wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kimia

Total questions: 30

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

Apakah formula bagi formula magnesium klorida?

a)

MgCl

b)

MgCl2

c)

MgKl

d)

MgKl2

2.

Apakah formula yang betul bagi natrium sulfat

a)

Na2S

b)

Na(SO4)2

c)

NaSO4

d)

Na2SO4

3.

Apakah nama yang betul bagi NO2?

a)

Nitrogen oksida

b)

Mononitrogen dioksida

c)

Nitrogen dioksida

d)

Dinitrogen monoksida

4.

Apakah formula yang betul bagi kalium oksida?

a)

KO

b)

K2O

c)

KO2

d)

K2O2

5.

Bahan manakah yang merupakan suatu unsur?

a)

Udara

b)

Stim

c)

Karbon

d)

Naftalena

6.

Seorang pesakit didiagnos mempunyai kanser.

Isotop manakah yang digunakan untuk merawat pesakit itu?

a)

Karbon-14

b)

Natrium-24

c)

Fosforus-32

d)

Kobalt-60

7.

Purata jisim satu atom magnesium adalah 24 kali lebih besar daripada jisim satu atom karbon-12.Apakah jisim atom relatif bagi magnesium?

a)

2

b)

12

c)

24

d)

48

8.

Unsur J dan unsur Q masing-masing mempunyai nombor proton 12 dan 9.

Berapakah jisim formula relatif bagi sebatian yang terbentuk antara J dan Q?

(JAR: J=24 ; Q= 19)

a)

30

b)

43

c)

62

d)

67

9.

Zarah manakah yang terhasil apabila elektrolit melarut dalam air?

a)

Ion

b)

Atom

c)

Elektron

d)

Molekul

10.

Bahan-bahan manakah adalah elektrolit?

a)

Glukosa

b)

Asetamida

c)

Natrium Klorida

11.

Antara yang berikut, yang manakah bukan fungsi elektrolisis dalam kehidupan seharian?

a)

Mencegah kakisan

b)

Penjanaan tenaga elektrik

c)

Penyaduran Logam

d)

pengekstrakan logam

12.

Bahan manakah meneutralkan suatu larutan dengan nilai pH 4?

a)

Air suling

b)

Natrium Klorida

c)

Natrium hidroksida

d)

Asid etanoik cair

13.

Seorang pesakit mengadu sakit disebabkan lebihan asid dalam perut.

Bahan manakah yang boleh melegakan sakit itu?

a)

Ammonia

b)

Asid etanoik

c)

Natrium klorida

d)

Magnesium hidroksida

14.

Apakah sumber utama dalam penghasilan detergen?

a)

Minyak sawit

b)

Lemak haiwan

c)

Ammonia

d)

Petroleum

15.
Gas adi dikenali sebagai  __________
a)
logam
b)
gas lengai
c)
natrium
d)
oksigen
16.
Ikatan kimia dapat dibentuk melalui 2 cara iaitu __________ elektron dan ________ elektron.
a)
kesatuan, gabungan
b)
perpecahan, kesatuan
c)
pemindahan, perkongsian
17.
Apakah yang terbentuk apabila sesuatu atom menderma elektron?
a)
Anion
b)
Kation
c)
Ikatan ion
d)
Ikatan kovalen
18.
Unsur M merupakan unsur logam.Ia mempunyai empat petala berisi elektron. Antara susunan elektron berikut yang manakah benar bagi unsur M? 
a)
2.8.1   
b)
2.8.2
c)
2.8.8.3
d)
2.8.8.8
19.

Antara berikut, sebatian yang manakah mempunyai ikatan kovalen?

a)

Natrium klorida

b)

Magnesium oksida

c)

Kalsium flourida

d)

Karbon dioksida

20.

Satu atom unsur Y mempunyai 17 proton dan 20 neutron di dalam nukleus. Yang berikut yang manakah merupakan susunan elektron atom Y?

a)

2.1

b)

2.8.7

c)

2.8.8

d)

2.8.8.2

21.

Manakah persamaan kimia yg seimbang bagi


N2 + H2 --> NH3

a)

N + H3 --> NH3

b)

N2 + H2 --> N2H2

c)

3N2 + H2 --> 2NH3

d)

N2 + 3H2 --> 2NH3

22.

Manakah persamaan kimia yg seimbang?

a)

Zn + HCl --> ZnCl2 + H2

b)

Mg + 2HCl --> MgCl2 + H2

c)

2Ba + HCl --> BaCl2 + H2

d)

2Fe + 2HCl --> 2FeCl2 + H2

23.

Apakah nama bagi bahan yang mempunyai formula kimia berikut Fe2(SO4)3

a)

Ferum (III) sulfurik

b)

Ferum (III) sulfat

c)

Ferum (II) sulfat (III)

d)

Ferum (II) disulfat

24.

Bahan yang manakah digunakan sebagai agen perasa?

a)

Gelatin

b)

Gam akasia

c)

Natrium benzoat

d)

Mononatrium glutamat

25.

Apakah nombor pengoksidaan bagi kromium dalam KCr2O4?

a)

+2

b)

+4

c)

+6

d)

+7

26.

Antara bahan berikut, yang manakah bukan hidrokrbon?

a)

Propana

b)

Butena

c)

2-metilheksana

d)

Pentanol

27.

Unit yang manakah betul untuk kadar tindak balas?

a)

J g-1 C-1

b)

mol dm-3

c)

cm3 s-1

d)

kJ mol-1

28.

Apakah jenis ubat bagi penisilin?

a)

Stimulan

b)

Antibiotik

c)

Analgesik

d)

Psikoteraputik

29.

Apakah kegunaan loyang?

a)

Membuat duit syilling

b)

Membuat alat muzik

c)

Membuat badan kapal terbang

d)

Membuat alatan pembedahan

30.

Antara bahan tambah makanan berikut, yang manakah digunakan untuk menghasilkan bau seperti buah strawberi?

a)

Asid benzoik

b)

Gam akasia

c)

Benzil etanoat

d)

Gelatin