wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Milikan perniagaan

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Pemtadbiran sebuah Syarikat Sendirian Berhad dikawal dan diuruskan oleh

a)

A. pekerja syarikat

b)

B. ahli lembaga pengarah

c)

C. pemegang-pemegang syer

d)

D. pemiutang-pemiutang syarikat

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk perniagaan.


*menggunakan jenama yang sama

*dikawal berterusan oleh syarikat asal

*membayar fi yang dipersetujui untuk mendapatkan kebenaranberniaga


Apakah bentuk perniagaan tersebut?

a)

A. Francais

b)

B. Usaha sama

c)

C. Perkongsian

d)

D. Milikan tunggal

3.

Pilih pernyataan yang BETUL berkaitan francaisor dan francaisi

a)

A. Francaisor: mempunyai jenama yang terkenal

Francaisi: memberi hak kepada francaisor untuk menggunakan jenamanya

b)

B. Francaisor: Menjalankan perniagaan bagi pihak francaisi

Francaisi: Menanggung kos promosi yang dijalankan oleh francaisor

c)

C. Francaisor: Sentiasa mengawal syarikat yang menerima hak berniaga

Francaisi: Bebas menjalankan perniagaan mengikut kehendak sendiri.

d)

D. Francaisor: Memberi hak kepada francaisi untuk

menggunakan jenamanya

Francaisi: Membayar francaisi dalam bentuk yang

dipersetujui

4.

Usahasama ialah

a)

A. bentuk perniagaan untuk menjaga kebajikan pemiliknya

b)

B. hak yang diberi untuk menjalankan perniagaan yang sama jenis

c)

C. perniagaan yang dijalankan untuk memenuhi permintaan pengguna

d)

D. dua syarikat bergabung untuk membentuk sebuah syarikat yang baharu

5.

Antara berikut, pilih KELEBIHAN usaha sama.


Tick pada 3 jawapan sahaja.

a)

I. Syarikat boleh menembusi pasaran yang belum diterokai

b)

II. Risiko perniagaan dapat dikongsi antara kedua-dua syarikat

c)

III. Syarikat boleh berkongsi kepakaran teknologi dengan syarikat lain

d)

iV. Semua aset perniagaan asal akan diserap dalam perniagaan baharu

6.

Tentukan pernyataan yang betul dan yang salah.


I Syarikat usaha sama adalah entiti yang berasingan daripada syarikat asal


II Matlamat yang berbeza antara pihak bergabung menyebabkan berlakunya konflik

a)

A. I : BETUL , II : BETUL

b)

B. I : BETUL II : SALAH

c)

C. I : SALAH II :BETUL

d)

D. I : SALAH II : SALAH

7.

Mengapakah perniagaan bersaiz kecil dan sederhana lebih fleksibel berbanding dengan perniagaan besar?

a)

A. Layanan peribadi yang diberikan menarik lebih ramai pelanggan

b)

B. Risiko perniagaan bersaiz kecil dan sederhana adalah lebih rendah

c)

C. Pekerja dapat membantu membuat perubahan dengan lebih cepat

d)

D. Proses membuat keputusan lebih mudah untuk pemilik perniagaan kecil

8.

Antara berikut, pilih persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dan sederhana.

a)

A. Menikmati ekonomi bidangan

b)

B. Mempunyai sumber yang cukup untuk menguasai pasaran

c)

C. Mudah untuk mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman

d)

D. Lebih mudah untuk melakukan perubahan dalam strategi pemasaran

9.

Pilih kelebihan perniagaan bersaiz besar.


Tick pada 2 jawapan sahaja.

a)

I. wujud ekonomi bidangan

b)

II. Komunikasi lebih baik

c)

III. Memberi layanan peribadi

d)

IV. Mudah menguasai pasaran

10.

Pernyataan berikut berkaitan dengan kelebihan perniagaan bersaiz kecil.


"Encik Ayuk merupakan pemilik Chini Enterprise sentiasa mengenali semua pelanggan tetap yang datang ke kedainya."


Pernyataan tersebut merujuk pada

a)

A. komunikasi yang lebih baik antara Encik Ayuk dengan pekerjanya

b)

B. layanan peribadi yang diberikan kepada semua pelanggan

c)

C. pelanggan yang berpuas hati dengan layanan yang diberikan

d)

D. Kaedah untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan cita rasa pelanggan