Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pend moral

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

- Tidak makan lembu

-Berpuasa

-Mengikat pokok pisang semasa majlis keagamaan


Pernyataan di atas merujuk kepada agama

a)

Islam

b)

Hindu

c)

Kristian

d)

Budha

2.

Mendengar Khutbah di ______________ pada hari Ahad adalah amalan agama tersebut.

a)

Masjid

b)

Wat

c)

Kuil

d)

Gereja

3.

Mengapakah harta benda sekolah harus dijaga dengan baik?

a)

Murid- murid tidak akan dapat belajar dengan baik tanpanya.

b)

Murid - murid tidak akan memperoleh kejayaan tanpanya.

c)

Menjaga imej pihak sekolah.

d)

Mengelakkan daripada kerosakan dan menambahkan perbelanjaan untuk memperbaikinya.

4.

Kegiatan merosakkan kemudahan awam dikenali sebagai

a)

gangsterisme

b)

vandalism

c)

aninisme

d)

politisme

5.

Pada pendapat kamu, apakah cara yang paling sesuai untuk memupuk rakyat mencintai kebersihan?

a)

mengadakan aktiviti gotong royong

b)

Meletakkan kamera litar tertutup untuk memantau pergerakan.

c)

Mengadakan kempen menjaga alam sekitar dan memberi kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan.

d)

Menggalakkan murid-murid mengutip sampah

6.

Bagaimanakah cara seorang anak menghargai ibu bapanya?

a)

Menceritakan kebaikan ibu bapa kepada rakan-rakan.

b)

Menyanyikan lagu untuk menggembirakan hati ibu bapa.

c)

Mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.

d)

Berkelah bersama-sama keluarga.

7.

Apakah kesan yang akan terjadi sekiranya ahli keluarga tidak memainkan peranan masing-masing?

a)

Rumah tangga menjadi porak peranda.

b)

Hidup dalam keadaan bahagia.

c)

Hidup dalam kesederhanaan.

d)

Hidup dalam keadaan berduka.

8.

Ibu bapa merupakan orang yang amat penting bagi kita. Di bawah ialah cara kita menghormati ibu bapa, kecuali

a)

memberitahu mereka apabila kita keluar dari rumah.

b)

memaklumkan kepada mereka aktiviti kita.

c)

memaksa mereka mematuhi kehendak kita.

d)

membantu mereka meringankan beban.

9.

Kamu dilantik menjadi ketua kelas. Apakah tugas kamu sebagai ketua kelas?

a)

Memarahi rakan sekelas.

b)

Menjaga kelas dan membantu guru.

c)

Mengawal pergerakan rakan sekelas.

d)

Memerhati aktiviti guru.

10.

Pilih pernyataan yang benar tentang tanggungjawab kamu sebagai seorang pelajar dalam menjaga kawasan persekitaran.

i- Memastikan bilik darjah berada dalam keadaan yang bersih.

ii- Menegur rakan yang membuang sampah merata-rata.

iii- Memaki hamun pelajar yang terlupa menutup air di dalam tandas.

iv- Tidak menjalankan tugas membersih kelas.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

ii, iii dan iv

11.

Berdasarkan gambar di atas, apakah peraturan yang patut kita patuhi?

i- Menutup aurat.

ii- Duduk dengan sopan.

iii- Membuang sampah merata-rata.

iv- Menanggalkan kasut.

a)

i dan ii

b)

i,ii dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

i, iii dan iv

12.

Apakah yang akan kamu lakukan jika ternampak seorang budak sedang mengganggu jemaah lain beribadat?

a)

Tidak mempedulikannya.

b)

Menegur budak tersebut.

c)

Menggelengkan kepala.

d)

Turut mengganggu jemaah lain.

13.

Tempat beribadah ialah tempat untuk

a)

mengulang kaji pelajaran.

b)

beribadah.

c)

bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan.

d)

berbual-bual.

14.

