
Aktiviti menjual barang kepada pengguna
Aktiviti mengagihkan barang daripada penjual kepada pengguna
Aktiviti memperkenalkan barang oleh penjual kepada pengguna
Aktiviti pertukaran barang yang dapat memberi nilai kepada penjual dan pengguna
Pernyataan manakah yang merupakan fungsian bahagian pengurusan?
memastikan aktiviti organisasi dijalankan dengan cekap
menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk seluruh organisasi
menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi
merancang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi
Apakah bahagian fungsian yang terlibat dengan aktiviti ini?
Jualan
Kewangan
Pentadbiran
Pengeluaran
Maklumat manakah yang boleh diperoleh melalui sesebuah carta organisasi?
I Jadual tugas
II Pembahagian Kerja
III Hierarki pengurusan
IV Hubungan antara ketua dan pekerja
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Strategi pemasaran terdiri daripada campuran pemasaran dan ________________.
Harga
Promosi
Produk
Bakal pelanggan
Antara yang berikut, yang manakah adalah sumber luaran penjanaan idea?
I Pesaing
II Pengedar
III Pekerja
IV Pihak pengurusan
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Mengapakah pekerja di sesuatu organisasi perlu diberi latihan dan pembangunan?
Supaya lebih mahir
Memastikan pekerja tidak berhenti
Memastikan organisasi kekal berdaya saing
Membolehkan pekerja tersebut mendapat peluang kenaikan pangkat
