wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu 1 Kemboja

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

seperti anjing dengan kucing

2.

Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____

a)

seperti api dalam sekam

b)

seperti gajah masuk kampung

c)

bagai Belanda meminta tanah

d)

bagai menatang minyak yang penuh

3.

Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai kera dapat bunga

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

bagai menatang minyak yang penuh

4.

Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan _____.

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

5.

Perasaan Encik Nanda ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan PT3.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti kaca terhempas ke batu

6.

Air mukanya _______ kerana dijangkiti penyakit COVID-19.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti ayam berak kapur

c)

bagai tikus membaiki labu

d)

bagai dakwat dengan kertas

7.

Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidak mempedulikan nasihatnya.

a)

seperti sampah hanyut

b)

seperti gergaji dua mata

c)

seperti ayam patuk anaknya

d)

bagai mencurah air di dalam keladi

8.

Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka _______.

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti bumi dengan langit

c)

seperti anjing dengan kucing

d)

bagai menatang minyak yang penuh

9.

Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas.

a)

bagai dihiris sembilu

b)

bagai murai tercabut ekor

c)

bagai menarik rambut di dalam tepung

d)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

10.

Pravin _____ kerana kurang membaca.

a)

seperti katak di bawah tempurung

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

bagai abu di atas tunggal

11.

Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu _______.

a)

bagai itik pulang petang

b)

seperti rusa masuk kampung

c)

bagai bulan dipagari bintang

d)

air dicencang tidak akan putus

12.

Mak cik itu _____ apabila mendapati dompetnya hilang.

a)

bagai kucing kehilangan anak

b)

bagai ayam berak dapur

c)

bagai ayam disambar helang

d)

bagai mencurah air ke dalam keladi

13.

Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja _____.

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai bulan penuh purnama

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

14.

Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok _________.

a)

seperti kerbau dicucuk hidung

b)

seperti rusa masuk kampung

c)

bagai pinang dibelah dua

d)

seperti api dalam sekam

15.

Siva dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.

a)

bagai pahat dengan penukul

b)

bagai ayam disambar helang

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

bagai menarik rambut di dalam tepung