Apakah yang akan berlaku sekiranya kita melanggar peraturan sekolah?

a)

Guru akan mendenda kita.

b)

Sekolah menjadi tidak terurus.

c)

Menunjukkan bahawa kita tidak berdisiplin.

d)

Pelajaran akan merosot.

15.

Antara berikut, buku yang manakah sesuai untuk dijadikan bahan bacaan berguna?

i- Fiksyen Sains.

ii- Dokumentari.

iii- Komik

iv- Majalah berkaitan dengan pelajaran.

a)

i dan ii

b)

i,ii dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

ii, iii dan iv

16.

Soalan 17 dan 18 berdasarkan gambar di tersebut.


. Berdasarkan gambar di atas, apakah yang sepatutnya diucapkan oleh murid tersebut?

a)

Apakah yang makcik beli?

b)

Biar saya tolong makcik bawa barang-barang ini.

c)

Makcik berjalan terlalu lambat.

d)

Makcik dari mana?

17.

Apakah amalan mulia yang ada dalam diri murid tersebut?

a)

Bersopan santun.

b)

Tolong menolong.

c)

Berdedikasi.

d)

Berkeyakinan tinggi.

18.

Marlin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun tetapi dia dituduh meniru dalam peperiksaan tersebut. Apakah yang sepatutnya Marlin lakukan?

i- Berdiam diri sahaja.

ii- Nafikan tuduhan tersebut.

iii- Tunjukkan kertas jawapan peperiksaan.

iv- Bandingkan jawapan dengan orang lain atau buku rujukan.

a)

i dan ii

b)

i,ii dan iii

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

19.

Kepentingan bersifat berani kerana benar adalah seperti berikut, kecuali

a)

mempertahankan diri dari tuduhan.

b)

mejaga maruah diri.

c)

supaya orang takut kepada kita.

d)

untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada orang lain.

20.

Nasa membeli tiga batang aiskrim dan memberikan asikrim tersebut kepada dua orang adiknya.

a)

BETUL

b)

SALAH

21.

Antara berikut yang manakah negara - negara anggota ASEAN?

a)

United Kingdom

b)

United States of America

c)

United States of Arab Emirates

d)

Singapore

22.

Warga Rohingya berasal dari mana?

a)

Myanmar

b)

Bangladesh

c)

India

d)

Nepal

23.

Siapakah yang bertanggungjawab menangkap PATI?

a)

JPJ

b)

Kastam

c)

Immigresen

d)

JPAM

24.

Antara keburukan PATI ialah

a)

Membawa kekayaan

b)

Membawa kestabilan politik

c)

Membawa wabak penyakit berjangkit

d)

Membawa kepelbagaian budaya

25.

Apakah nilai moral yang harus diamalkan oleh PATI?

a)

Kepercayaan kepada Tuhan

b)

Taat dan setia kepada Raja dan Negara

c)

Saling menghormati antara negara

26.

Wajarkah warga Rohingnya meminta hak sama rata dari kerajaan Malaysia ?

a)

Ya, kerana mereka juga manusia

b)

Tidak, kerana mereka adalah PATI

c)

Ya, kerana mereka sudah lama tinggal di Malaysia

d)

Tidak, kerana mereka tidak mematuhi undang - undang

27.

Antara berikut yang manakah bukan universiti tempatan?

a)

UNITAR

b)

UCSI

c)

UNITEN

d)

Curtin University

28.

Yang berikut merupakan kelebihan penempatan university luar di Malaysia kecuali

a)

Membuka peluang pekerjaan

b)

Mengurangkan pengeluaran wang ke luar negara

c)

Meningkatkan kualiti pendidikan negara

d)

Meningkatkan kadar perkahwinan dengan warga asing

29.

Antara berikut yang manakah tidak dianggotai Malaysia?

a)

NATO

b)

NAM

c)

UNHCR

d)

UNICEF

30.

Yang manakah bukan bentuk kerjasama Malaysia dengan negara luar?

a)

Pendidikan

b)

Sains dan teknologi

c)

Kesenian dan kebudayaan

d)

Politik

31.

