wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PAT SRIAH BAHASA MELAYU TAHUN 3

Total questions: 30

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

“ ___________ berdua ditugaskan untuk menyapu lantai bilik darjah pada hari Isnin,”

kata Dira dan Lilian.

a)

Mereka

b)

Kamu

c)

Kami

d)

Saya

2.

Soalan 2 berdasarkan gambar berikut.


Mak Cik Milah sedang menghiris bawang. __________ hendak menggoreng sayur.

a)

Engkau

b)

Awak

c)

Saya

d)

Dia

3.

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah


Air di dalam ______ itu masih panas kerana dijerang sebentar tadi.

a)

periuk

b)

sudu

c)

cerek

d)

baldi

4.

Ayah mempunyai ______ membaiki motorsikal yang rosak.

a)

kebolehan

b)

kepintaran

c)

kecekapan

d)

kepakaran

5.

Soalan 5 berdasarkan gambar Berikut.


Kamal memasuki pertandingan _________ peringkat daerah Klang.

a)

ninja

b)

judo

c)

taekwando

d)

silat

6.

“ ___________, berat badanku semakin naik, selera makan ini tidak boleh dikawal!” keluh

sang gajah.

a)

Aduhai

b)

Amboi

c)

Aduh

d)

Cis

7.

_____________, nama saya Syahmi. Selamat berkenalan!

a)

Oh

b)

Cis

c)

Hai

d)

Amboi

8.

Kami membeli beberapa __________ mata kail untuk memancing di sungai belakang

rumah atuk.

a)

butir

b)

biji

c)

bentuk

d)

ketul

9.

“____________, sudah lama kita tidak berjumpa!” kata Dimas kepada Qaysh.

a)

Eh

b)

Oh

c)

Nah

d)

Cis

10.

Soalan 10 berdasarkan gambar berikut.


Rahim sedang mencuci kereta _________ abangnya menyiram pokok bunga.

a)

atau

b)

manakala

c)

tetapi

d)

walaupun

11.

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah


Aminah leka memerhati lembu datuknya ___________ rumput.

a)

memakan

b)

meragut

c)

menelan

d)

mengunyah

12.

Mokhtar Dahari ____________ bola ke dalam gol pasukan India.

a)

memukul

b)

menolak

c)

membaling

d)

menendang

13.

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah


Murid-murid bergotong royong ___________ pokok bunga di kawasan sekolah.

a)

menanam

b)

menanami

c)

ditanam

d)

penanaman

14.

Kami melawat Cikgu Ali di hospital kerana beliau sakit ____________.

a)

tenat

b)

keras

c)

penat

d)

sesak

15.

Daniel __________ tentang kehilangan wangnya kepada Cikgu Zakiah.

a)

menulis

b)

menyatakan

c)

mencatat

d)

memberitahu

16.

Adik membantu ibu ___________ kain di ampaian.

a)

sidai

b)

menjemur

c)

menggantung

d)

meletak

17.

Setiap pagi, Amin dan keluarganya akan ___________ selama 10 minit sebelum mandi.

a)

bersenam

b)

bersorak

c)

bermain

d)

berlari

18.

Sebelum bermain bola di padang, Fahmi dan rakannya __________ pakaian dan kasut yang sesuai.

a)

mengguna

b)

memakai

c)

membeli

d)

mengambil

19.

Farhan berjalan ____________ kerana kaki kirinya luka.

a)

terhuyung-hayang

b)

terkedek-kedek

c)

terincut-incut

d)

terpinga-pinga

20.

Walaupun hujan turun __________ perlawanan bola sepak tetap diteruskan.

a)

putus-putus

b)

sekali-sekali

c)

renyai-renyai

d)

lebat-lebat

21.

Soalan 21 pilih kata lawan bagi perkataan bergaris dengan betul.


Pak Jalal sedang mencabut pokok ubi kayu.

a)

menanam

b)

menarik

c)

mengeluarkan

d)

memotong

22.

Soalan 22 pilih kata seerti yang betul.


Kami bersantai di tepi Pantai Damai, Kuching selama dua hari.

Perkataan seerti bagi bersantai ialah

a)

Berehat

b)

Termenung

c)

Duduk

d)

Berkerja

23.

Soalan 23 dan soalan 24

Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong.


Kami bercadang untuk ___________ di Pulau Langkawi.

a)

makan hati

b)

makan angin

c)

ambil angin

d)

bawah angin

24.

Diana ___________ hendak melanjutkan pelajaran ke Jepun.

a)

hati waja

b)

hati batu

c)

ada hati

d)

keras hati

25.

Soalan 25 dan 26.


Pilih ayat yang betul.

a)

Mak baru pulang daripada pasar.

b)

Baju ini amat teramat cantik.

c)

Kakak rehat ke Langkawi

d)

Adik tidur di atas sofa.

26.

Pilih ayat yang betul.

a)

Abang menunggang berhati kerana jalan minyak

b)

Setiap pagi ayah minum air kopi.

c)

Puan Latifah beli baju itu ke pasaraya.

d)

Televisyen itu akan berjenama Samsung.

27.

Soalan 27 dan soalan 28


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Harga baju ini rendah mutu.

b)

Mata Abu rendah bila waktu malam.

c)

Orang yang suka mencuri dipandang rendah oleh masyarakat.

d)

Baju Zaid rendah.

28.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Baju penyanyi itu lapang.

b)

Tanah lapang itu telah ditanam dengan nenas.

c)

Sekolah itu telah lapang setelah semua murid pulang.

d)

Kakak membaca novel lapang.

29.

Soalan 29 dan soalan 30


Pilih ayat majmuk yang betul.

a)

Abang membasuh kasut sambil menyanyi.

b)

Abang membasuh kasut

c)

Kakak sedang menyanyi

d)

Abang telah membasuh kasut.

30.

Pilih ayat majmuk yang betul.

a)

Danial menunggang basikal ke sekolah.

b)

Basikal itu terbabas lalu melanggar pagar sekolah.

c)

Basikal itu terbabas ke dalam parit.

d)

Basikal terletak ditepi parit.