wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3: KEBERANIAN

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud perkataan berani?

a)

Penakut

b)

Tidak gentar

c)

Pengecut

d)

Kurang keyakinan

2.

Ani ________ mengaku kesalahan yang dilakukan oleh dirinya sendiri.

a)

takut

b)

berani

c)

berbohong

d)

tidak

3.

Pertandingan apakah yang ditunjukkan dalam gambarajah di atas?

a)

Ceramahan

b)

Pertandingan bercerita

c)

Pertandingan peraga pakaian

d)

Pertandingan menunjukkan bakat diri

4.

Apakah ciri-ciri yang perlu dikuasai oleh seorang murid untuk menjaga nama baik sekolah?

a)

Kuat menangis

b)

Baik

c)

Sombong

d)

Berani

5.

Amir ternampak Ali mengambil wang dalam peti simpanan kantin. Apakah yang perlu dilakukan oleh Amir?

a)

Mendiamkan diri.

b)

Melaporkan kepada guru.

c)

Membantu Amir untuk memudahkan mencuri.

d)

Melihat sahaja perbuatan yang dilakukan oleh Amir.

6.

Cara untuk meningkatkan keberanian ialah

a)

Cepat mengalah dalam apa jua aktiviti.

b)

Tidak yakin dengan keyakinan diri.

c)

Takut melakukan kebenaran.

d)

Sering kali meningkatkan keyakinan diri.

7.

Pilihan ayat yang tepat dengan perkataan 'berdikari'.

a)

Shafiq mampu berdikari tanpa bantuan kerusi roda.

b)

Hamesha mampu berdikari jika diberikan wang yang secukupnya.

c)

Imran berdikari jika diberikan wang.

d)

Firdaus mampu berdikari sendiri.

8.

Mengapakah kita perlu menjaga nama baik sekolah?

a)

Kerana ia merupakan salah satu tugas seorang murid.

b)

Kerana ia amat penting untuk murid.

c)

Kerana sekolah merupakan tempat murid menuntut ilmu.

d)

Kerana ibu bapa dan guru yang suruh.

9.

Mengapakah kita perlu berusaha untuk memenangi sesuatu pertandingan?

a)

Sebagai kepuasan diri.

b)

Menaikan nama dan imej sekolah

c)

Untuk suka-suka

d)

Cara melepaskan tekanan

10.

'Varshini mempertahankan nama sekolahnya apabila terdapat sekumpulan murid yang mengutuk sekolahnya.'


Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Varshini dalam mempertahankan sekolahnya.

a)

Kejujuran

b)

Baik Hati

c)

Bertoleransi

d)

Keberanian

11.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan sikap berani mempertahankan nama baik sekolah?

a)

Salmiah menegur kawannya yang mengutuk gurunya.

b)

Pemain bola keranjang bermain bersungguh-sungguh untuk menang.

c)

Liyana sering lewat ke sekolah.

d)

Jasbir memuji guru besar sekolahnya yang prihatin.

12.

Apakah perasaan anda apabila mempertahankan nama sekolah.


(Jawapan melebihi daripada satu jawapan)

a)

Sedih

b)

Bangga

c)

Kecewa

d)

Puas Hati

e)

Jujur

13.

Adakah perbuatan dalam gambarajah di atas menunjukkan cara mempertahankan nama baik sekolah?

a)

Betul

b)

Salah

14.

Adakah perbuatan dalam gambarajah di atas menunjukkan cara mempertahankan nama baik sekolah?

a)

Betul

b)

Salah

15.

Adakah perbuatan dalam gambarajah di atas menunjukkan cara mempertahankan nama baik sekolah?

a)

Betul

b)

Salah

16.

Pilih Sikap berani yang sesuai.


Kamu telah terpilih untuk menyertai pertandingan pidato di peringkat sekolah.

a)

Saya akan membuat latihan dengan sederhana.

b)

Saya akan menyahut cabaran tersebut dan berusaha untuk melakukan yang terbaik.

c)

Saya akan buat persiapan bersungguh-sungguh disaat akhir sebelum pertandingan.

d)

Saya akan menolak penyertaan tersebut dan meminta rakan lain untuk menyertai pertandingan tersebut.

17.

Pilih sikap berani yang sesuai.


Rakan kamu mengajak kamu menconteng dinding pada suatu sudut di belakang dewan pada waktu rehat.

a)

Saya akan menolak ajakan rakan dan menasihatinya dengan baik.

b)

Saya akan menerima ajakan rakan saya kerana dia sahabat baik saya.

c)

Saya menolak ajakan rakan saya dan membiarkan dia meneruskan perbuatan itu.

d)

Saya menyokong tindakan rakan saya itu.

18.

Antara yang berikut yang manakah kepentingan berani menghadapi cabaran di sekolah.

a)

Merugikan sekolah

b)

Melahirkan murid samseng

c)

Menyemai sikap menyayangi sekolah.

d)

Melahirkan murid yang kurang keyakinan diri.

19.

Pilih perasaan yang betul apabila berani menghadapi cabaran.

a)

Takut

b)

Bangga

c)

Malu

d)

Sedih

20.

Murid patut ____________ dan tabah semasa menghadapi cabaran.

a)

berani

b)

yakin

c)

pandai

d)

sedih