Berikut adalah ciri remaja berhemah, kecuali

a)

Berakhlak mulia

b)

Gigih berusaha

c)

Vandalisme

d)

Semangat patriotisme

32.

Apakah perasaan anda apabila digelar sebagai remaja berhemah?

a)

Gembira

b)

Sedih

c)

Marah

d)

Simpati

33.

Nilai yang harus diamalkan ketika menghadiri jamuan makan ialah ___________

a)

Kesederhanaan

b)

Kerajinan

c)

Tanggungjawab

d)

Baik hati

34.

Berikut adalah faktor ketagihan terhadap rokok dan dadah

a)

Pengaruh rakan sebaya

b)

Perasaan ingin mencuba

c)

Tiada kasih sayang ibu bapa

d)

Sukar mendapat makanan berkhasiat

35.

Pihak berikut boleh mengambil tindakan terhadap murid yang tidak akur dengan peraturan sekolah kecuali

a)

Pengetua

b)

Guru pusat sumber

c)

Guru makmal komputer

d)

Pekerja kantin

36.

Pilih situasi yang tidak memberikan hak yang sewajarnya kepada kanak-kanak.

a)

Makanan yang diberikan tidak mencukupi

b)

Mendapatkan rawatan doktor jika sakit

c)

Menyediakan tempat tidur yang selesa

d)

Dihantar ke sekolah

37.

Seorang pengarah syarikat pengangkutan memberikan satu jawatan penting kepada adiknya.

Apakah jenis rasuah yang dilakukan?

a)

Meminta wang

b)

Memberikan diskaun

c)

Memberikan hadiah

d)

Menyalahgunakan kedudukan

38.

Namakan badan bukan kerajaan yang melindungi kebajikan dan menjaga kepentingan kanak-kanak.

a)

Yayasan Salam Malaysia

b)

Mercy Malaysia

c)

WWF

d)

MAKNA

39.

Mengapakah peraturan di sekolah diwujudkan?

a)

Untuk menghiasi ruang kosong

b)

Untuk menyusahkan para murid

c)

Untuk memastikan pengurusan sekolah berjalan lancar

d)

untuk menakutkan semua murid

40.

Dengan adanya peraturan, kita boleh mengelakkan gejala berikut

a)

Ponteng sekolah

b)

Patriotisme

c)

Gotong-royong

d)

Gangsterisme

41.

Nyatakan satu sikap anda terhadap keluarga

a)

Kasih sayang

b)

Bergaduh

c)

Halau

d)

Benci

42.

Saling membantu dan menghormati anggota keluarga antara satu sama lain.


Pernyataan di atas boleh

a)

Memburukkan nama baik keluarga.

b)

Menyusahkan anggota keluarga.

c)

Berbudi bahasa.

d)

Merapatkan hubungan sesama anggota keluarga.

43.

Bagaimanakah anggota keluarga membantu antara satu sama lain?

a)

Selalu bergaduh antara satu sama lain.

b)

Saling membantu dan mengambil berat antara satu sama lain.

c)

Sentiasa tidak hormat antara satu sama lain.

d)

Suka melawan ibu bapa.

44.

Mengapakah anggota keluarga pelu membantu dan menghormati antara satu sama lain?

a)

Kejiranan.

b)

Bersopan santun.

c)

Melahirkan keluarga bahagia.

d)

Ramah mesra.

45.

Berikan cara anda menunjukkan kasih sayang terhadap anggota keluarga.

a)

Bantu dan hormat sesama anggota keluarga.

b)

Sentiasa melawan ibu bapa.

c)

Selalu membuli adik.

d)

Suka berbohong

46.

Azai ternampak ibu membawa pulang banyak hasil tanaman dari kebun.

