Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B10T4 KBSM

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah DUA kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan British?

a)

Berniaga

b)

Menoreh getah

c)

Bercucuk tanam

d)

Menangkap ikan

2.

Apakah yang boleh dikaitkan dengan aktiviti menugal dan menenggala?

a)

Penanaman padi

b)

Kegiatan melombong

c)

Kaedah menangkap ikan

d)

Cara menternak binatang

3.

DUA kesan penguasaan British dalam ekonomi dagangan.

a)

Ekonomi tradisional terpinggir

b)

Mengeratkan perpaduan kaum

c)

Mengimbangi bidang ekonomi

d)

Pembentukan dwiekonomi

4.

DUA negara yang menjadi tumpuan pasaran hasil bijih timah dari Tanah Melayu sebelum kedatangan British.

a)

India

b)

Jepun

c)

Perancis

d)

Amerika Syarikat

5.

DUA tanaman yang berkaitan dengan Sistem Kangcu di Johor.

a)
b)
c)
d)
6.

Gambar berikut menunjukkan aktiviti ekonomi masyarakat Melayu. Apakah kegiatan tersebut?

a)

Menjala

b)

Menugal

c)

Mendulang

d)

Menenggala

7.

DUA ciri ekonomi dagangan.

a)

Pasaran luas

b)

Teknologi tinggi

c)

Modal yang kecil

d)

Jumlah buruh terhad

8.

Apakah persamaan kedua-dua tokoh berikut?

RAJA JUMAAT

DATUK KELANA PUTERA

a)

Memperkenalkan tanaman dagangan

b)

Membuka tanah baharu untuk penanaman getah

c)

Memajukan kawasan perlombongan bijih timah

d)

Membawa masuk imigran dari India ke kawasan lombong

9.

DUA sebab pemodal Eropah lebih berjaya dalam sektor pertanian komersial berbanding pemodal dari China.

a)

Memiliki modal yang besar

b)

Menggunakan teknologi moden

c)

Mempunyai bilangan buruh yang ramai

d)

Menjalin hubungan baik dengan pembesar

10.

DUA sumbangan Henry N. Ridley terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.

a)

Memperkenalkan kaedah torehan ibidem

b)

Mengedarkan benih getah secara percuma

c)

Menubuhkan institut penyelidikan getah

d)

Menulis buku tentang tanaman getah

11.

Apakah kesan daripada perkembangan industri pembuatan kasut, tayar basikal dan peralatan elektrik?

a)

Harga getah melambung tinggi

b)

Peningkatan terhadap tenaga buruh

c)

Banyak kilang barangan pengguna dibuka

d)

Penglibatan orang Melayu dalam perusahaan getah

12.

Apakah implikasi kewujudan syarikat berikut terhadap ekonomi Tanah Melayu?

GUTHRIE

SIME DARBY

HARRISONS AND CROSFIELD

a)

Melabur modal dalam sektor perikanan

b)

Memajukan industri perlombongan

c)

Menguruskan pengeksportan getah

d)

Menubuhkan institusi kewangan

13.

DUA langkah yang diambil oleh British untuk menggalakkan perusahaan getah di Tanah Melayu.

a)

Mengenakan tarif cukai yang rendah

b)

Menyediakan kadar sewa tanah yang rendah

c)

Mengecualikan cukai eksport selama 150 tahun

d)

Memberi dividen sebanyak 50% kepada pengusaha getah

14.

Bagaimanakah matlamat Rancangan Sekatan Stevenson dapat dicapai?

a)

Menutup semua ladang getah

b)

Melarang penanaman semula getah

c)

Menghentikan sementara pengeluaran getah

d)

Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara anggota

15.

Apakah kesan penggunaan kapal korek terhadap industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20?

a)

Kemasukan lebih ramai buruh dari China

b)

Penglibatan pembesar Melayu semakin meningkat

c)

British menggalakkan pemodal China membuka lombong baharu

d)

Pengeluaran hasil bijih timah oleh pelombong Cina merosot

16.

DUA faktor yang menggalakkan kedatangan buruh dari China dan India ke Tanah Melayu.

a)

Galakan kerajaan British

b)

Mencari peluang perniagaan

c)

Mendapatkan pengalaman kerja

d)

Orang Melayu tidak menentang

17.

DUA cara kemasukan buruh dari China ke Tanah Melayu.

a)

Sistem kangani

b)

Sistem tiket kredit

c)

Sistem buruh bebas

d)

Sistem pengambilan rumah kongsi

18.

DUA cara kemasukan buruh dari India ke Tanah Melayu.

a)

Sistem kangani

b)

Sistem tiket kredit

c)

Sistem buruh bebas

d)

Sistem kongsi gelap

19.

Apakah kesan penggunaan wang kertas yang dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Wang?

a)

Memajukan ekonomi tempatan

b)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

c)

Mempelbagaikan mata wang asing

d)

Menghapuskan mata wang kerajaan Melayu

20.

Apakah persamaan institusi kewangan berikut?

KWONG YIK BANK - KUALA LUMPUR

BAN HIN LEE BANK - PULAU PINANG

a)

Dimiliki oleh pelombong Cina

b)

Dibiayai oleh pemodal Eropah

c)

Diasaskan oleh pemodal tempatan

d)

Ditubuhkan dengan kelulusan British

21.

Apakah peranan komprador dalam masyarakat Tanah Melayu pada zaman penjajahan British?

a)

Pengutip cukai

b)

Pengusaha tempatan

c)

Penaja kepada peminjam

d)

Patron kepada golongan kaya

22.

