WorksheetsPenilaian format UPSR 4
Total questions: 20
Worksheet time: 24mins
Wajah Puan Arifah pucat seperti _____ kerana dia tidak sihat sejak semalam lagi.
ayam berak kapur
cicak makan kapur
batu jatuh ke lubuk
itik pulang petang
Pilih perkataan sinonim
Ibu, saya berasa bimbang untuk menduduki peperiksaan ini.
segan
takut
risau
malu
____ pokok mangga di kebun datuk berbuah dengan lebatnya.
Segala
Semua
Segelintir
Maing-masing
Nenek Kiah sedang ______ tikar mengkuang di anjung rumahnya.
menenun
mengukir
menyulam
menganyam
Setiap hari, Pak Karim ber____ mengusahakan kebun sayurnya seorang diri.
mandi kerbau
mandi peluh
manis muka
putih mata
Pokok kelapa itu tumbang akibat tiupan angin _____ petang semalam.
laju
pantas
deras
kencang
Airis dan rakannya____ beberapa keping poster pada papan kenyataan.
tertampal
bertampal
menampal
penampalan
Tanya Laksamana Hang Tuah kepada sultan,"Apakah hajat _____ mencemar duli ke teratak patik ini?"
beta
tuanku
hamba
baginda
Ibu membeli dua_____ petai untuk dimasak sambal udang petai.
untai
papan
gugus
keping
"Saya ingin menjemput _____ datang ke majlis sambutan hari jadi saya," kata Ho Min kepada Masni dan Saiful.
kita
kamu
kalian
mereka
Penyertaan bagi pertandingan itu hanya terbuka kepada _____ Malaysia yang berumur 18 hingga 30 tahun sahaja.
kakitangan
pesuruhjaya
warganegara
jawatankuasa
Pilih ayat tanya.
Saya menjaga kesihatan dengan bersenam.
Adakah kamu menjaga kesihatan?
Bagaimanakah kamu menjaga kesihatan?
Mengapakah kamu ingin menjaga kesihatan?
Bilakah kamu menjaga kesihatan?
Amira menerima sepucuk surat _____ sahabat penanya yang berada di Sabah.
dari
pada
kepada
daripada
Adik Mary amat sayang _____ anak anjingnya.
akan
kepada
pada
dengan
____ , kamu rupa-rupanya yang datang ke rumah saya pagi tadi!
Oh
Aduh
Aduhai
Syabas
_____ , berani kau menuduh adikku mencuri duit!
Eh
Ah
Amboi
Cis
Tukang kasut itu _____ kasut kulit itu sehingga berkilat.
mengesat
mengelap
menggilap
menggosok
Puan Aisya______ piring yang berisi kuih-muih untuk dihidangkan kepada tetamu.
menatang
mengambil
menggalas
menjunjung
Nenek saya pandai menjahit baju _____ ibu saya pandai menyulam.
walaupun
dan
manakala
sementara
Tuliskan ayat pasif.
Kami sibuk membersihkan halaman rumah supaya kelihatan cantik.
(a)
