Font size
WorksheetsFun Accquiz 1
Total questions: 20
Worksheet time: 24mins
Apakah yang dimaksudkan hutang lapuk terpulih?
Hutang lapuk dihapuskan
Hutang yang akan dikutip
Hutang yang dianggarkan tidak dapat dikutip
Hutang yang dikutip semula setelah dihapuskan
Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan?
Sistem perakaunan
Konsep perakaunan
Kitaran perakaunan
Prinsip perakaunan
Aset Bukan Semasa mempunyai ciri-ciri berikut kecuali...
sukar ditukar menjadi tunai
dimiliki bukan bertujuan untuk dijual
boleh digunakan untuk jangka masa yang pendek
boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang
Apakah dokumen yang digunakan dalam urus niaga tunai?
Invois
Baucar
Nota Debit
Penyata Akaun
Antara berikut, urus niaga manakah merupakan catatan kontra?
Tunai di tangan dibankkan
Tunai daripada jualan inventori dibankkan
Tunai dikeluarkan dari bank untuk kegunaan peribadi
Tunai peribadi pemilik dimasukkan ke dalam bank perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang peraturan merekod urus niaga ke dalam lejar?
Aset didebitkan apabila berkurang
Hasil dikreditkan apabila bertambah
Liabiliti didebitkan apabila bertambah
Ekuiti pemilik dikreditkan apabila berkurang
Apakah tujuan diskaun tunai diberikan kepada pelanggan?
Menarik lebih ramai pelanggan
Mengelakkan pelanggan berhutang
Mempengaruhi pelanggan membeli secara pukal
Menggalakkan pelanggan menjelaskan hutang dengan segera
Apakah fungsi Imbangan Duga?
Menghitung jumlah modal
Menyemak ketepatan catatan bergu
Mengira untung kasar dan untung bersih
Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan
Akaun yang manakah disenaraikan dalam ruangan kredit Imbangan Duga?
Bangunan
Overdraf bank
Simpanan Tetap
Akaun belum terima
Maklumat berikut diperlukan untuk penyediaan Penyata Kedudukan Kewangan kecuali....
Modal Awal
Inventori awal
Gaji Prabayar
Inventori Alat Tulis
"K dan K di K" bermaksud sebarang kesilapan dan ketinggalan dalam invois boleh dibetulkan melalui ....
(jawapan boleh lebih daripada 1)
Resit
Nota Debit
Nota Kredit
Makluman Debit
Antara yang berikut, yang manakah liabiliti semasa?
(jawapan boleh lebih daripada 1)
Gaji Prabayar
Overdraf bank
Insurans belum bayar
Sewa diterima belum terperoleh
Antara yang berikut, yang manakah akan terlibat dalam penyediaan Akaun Perdagangan?
(jawapan boleh lebih daripada 1)
Jualan dan Belian
Angkutan keluar dan Insurans
Duti import dan upah atas belian
Inventori Awal dan Inventori Akhir
Antara yang berikut, yang manakah rumus persamaan perakaunan yang betul?
(Jawapan boleh lebih daripada 1)
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Aset = Liabiliti - Ekuiti Pemilik
Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih
Aset = Liabiliti - Modal - Hasil + Belanja
Antara yang berikut, akaun yang manakah direkodkan dalam Lejar Subsidiari?
(jawapan boleh lebih daripada 1)
Akaun Aset
Akaun Hasil
Akaun Belum Terima
Akaun Belum Bayar
Sebidang tanah telah dibeli oleh Maju Ent. pada 1 Julai 2015 dengan harga RM35 000. Pada tahun 2020, nilai pasaran tanah menunjukkan peningkatan kepada RM54 000 selepas penilaian dibuat.
Berapakah nilai tanah yang akan direkod dalam penyata kewangan tahun 2020?
(a)
Syarikat Nur Cahaya mempunyai aset bukan semasa sebanyak RM10 juta, menganggap bahawa belanja alat tulis RM20 tidak akan memberi kesan kepada perniagaan.
Pernyataan di atas merujuk kepada konsep (a)
Kumar telah membayar insurans tahunan kedainya sebanyak RM600 pada 31 Mac 2020. tempoh perakaunannya berakhir pada 31 Disember 2020.
Berapakah insurans bagi tahun 2020?
(a)
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Kerisik.
a. Aset Bukan Semasa RM10 000
b. Aset Semasa RM6 980
c. Liabiliti Semasa RM6 000
d. Liabiliti Bukan Semasa RM 580
Berapakah ekuiti pemilik perniagaan berkenaan?
(a)
Tahun kewangan Kedai Runcit Amir berakhir pada 31 Mei 2019. Data berikut diperoleh daripada buku perniagaannya.
i.Kenderaan RM15 000
ii.Tunai RM6 980
iii.Bank (overdraf) RM1 750
iv.Akaun belum bayar RM2 050
v.Akaun belum terima RM3 550
Berapakah modal pada tarikh 31 Mei 2019?
(a)
