wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ GEO T3 - BAB 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kawasan yang bertakung air akan membentuk kawasan paya air tawar, manakala kawasan pinggir laut yang berlumpur akan membentuk kawasan paya air masin.

a)

Betul

b)

Salah

2.

Persekitaran fizikal yang mempengaruhi tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar ialah bentuk muka bumi, tanih, dan saliran dan ............. .

a)

iklim

b)

batuan

c)

kesuburan tanih

d)

keluasan kawasan

3.

Kombinasi yang manakah betul tentang Hutan Monsun Tropika dan Hutan Konifer?


Hutan Monsun Tropika Hutan Konifer

i Tanih aridisols Tanih terra rossa

ii Tanih latosol Tanih podzo

iii Tanih permafrost Tanih aridisols

iv Tanih terra rossa Tanih chernozem

a)

i

b)

ii

c)

iii

d)

iv

4.

Maklumat di bawah ialah ciri-ciri suatu iklim.


> Min suhu antara 24 darjah celcius hingga 27 darjah celcius

> Julat suhu tahunan antara 1000 mm hingga 2000 mm


Ciri-ciri di atas mempengaruhi pertumbuhan ..................... .

a)

Hutan Konifer

b)

Hutan Pokok Tirus

c)

Hutan Gurun Panas

d)

Hutan Monsun Tropika

5.

Jenis tanih tidak mempengaruhi tumbuh-tumbuhan semula jadi.

a)

Betul

b)

Salah

6.

Tekstur tanih latosol adalah sama ada berpasir, liat atau lembap serta berwarna merah atau kuning.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Bagaimanakah tumbuh-tumbuhan Hutan Konifer melindungi diri daripada keadaan sejuk?


i Batang pokok besar untuk menyimpan air

ii Berkulit tebal dan berdamar

iii Menggugurkan daun pada musim sejuk

iv Berdaun kecil, berduri dan disaluti lilin

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

8.

Maklumat di bawah ialah ciri-ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi.


> Berbentuk kon

> Berkulit tebal

> Daun berbentuk jarum dan disaluti lilin


Ciri-ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi tersebut dipengaruhi oleh iklim .................. .

a)

Siberia

b)

Laurentia

c)

Gurun Panas

d)

Monsun Tropika

9.

Hidupan liar di bawah terdapat di kawasan


> Tikus Jerboa

> Musang Fennec

> Kala Jengking

a)

bersalji tebal

b)

panas dan kering

c)

tanih jenis chernozem

d)

tinggi dan bersaliran baik

10.

Kombinasi yang manakah betul tentang tumbuh-tumbuhan semula jadi dan jenis iklim?


Tumbuh-tumbuhan, Iklim

i Dahurian Larch, Iklim Siberia

ii Paper Birch, Iklim Laurentia

iii Pokok Caper, Iklim Gurun Panas

iv Pokok Ghaf, Iklim Monsun Tropika

a)

i

b)

ii

c)

iii

d)

iv

11.

Kombinasi yang manakah betul tentang jenis iklim dan hidupan liar?


Iklim, Hidupan Liar

i Iklim Monsun Tropika = Unta dan Musang Fennnec

ii Iklim Gurun Panas = Harimau dan Beruang

iii Iklim Laurentia = Beaver dan Wood Duck

iv Iklim Siberia = Oryx, Gazelle dan Cerpelai

a)

i

b)

ii

c)

iii

d)

iv

12.

Apakah jenis hutan tersebut?

a)

Hutan Hujan Tropika

b)

Hutan Monsun Tropika

c)

Hutan Konifer

d)

Hutan Paya Air Masin

13.

Nyatakan tumbuh-tumbuhan semula jadi berdasarkan faktor-faktor persekitaran fizikal yang diberi di bawah.


Faktor persekitaran

  • Tanah pamah
  • Bersaliran baik
  • Tanih podzol
  • Iklim Siberia
a)

Hutan Hujan Tropika

b)

Hutan Monsun Tropika

c)

Hutan Konifer

d)

Hutan Pantai

14.

Nyatakan tumbuh-tumbuhan semula jadi berdasarkan faktor-faktor persekitaran fizikal yang diberi di bawah.


Faktor persekitaran

  • Tanah pamah
  • Bersaliran baik
  • Tanih latosol
  • Iklim Monsun Tropika
a)

Hutan Konifer

b)

Hutan Monsun Tropika

c)

Hutan Hujan Tropika

d)

Hutan Paya Air Tawar

15.

Nyatakan tumbuh-tumbuhan semula jadi berdasarkan faktor-faktor persekitaran fizikal yang diberi di bawah.


Faktor persekitaran

  • Tanah pamah dan tanah tinggi
  • Bersaliran baik
  • Tanih terra rossa
  • Iklim Mediterranean
a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Konifer

c)

Hutan Monsun Tropika

d)

Hutan Mediterranean

16.

Nyatakan tumbuh-tumbuhan semula jadi berdasarkan faktor-faktor persekitaran fizikal yang diberi di bawah.


Faktor persekitaran

  • Pinggir laut yang berlumpur
  • Bersaliran buruk
  • Tanih gambut dan tanih lumpur
  • Iklim Monsun Tropika dan Iklim Khatulistiwa
a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Hujan Tropika

c)

Hutan Paya Air Tawar

d)

Hutan Paya Air Masin

17.

Nyatakan jenis tanih yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan semula jadi yang berikut.


> Hutan Hujan Tropika dan Hutan Monsun Tropika


Tanih = ...............................................

a)

Latosol

b)

Podzol

c)

Permafrost

d)

Aridisols

18.

Nyatakan jenis tanih yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan semula jadi yang berikut.


> Hutan Mediterranean


Tanih = ...............................................

a)

Aridisols

b)

Terra rossa

c)

Permafrost

d)

Latosol

19.

Nyatakan jenis tanih yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan semula jadi yang berikut.


> Hutan Konifer


Tanih = ...............................................

a)

Permafrost

b)

Aridisols

c)

Podzol

d)

Latosol

20.

Tindakan luluh hawa ialah proses hakisan atau peluluhan batu - batan yang disebabkan oleh keadaan iklim setempat.

a)

Betul

b)

Salah