Pada tahun 1917, kerajaan British telah mengemaskini undang-undang syarikat insurans yang mengasingkan insurans nyawa daripada insurans

a)

kebakaran

b)

perniagaan

c)

perkapalan

d)

kemalangan

23.

Mengapakah pegawai British mengkritik sistem pemilikan tanah yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional?

a)

Tidak mengenakan cukai ke atas pemilik tanah

b)

Tidak mempunyai undang-undang tanah yang adil

c)

Tanah hanya menjadi milik golongan bangsawan

d)

Tidak mempunyai rekod sebagai bukti pemilikan

24.

Mengapakah pegawai British mengkritik sistem pemilikan tanah yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional?

a)

Tidak mengenakan cukai ke atas pemilik tanah

b)

Tidak mempunyai undang-undang tanah yang adil

c)

Tanah hanya menjadi milik golongan bangsawan

d)

Tidak mempunyai rekod sebagai bukti pemilikan

25.

Mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.

a)

Akta Land Order

b)

Akta Pemilikan Tanah

c)

Akta Pemagaran Tanah

d)

Akta Tanah Simpanan Melayu

26.

Apakah yang perlu Encik Rahman lakukan jika beliau berhasrat membuka kebun buah-buahan semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu?

a)

Mendapatkan sokongan sultan

b)

Membeli daripada pembesar Melayu

c)

Membuat permohonan di Pejabat Tanah

d)

Menjelaskan cukai yang ditetapkan kepada Residen

27.

DUA cara British menghalang orang Melayu melibatkan diri dalam sektor perusahaan getah.

a)

Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917

b)

Melarang tanah baharu dibuka untuk tanaman getah

c)

Membeli hasil getah pekebun dengan harga yang murah

d)

Memperkenalkan teknologi baharu dalam penanaman padi

28.

DUA fungsi bandar Taiping dan Kuala Lumpur.

a)

Pusat keagamaan

b)

Pelabuhan enterpot

c)

Pusat perlombongan

d)

Pusat pentadbiran kerajaan

29.

DUA kesan kemasukan imigran dari China dan India ke Tanah Melayu.

a)

Peningkatan taraf hidup

b)

Kewujudan perpaduan nasional

c)

Pembentukan masyarakat majmuk

d)

Perbezaan petempatan dan pekerjaan

30.

Mengapakah British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah pada tahun 1920?

a)

Menyediakan buruh mahir

b)

Menyekat pengaruh komunis

c)

Menyeragamkan sistem pendidikan

d)

Melindungi sekolah elit tempatan

31.

Apakah ciri sekolah vernakular Melayu pada abad ke-19?

a)

Dibina oleh ulama

b)

Dibiayai oleh pembesar Melayu

c)

Dibuka khusus untuk golongan elit

d)

Disediakan pada peringkat sekolah rendah sahaja

32.

Jika Raja Ali merupakan putera kepada sultan di salah sebuah negeri di Tanah Melayu, beliau akan mendapatkan pendidikan secara formal di

a)

Sekolah Chung Hwa

b)

Kolej Melayu Kuala Kangsar

c)

Maktab Perguruan Sultan Idris

d)

Sekolah Melayu Teluk Belanga

33.

Apakah persamaan antara kedua-dua syarikat berikut?

FUNG KEONG DI KLANG, SELANGOR

KINTA RUBBER WORKS DI IPOH, PERAK

a)

Mengusahakan perusahaan makanan

b)

Membina kapal korek dan kapal kecil

c)

Mengeluarkan barang untuk dieksport

d)

Menghasilkan barangan berasaskan getah

34.

Apakah kesan pembinaan landasan kereta api di Johor?

a)

Menggalakkan pembukaan ladang getah

b)

Memudahkan penduduk kampung ke bandar

c)

Membuka lebih banyak lombong bijih timah

d)

Meningkatkan taraf hidup penduduk di pedalaman

35.

Hospital Tung Shin yang dibina hasil sumbangan orang perseorangan memberi perkhidmatan kesihatan

a)

peniaga India

b)

pegawai British

c)

pelombong Cina

d)

pembesar Melayu

36.

DUA tujuan penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan pada 1900.

a)

Mengkaji punca penyakit

b)

Menjaga kebersihan di bandar

c)

Merawat pesakit malaria dan taun

d)

Mengambil langkah pencegahan penyakit

37.

Bagaimanakah kerajaan British menjaga kebersihan di bandar Kuala Lumpur pada tahun 1890-an?

a)

Menubuhkan Sanitary Board

b)

Mewujudkan Jabatan Kesihatan

c)

Membina hospital dan pusat kesihatan

d)

Mengawal kemasukan buruh asing ke bandar

38.

Mengapakah Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi?

a)

Kaya dengan emas

b)

Pengeluar hasil laut

c)

Tumpuan pedagang India

d)

Perkembangan agama Hindu

39.

DUA cara masyarakat Melayu menggunakan lebihan hasil ekonomi mereka.

a)

Menjual dengan murah

b)

Mengadakan kenduri-kendara

c)

Membayar zakat dan bersedekah

d)

Memasarkannya di pelabuhan utama

40.

Mengapakah Sistem Kontrak dan Sistem Kangani dimansuhkan?

a)

Menindas golongan buruh

b)

Mengurangkan hasil pertanian

c)

Menyebarkan pelbagai penyakit

d)

Mewujudkan jurang pendapatan