wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kertas 1

Total questions: 40

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Rajah berikut berkaitan dengan ciri-ciri tamadun.


Apakah X ?

a)

Sistem pemerintahan

b)

Sistem perhubungan

c)

Sistem mata wang

d)

Sistem sosial

2.

Tamadun berikut merupakan tamadun awal di dunia.


· Tamadun Mesopotamia

. Tamadun Mesir Purba


Apakah kepentingan tamadun tersebut terhadap perkembangan Tamadun Indus ?

a)

Meningkatkan teknologi pengangkutan

b)

Memperkembang sektor pertanian

c)

Memperluas bidang perubatan

d)

Memajukan perancangan bandar

3.

Persatuan perdagangan dan perusahaan berikut muncul dalam Tamadun India akibat perkembangan ekonomi.


Sresthin


Apakah matlamat persatuan di atas ?

a)

Mengawal harga barangan

b)

Menentukan kawasan perniagaan

c)

Menggalakkan guna mata wang

d)

Memperjuangkan gaji pekerja

4.

Pengangkutan di bawah digunakan

semasa tamadun awal Asia Tenggara.

· Perahu

· Kapal Layar

Bagaimanakah penggunaan pengangkutan

berkenaan dapat memajukan tamadun awal Asia Tenggara ?

a)

Menggiatkan aktiviti penjajahan

b)

Memajukan industri pembuatan maritim

c)

Memperkembang perdagangan serantau

d)

Menggalakkan pembinaan seni bina agung

5.

Peta berikut merupakan lokasi kerajaan agraria.


Apakah nama kerajaan X ?

a)

Tun Sun

b)

Chih-Tu

c)

Oc-Eo

d)

Funan

6.

Penyataan berikut berkaitan kesan

pengaruh agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara.


Interaksi antara penduduk

tempatan dengan pedagang luar terutamanya India, telah membolehkan proses

asimilasi budaya berlaku.

Apakah bukti asimilasi budaya yang

berlaku pada hari ini ?

a)

Meraikan rumah terbuka perayaan

utama negara

b)

Membina tempat ibadat mengikut setiap kaum

c)

Mewujudkan sekolah Vernakular di peringkat rendah

d)

Memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma

7.

Penyataan di bawah berkaitan dengan

perkembangan Islam di Makkah.


Allah menurunkan wahyu yang

pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W di gua Hirak pada 6 Ogos 610 Masihi.

Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap

penduduk di Kota Makkah ?

a)

Kemunculan semangat assabiah

b)

Pengenalan sistem kafilah

c)

Pengakhiran zaman Jahiliah

d)

Keruntuhan sistem negara bangsa

8.

Situasi di bawah berlaku semasa Nabi

Muhammad dan pengikut baginda berhadapan dengan tentangan orang Arab Quraisy

di Makkah.


Ketika orang Arab Quraisy memberi tentangan hebat terhadap penyebaran agama Islam, suku Aus dan Khazraj pula telah menjemput Nabi Muhammad dan pengikutnya berhijrah ke Madinah.




Apakah iktibar yang boleh diambil

daripada tindakan suku Aus dan Khazraj ?

a)

Keterbukaan dalam menerima perubahan

b)

Bersaing untuk mendapatkan kuasa

pentadbiran

c)

Bersaing untuk mendapatkan kuasa

pentadbiran

d)

Rela berkorban meninggalkan kampung halaman

9.

Dalam konteks Tamadun Islam, hijrah

bermaksud perpindahan orang Islam dari Kota Makkah ke Kota Madinah.


Apakah kepentingan peristiwa hijrah

terhadap penduduk di Kota Madinah ?

a)

Bermulanya kiraan kalender tahun Hijrah

b)

Diberi perlindungan oleh orang Muhajirin

c)

Rasulullah dilantik menjadi pemimpin

d)

Mewujudkan toleransi antara suku

10.

Kota Makkah berjaya dibuka semula

oleh Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 630 Masihi.

Apakah kesan pembukaan semula Kota

Makkah ?

a)

Kemenangan Suku Aus terhadap suku Khazaj

b)

Pemulauan terhadap keluarga Bani Hashim

c)

Kaabah terpelihara daripada unsur Jahiliah

d)

Syarat Perjanjian Hudaibiyah dicabuli

11.

Apakah sumbangan Khalifah Umar bin al-Khatab dalam bidang pertanian?

a)

Memperkenalkan batas

b)

Membina sistem terusan

c)

Mengeksport lebihan hasil

d)

Memanfaatkan tanaman bergilir

12.

Rajah berikut merujuk kepada cara pertembungan Islam dengan tamadun luar


Apakah kesan utama pertembungan tersebut ?

a)

Pertambahan pusat pengajian tinggi

b)

Perkembangan sosioekonomi

c)

Pertembungan interaksi antara kaum

d)

Perluasan kawasan penyebaran Islam

13.

