Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HUBUNGAN DIPLOMATIK 1 ( SEM 3)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah pendekatan yang digunakan untuk membentuk dasar luar sesebuah negara?

a)

Dasar luar boleh bersifat berkecuali

b)

Dasar luar boleh berbentuk pemencilan

c)

Dasar luar boleh bersifat bebas

d)

Dasar luar tidak boleh mengambil kira pendapat negara lain

2.

Yang manakah faktor utama yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman?

a)

Hubungan dengan semua negara jiran

b)

Peluasan pengaruh komunis di Asia Tenggara

c)

Berlakunya konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia

d)

Menjaga kepentingan negara-negara Islam

3.

Yang manakah menunjukkan keperluaan dasar luar kepada sesebuah negara?

a)

Membolehkan sesebuah negara itu mempromosikan negara mereka

b)

Sebagai instrumen untuk berinteraksi dengan negara lain

c)

Meningkatkan taraf hidup rakyat negara tersebut

d)

Dapat menyatakan pendapat di pentas antarabangsa

4.

Pilih pernyataan yang benar tentang prinsip yang diambil oleh Malaysia dalam menentukan dasar luarnya.

a)

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum

b)

Keadaan geografi negara yang tiada masalah bencana alam

c)

Kedudukannya di perjalanan antara Lautan Hindi dengan Lautan Pasifik

d)

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca di Asia Tenggara

5.

Yang manakah menunjukkan faktor sejarah negara mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia?

a)

Penjajahan British di Tanah Melayu

b)

Perluasan ideologi komunis di Indonesia

c)

Hubungan perdagangan di zaman Kesultanan Melayu Melaka

d)

Tindakan Singapura keluar dari Malaysia

6.

* Dasar luar berubah kepada Dasar Berkecuali

* Bersahabat dengan semua negara tanpa mengira ideologi

* Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara China

Pernyataan di atas merujuk kepada dasar luar pada zaman pemerintahan

a)

Tun Abdul Razak

b)

Tun Hussien Onn

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Tun Abdullah Ahmad Badawi

7.

Yang manakah punca Malaysia melaksanakan dasar berbaik-baik dengan negara jiran?

a)

Konfrontasi Indonesia-Malaysia

b)

Tuntutan Filipina ke atas Sabah

c)

Tuntutan Indonesia terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan

d)

Pencerobohan tentera Singapura di ruang udara Malaysia

8.

Yang manakah punca Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat?

a)

Pelabur Amerika Syarikat masih menguasai 60% dalam ekonomi Malaysia

b)

Negara China tidak menyokong kemerdekaan Tanah Melayu

c)

Malaysia merupakan anggota blok sterling

d)

Permintaan terhadap getah dan timah yang tinggi oleh British

9.

Objektif utama Dasar Luar Malaysia ialah

a)

memelihara dasar memakmurkan negara jiran

b)

melindungi kepentingan nasional peringkat antarabangsa

c)

mengeratkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan negara lain

d)

mendapatkan bantuan dan teknologi daripada negara-negara maju

10.

* Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara tahu apa yang terbaik untuk negara mereka dan lebih memahami apa yang diperlukan oleh mereka.*

Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Sokongan terhadap Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea

b)

Mendesak kerajaan Thailand menyelesaikan konflik di selatan Thailand

c)

Memberi bantuan perlindungan politik kepada pejuang pemisah Moro

d)

Menjadi perantara dalam penyatuan antara Hamas dan Fatah di Palestin

11.

Dalam usaha mengekang pengaruh ideologi komunis di Asia Tenggara, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan

a)

MAPHILINDO

b)

ASA (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara)

c)

SEATO ( Southeast Asia Treaty Organization)

d)

ASEAN (Association Of Southeast Asian Nation)

12.

Yang manakah merupakan faktor dalaman yang menentukan dasar luar Malaysia?

a)

Menjadi ahli dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

b)

Menyertai pasukan pengaman di bawah panji PBB

c)

Penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum

d)

Memiliki bahan mentah seperti getah dan bijih timah yang banyak

13.

Yang manakah merupakan manfaat negara mengamalkan dasar berkecuali?

a)

Mengekalkan keamanan serantau dan dunia

b)

Pertumbuhan ekonomi dalam negara meningkat

c)

Tiada kuasa besar yang akan mencampuri urusan dalaman negara.

d)

Mudah mendapat sokongan dan bantuan dari negara luar

14.

* Hubungan luar lebih berorientasikan ekonomi

* Mengurangkan pergantungan dengan negara Barat

* Berusaha menyatukan negara-negara Islam

Pernyataan di atas merujuk kepada perkembangan dasar luar era

a)

Tun Abdullah Ahmad Badawi

b)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

c)

Tun Hussien Onn

d)

Dato' Seri Mohd Najib Razak

15.

* Mengundi negara China untuk diterima masuk ke dalam PBB

* Mewujudkan hubungan diplomatik dengan Vietnam Utara dan Korea Utara

Tujuan Malaysia mengambil langkah di atas bertujuan untuk menunjukkan

a)

pengiktirafan fahaman komunis di peringkat antarabangsa

b)

lebih ramai pelabur asing datang dari negara-negara tersebut

c)

Malaysia boleh menjalinkan hubungan dengan negara berlainan ideologi

d)

Malaysia menyebelahi blok komunis dalam Perang Dingin