WorksheetsTATABAHASA Tingkatan 1
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Virus zika boleh dicegah lebih _______dengan pemberian vaksin.
pantas
cepat
awal
segera
Makanan kesihatan tambahan mengandungi bahan terlarang yang boleh mendatangkan mudarat yang ________kepada kesihatan.
serius
ringan
teruk
berat
Langkah yang paling ________bagi mengelakkan terkena jangkitan penyakit kencing tikus ialah elakkan bermain lopak air selepas banjir.
mudah
ringkas
senang
rumit
Remaja perlu ________memilih makanan yang masuk ke dalam perut.
cerdik
bijak
handal
pintar
"______, Ming Hua! Jangan sentuh cairan getah pada pokok hiasan ini. Getah yang terkena pada mata boleh membawa kesan buruk kepada penglihatan kita,"kata Aida.
Hai
Eh
Wahai
Ah
"________anak-anakku, patuhilah peraturan keselamatan semasa bermain di luar rumah!" pesan Puan Lina kepada anak-anaknya.
Wahai
Amboi
Aduhai
Wah
"________kita perlu mematuhi peraturan pemakanan ubat?" tanya Azlina kepada ibunya.
Apakah
Mengapakah
Bagaimanakah
Kenapa
"Kita tidak boleh berada di belakang kereta yang sedang diundur, ________?" tanya Jimmy kepada ibunya.
mengapa
mengapakah
apa
apakah
Saya berdoa agar persahabatan yang dibina sejak lapan tahun yang lalu akan berkekalan _________
seada-adanya
selama-lamanya
selewat-lewatnya
sesungguh-sungguhnya
Kepelbagaian budaya dan adat resam merupakan asas penting untuk memupuk _______dan sikap saling menghormati antara kaum.
persefahaman
kefahaman
pemahaman
fahaman
Rakyat yang berlainan agama, budaya dan adat resam seharusnya menanam sikap saling menghormati dan membuang segala _______syak wasangka.
perbuatan
pertimbangan
perasaan
perhitungan
_______, Aiman. Pencapaian industri biojisim di negara ini memang semakin memberangsangkan.
Ya
Benar
Betul
Tepat
________, inilah pembiayaan penyelidikan yang diberikan bagi menggalakkan lebih banyak pihak terlibat dalam industri ini.
Ya
Benar
Betul
Tepat
______, pertahankanlah bahasa kita. Jangan bagi tercemar.
Sila
Ayuh
Jemput
Minta
Encik Tan dan isterinya mahu perkahwinan anaknya dibuat mengikut adat istiadat perkahwinan Baba dan Nyonya. Bagi mereka __________.
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
biar putih tulang, jangan putih mata
biar mati anak, jangan mati adat
alang-alang mandi biar basah
"Jangan sudah terhantuk baru terngadah"
Peribahasa di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya tidak....
bertindak dengan terburu-buru
melakukan pekerjaan yang sia-sia
membuat perkara yang merugikan diri sendiri
melakukan sesuatu perkara di luar kemampuan kita
Permainan tradisional seperti congkak, gasing dan sebagainya perlu dipopularkan supaya...
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
biar putih tulang, jangan putih mata
biar mati anak, jangan mati adat
alang-alang mandi biar basah
Ramli akan menilai kemampuan diri sebelum berbelanja. hal ini dikatakan seperti...
tepuk dada tanyalah selera
segan bertanya sesat jalan
ukur baju di badan sendiri
pipit hendak menjadi enggang
Sebagai _______, dia bertanggungjawab untuk mencatat setiap patah perkataan yang diucapkan oleh ketuanya dalam mesyuarat itu.
juruacara
jurutulis
juruhebah
jurubahasa
Projek pembinaan kompleks sukan itu_________sehingga sekarang kerana kekurangan dana.
terbantut
terganggu
tersekat
terbelangkalai
Pertubuhan yang tidak mempunyai ahli yang banyak itu akan _______kerana tidak aktif.
dibubarkan
dipisahkan
dihapuskan
dimansuhkan
Sekumpulan orang mengadakan tunjuk perasaan untuk _______kenaikan harga barang.
menyanggah
memprotes
menyokong
menolak
Jumlah kerugian akibat kebakaran itu belum dapat ______sepenuhnya.
ditafsirkan
ditakdirkan
ditaksirkan
ditampilkan
Ahli-ahli jawatankuasa sepakat _________mesyuarat ke suatu tempoh bagi mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
membatalkan
menamatkan
menangguhkan
mengadakan
Kempen mengibarkan Jalur Gemilang terus ________bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan.
dialu-alukan
diwar-warkan
diagih-agihkan
diapi-apikan