Jadual di bawah berkaitan dengan pengislaman pemerintah di Asia Tenggara


Apakah kesan pengislaman golongan raja dan bangsawan terhadap rakyat Asia Tenggara

a)

Memegang jawatan Syahbandar

b)

Menggalakkan perkahwinan siasah

c)

Menganut agama yang sama dengan raja

d)

Mendapatkan anugerah daripada pemerintah

14.

Gelaran berikut merupakan gelaran yang digunakan oleh raja-raja Melaka.


· Khalifatul Mukminin

· Zilullah Fil’Alam


Bagaimanakah penggunaan gelaran berkenaan mempengaruhi pemerintahan seseorang raja ?

a)

Mewujudkan kelainan darjat

b)

Melantik wazir sebagai penasihat

c)

Mengutamakan konsep dewa-raja

d)

Mengukuhkan kewibawaan

15.

Senarai berikut merupakan pondok

yang terdapat di Tanah Melayu sejak abad ke-12 M.


· Pondok Pulau Condong

· Pondok Titi Gajah

· Pondok Pulau Manis


Pernyataan yang manakah berkaitan

dengan institusi tersebut?

a)

Diawasi oleh seorang mudir

b)

Tumpuan kepada golongan elit sahaja

c)

Mendapat tajaan daripada pihak istana

d)

Waktu pembelajaran tidak terbatas

16.

Barangan di bawah merupakan antara barang dagangan di Melaka.


Rempah Ratus

Lada, buah pala, bunga cengkih, bunga lawang dan sebagainya,


Apakah sistem timbangan yang digunakan untuk menimbang barang-barang di atas ?

a)

Kati

b)

Tahil

c)

Bahara

d)

Dacing

17.

Pada peringkat awal Zaman Pertengahan di Eropah, gereja dianggap mengongkong kehidupan masyarakat.


Mengapakah masyarakat Eropah beranggapan demikian terhadap gereja?

a)

Mementingkan ilmu akhirat

b)

Mendukung sistem monarki

c)

Mengenakan cukai yang tinggi

d)

Mengamalkan sistem perhambaan

18.

Gambar berikut menunjukkan revolusi yang berlaku dalam bidang pertanian.


Apakah kesan perubahan berkenaan terhadap negara Eropah?

a)

Menggalakkan rakyat bekerja sendiri

b)

Menggiatkan aktiviti perdagangan

c)

Mengekalkan teknik tanaman sara diri

d)

Meningkatkan kadar pengangguran rakyat

19.

Senarai

berikut berkenaan dasar yang telah diperkenalkan oleh British.


*Enakmen Tanah Padi 1917

* Rancangan Sekatan Stevenson 1922

* Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934

Apakah

implikasi pengenalan dasar di atas terhadap orang Melayu?

a)

Kekal sebagai petani

b)

Berhenti menanam getah

c)

Memperluas tanaman padi

d)

Beralih kepada industri baru

20.

Rajah berikut berkaitan dengan kesan dasar ekonomi British di Tanah Melayu pada abad ke-20


Apakah X?

a)

Pendidikan aneka aliran

b)

Pendidikan tradisional

c)

Pendidikan peribumi

d)

Pendidikan vernakular

21.

Jadual berikut berkaitan pengenalan sistem birokrasi Barat di Thailand.


Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan sedemikian ?

a)

Pengukuhan hak rakyat

b)

Persaingan penjajahan barat

c)

Pengekalan kedaulatan negara

d)

Penguasaan ekonomi pembesar

22.

Di Indonesia, anak golongan priayi diberikan pendidikan tersendiri dan diasingkan daripada anak orang bawahan semasa penjajahan Belanda.


Apakah matlamat Belanda berbuat demikian?

a)

Memecahkan perpaduan rakyat

b)

Melindungi kepentingan imigran

c)

Memberi latihan kepemimpinan

d)

Melatih ke arah berkerajaan sendiri

23.

Jadual di bawah berkaitan dengan penentangan pemimpin tempatan terhadap British.


Berdasarkan jadual di atas, apakah iktibar yang boleh diambil oleh generasi masa kini?

a)

Bertindak secara individu bagi mencapai kejayaan

b)

Bekerjasama dengan kuasa asing lain

c)

Berjaya mengusir penjajahan barat

d)

Berusaha habis-habisan demi tanah air

24.

Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ditubuhkan pada tahun 1934 telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan orang Melayu.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Menggalakkan perkongsian idea

b)

Mementingkan kegiatan politik

c)

Memperjuang isu kemerdekaan

d)

Memperkukuh ikatan silaturrahim

25.

Bagaimanakah pengaruh kekuasaan seseorang raja dalam kerajaan Melayu tradisional ditentukan ?

a)

Kekayaan hasil

b)

Kesetiaan rakyat

c)

Kemakmuran ekonomi

d)

Konsep perlembagaan

26.

Berikut adalah Jemaah Menteri yang ditubuhkan di Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II ( 1836 – 1889 ).