Dalam keadaan tersebut, apakah tindakan yang patut dilakukan oleh Azai?

a)

Membantu ibu angkat hasil tanaman tersebut.

b)

Membiarkan ibu angkat sendirinya.

c)

Tidak mempedulikan ibu.

d)

Meminta ibu menyediakan makanan malam.

47.

Nyatakan satu cara anda menghormati anggota keluarga kembangan anda.

a)

Bercakap dengan sopan.

b)

Berbohong

c)

Selalu marah anggota keluarga kembangan.

d)

Tidak menghormati anggota keluarga kembangan.

48.

Berikan satu kebaikan mempunyai keluarga kembangan.

a)

Tidak bahagia

b)

Sentiasa bahagia.

c)

Tidak gembira.

d)

Tidak suka menghormati anggota keluarga kembangan.

49.

Bagaimanakah anggota keluarga kembangan membantu antara satu sama lain?

a)

Selalu bergaduh antara satu sama lain.

b)

Saling membantu dan mengambil berat antara satu sama lain.

c)

Sentiasa tidak hormat antara satu sama lain.

d)

Suka melawan ibu bapa.

50.

Mengapakah anda perlu menghormati anggota keluarga kembangan?

a)

Memburukkan nama baik keluarga kembangan.

b)

Merosakkan hubungan keluarga kembangan.

c)

Ramah mesra

d)

Kukuhkan ikatan kekeluargaan

51.

Berikan satu sikap anda menunjukkan hormat terhadap anggota keluarga kembangan?

a)

Bertanya khabar apabila berjumpa.

b)

Tidak bertegur sapa.

c)

Saling mengejek antara satu sama lain.

d)

Berbohong

52.

Azai mendapati adik sepupunya menangis mencari bukunya yang hilang.

Dalam keadaan tersebut, apakah tindakan yang patut dilakukan oleh Azai?

a)

Tidak mempedulikan.

b)

Menolong adik sepupunya mencari buku.

c)

Marah adik sepupunya.

d)

Membiarkan adik sepupunya.

53.

Yang berikut ialah antara aktiviti


memelihara dan memulihara persekitaran


kawasan sekolah,kecuali...

a)

membuang sampah dalam tong sampah

b)

membaja dan menyiram pokok bunga

c)

membakar sampah di kawasan terbuka di belakang sekolah

d)

membersihkan kelas masing-masing

54.
Saya selesa berkawan daripada bersendirian
a)
Ya
b)
Tidak
55.
Kenal pasti perbuatan yang menunjukkan cara hidup bermoral dalam kehidupan.
a)
berjudi
b)
menjaga kebersihan
c)
bersengketa
d)
berbohong
56.
Nama saya Sharin Najmi Bin Bustani. Saya bersolat lima kali sehari. Rumah ibadat saya dikenali sebagai
a)
Wat
b)
Gurdwara
c)
Gereja
d)
Masjid
57.
Nama saya Eng Wei Wei. Saya beragama Buddha. Sambutan perayaan bagi agama anutan saya ialah
a)
Hari Krismas
b)
Hari Wesak
c)
Hari Raya Haji
d)
Deepavali
58.
Sambutan Hari Bumi untuk menyelamatkan bumi. Nyatakan nilai sesuai
a)
kemapanan alam sekitar
b)
peka terhadap isu-isu alam sekitar
c)
menyayangi dan mengharagi alam sekitar
d)
keharmonian antara manusia dan alam sekitar
59.
Alam merupakan anugerah Tuhan. Kita perlu
a)
menebang pokok untuk memberi keuntungan yang maksimum
b)
membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai 
c)
melindungi keaslian alam
d)
membangunkan kawasan hutan dengan sewenang-wenangnya
60.
Sekiranya anda mengetahui tindakan sebuah kilang yang melupuskan bahan-bahan toksik secara haram, anda perlu
a)
berdiam diri dan berpura-pura tidak mengetahui apa-apa
b)
memberitahu guru dan pengetua sekolah
c)
melaporkan kepada pihak berkuasa
d)
mengambil gambar dan simpan dalam bilik anda