WorksheetsPAI TAHUN 2 ADAB: INDAHNYA PERSAHABATAN
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
Apakah maksud sahabat?
Sahabat ialah orang yang membenci kita
Sahabat ialah orang yang dikenal rapat dan disukai
Jika kamu melihat sahabat kamu sedang bergaduh dengan rakan yang lain, apa yang akan kamu lakukan?
Menghasut sahabat agar tidak berkawan dengan rakan lain.
Menceritakan keburukan sahabat kepada rakan lain.
Menasihati sahabat agar tidak bergaduh lagi.
Basri sering mengejek Ahmad dengan panggilan yang buruk. Adakah perbuatan Basri beradab dengan sahabat?
Tidak beradab
Beradab
Suatu hari, sahabat kamu tidak hadir ke sekolah. Sebagai seorang sahabat yang mengamalkan adab persahabatan, apa yang akan kamu lakukan?
Mendoakan sahabat agar diberi kesembuhan oleh Allah swt.
Bukan urusan saya
Menziarahi sahabat atau menghubunginya untuk bertanya khabar
Gembira kerana tidak ada yang mengganggu saya di sekolah.
Kamu mempunyai seorang sahabat yang pernah secara tidak sengaja kencing dalam seluar. Hanya kamu seorang sahaja mengetahui perkara tersebut. Suatu hari kamu dan sahabat bergaduh. Apakah yang akan kamu lakukan?
Menceritakan aib sahabat (kisah memalukan) kepada rakan lain.
Menyimpan aib sahabat walau sedang bergaduh.
Berusaha untuk berbaik semula dan meminta maaf agar tidak bergaduh lagi.
Berikut adalah ciri-ciri sahabat sejati, KECUALI...?
Bantu-membantu.
Tidak memanggil kawan dengan panggilan yang buruk.
Nasihat-menasihati.
Mengajak melakukan keburukan.
Sebagai seorang sahabat yang baik, sekiranya rakan kamu terjatuh, apakah tindakan yang kamu lakukan?
Mentertawakan rakan.
Melihat dan membiarkannya sahaja.
Membantu dan membawanya pulang.
Mengejek rakan.
Sebagai sahabat yang baik, Apakah tindakan kamu ketika di dalam kelas?
Suka membuat bising di dalam kelas.
Tidak memberi tumpuan ketika guru mengajar.
Membuat sampah dan membuang merata-rata.
Menolong kawan membersihkan kelas.
Kamu telah mendapati sahabat kamu mencuri duit salah seorang rakan sekelas kamu. Apakah yang perlu kamu lakukan?
Memukulnya tanpa belas kasihan.
Membuat aduan kepada guru besar.
Bersubahat dengannya dan bersama-sama mencuri duit rakan yang lain.
Menasihatinya bahawa perbuatannya adalah salah dan berdosa.
Mengapa kita perlu menjadi sahabat yang baik dan mengamalkan adab bersahabat?
Supaya dapat meminta wang daripada sahabat
Agar bertambah kasih sayang antara sahabat
Mencontohi sunnah Rasullullah s.a.w
Mendapat perlindungan Allah s.w.t di hari kiamat.