Jemaah Menteri Perbendaharaan


Apakah fungsi Jemaah Menteri tersebut?

a)

Menguruskan hal ehwal luar

b)

Mengendalikan hasil mahsul

c)

Menguruskan pembangunan

d)

Menjaga keamanan negeri

27.

Maklumat berikut berkaitan dengan badan pentadbiran Malayan Union 1946.


· Majlis Eksekutif

· Majlis Undangan

· Majlis Raja-Raja Melayu


Siapakah yang mengetuai badan-badan tersebut ?

a)

Pesuruhjaya

b)

Residen

c)

Gabenor

d)

Sultan

28.

Kongres Melayu Pertama diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946.


Bagaimanakah kongres berkenaan mencapai matlamatnya ?

a)

Merangka perlembagaan

b)

Melancarkan mogok

c)

Membentuk IMP

d)

Menubuhkan UMNO

29.

Jadual menunjukkan senarai Ahli yang diwakili oleh penduduk Tanah Melayu.


Apakah kesan keahlian tokoh di atas?

a)

Mengukuhkan matlamat pakatan murni

b)

Menjayakan konsep Melayu Raya

c)

Mewujudkan persaingan antara kaum

d)

Membentuk Jawatan Kuasa Antara Keraja

30.

Apakah kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 kepada penduduk tempatan ?

a)

Pembentukan kerajaan republik

b)

Pentadbiran dibantu pihak tentera

c)

Mengiktiraf penjajahan kuasa asing

d)

Memberi hak mutlak untuk mentadbir

31.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan perkembangan politik di Singapura.


*Kemunculan parti berhaluan kiri


Bagaimanakah Lee Kuan Yew berhadapan dengan situasi di atas?

a)

Menyertai Parti Buruh

b)

Bergabung dengan Tanah Melayu

c)

Mengukuhkan Parti Komunis Malaya

d)

Bekerjasama dengan Barisan Sos

32.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan langkah pembentukan Malaysia.


* Menjelang Disember 1962, penentangan

daripada Indonesia dan Filipina terhadap penubuhan Malaysia.


Apakah kesan daripada peristiwa tersebut ?

a)

Pembinaan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum

b)

Penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

c)

Perjanjian Suruhanjaya Reid

d)

Pembentukan MAPHILINDO

33.


· Ditubuhkan oleh golongan

professional Cina

· Menentang Malayan Union

Maklumat berikut berkaitan dengan Parti politik di Tanah Melayu sehingga tahun 1963.


Apakah pertubuhan yang berkaitan dengan maklumat di atas ?

a)

Malayan Indian Congress ( MIC )

b)

Malayan Democratic Union ( MDU )

c)

Independence Malaya Party ( IMP )

d)

Malayan Chinese Association ( MCA )

34.

Rajah di bawah menunjukkan badan pelaksana atau eksekutif.


Apakah X ?

a)

Yang Dipertuan Agong

b)

Perdana Menteri

c)

Jemaah Menteri

d)

Dewan Rakyat

35.

Perkataan berikut berkaitan dengan cogan kata yang terdapat pada jata negara


“ Bersekutu Bertambah Mutu ”

Apakah maksud cogan kata di atas ?

a)

Semangat Perjuangan

b)

Semangat Berpolitik

c)

Semangat Kesetiaan

d)

Semangat Permuafakatan

36.


Pernyataan berikut menerangkan Dasar Kependudukan


Apakah kesan pertambahan penduduk di atas terhadap pembangunan negara?

a)

Meluaskan pasaran ekonomi

b)

Meningkatkan gaji minimum rakyat

c)

Mengurangkan kadar kemiskinan

d)

Menurunkan pencemaran alam

37.


· Sistem persekolahan yang sama

· Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan


Maklumat di atas berkaitan dengan Penyata Razak 1956.


Bagaimanakah cadangan di atas dapat direalisasikan?

a)

Bahasa Melayu diajar semua sekolah

b)

Pelajaran percuma bagi sekolah rendah

c)

Penekanan aktiviti belajar di luar bilik darjah

d)

Bahasa Inggeris wajib dipelajari oleh setiap pelajar

38.

Pada tahun 1971, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.


Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan?

a)

Menjaga hak peribumi

b)

Memupuk nilai bersukan

c)

Mengekalkan identiti negara

d)

Memperkasa bahasa kebangsaan

39.

Pernyataan di bawah

berkaitan dengan ideologi blok kapitalis dari aspek sosial.


*Kebebasan individu sepenuhnya

Bagaimanakah ideologi di

atas dapat diterjemahkan oleh rakyat bagi membangunkan negara ?

a)

Hak memiliki senjata api

b)

Dapat meluaskan kuasa politik

c)

Bebas menyebarkan propaganda

d)

Mengundi dalam pilihan raya

40.

Gambar berikut menunjukkan logo ASEAN.


Apakah sumbangan pertubuhan tersebut ?

a)

Konsep ZOPFAN

b)

Deklarasi Langkawi

c)

Rancangan Colombo

d)

Deklarasi Kuala Lumpur