Font size
WorksheetsPERIBAHASA MELAYU CG LATIFAH
Total questions: 15
Worksheet time: 6mins
1 “Badrul itulah satu-satunya abang kamu. Walaupun bersalah, dia tetap abang kamu. Maafkanlah dia, Bazli,” nasihat bapa saudara Bazli.
Nasihat di atas sesuai dengan peribahasa
bagai aur dengan tebing.
sudah terhantuk baru tengadah.
air dicencang tidak akan putus.
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Anak-anak yang mendapat jagaan yang sempurna daripada orang tuanya.
Peribahasa yang berkaitan dengan pernyataan di atas ialah...
bagai isi dengan kuku.
seumpama telur sesarang dierami induknya.
melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Pengurus syarikat akhbar tersebut tidak disenangi oleh staf-stafnya kerana dia bermulut becok.
Keadaannya dapat diumpamakan seperti peribahasa...
bagaikan helang hendak menerkam tikus.
rosak bawang ditimpa jambak.
bagai murai dicabut ekor.
sebab budi boleh kedapatan.
Pembangunan pesat ekonomi negara menjadikan Malaysia sudah mampu bersaing dengan negara maju yang lain ibarat..............
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
mencegah lebih baik daripada mengubati.
duduk sama rendah berdiri sama tinggi
Gambar di atas sesuai dengan peribahasa
alah bisa tegal biasa.
usaha tangga kejayaan.
bertangguh itu pencuri masa.
berkata benar walaupun pahit.
Dayang berasa bersyukur kerana dapat pulang ke tanah air setelah sekian lama merantau ke negeri orang kerana baginya.....
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Kehidupan masyarakat di kampung sangat kaya dengan nilai-nilai murni.
Masyarakatnya saling membantu antara satu sama lain terutama apabila ada majlis kenduri-kendara, gotong-royong, dan sebagainya.
Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa
bagai aur dengan tebing.
bagai aur ditarik songsang.
bagai melukut di tepi gantang.
bagai cincin dengan permata.
Alang-alang mandi biar basah
Peribahasa-peribahasa berikut sama maksud dengan peribahasa di atas ..
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
alang-alang berminyak biar licin.
alang-alang berdakwat biar hitam
genggam bara api biar sampai jadi arang.
Arfan dan Irfan telah berbaik semula setelah dinasihati oleh kedua-dua ibu bapa mereka.
Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa
seumpama telur sesarang dierami induknya.
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga.
Penyokong mencemuh sikap pengadil yang .........ketika mengadili perlawanan akhir badminton di Indonesia itu.
berat sebelah
ringan tulang
lipas kudung
tumbuk rusuk
Perbuatan ...... tidak sepatutnya diamalkan oleh pegawai polis kerana boleh merosakkan kepercayaan anggota masyarakat kepada pihak PDRM.
panjang tangan
tangkai jering
tumbuk rusuk
panas baran
Sures dan Kamarul diberikan ....... oleh gurunya kerana ringan tulang membantu mengecat pintu Makmal Bahasa sekolah mereka.
wang saku
wang kopi
wang ringgit
wang tunai
Pilih peribahasa-peribahasa yang membawa maksud
"sikap manusia yang pelbagai ragam walaupun daripada kumpulan yang sama"
lain mangkuk lain cawan
rambut sama hitam hati lain-lain
lain hulu lain parang
Peribahasa yang membawa maksud seorang yang tinggi dan kurus
bagai belut diketil ekor
bagai belut diregang
bagai belut kena ranjau
Senaraikan 2 peribahasa yang bermaksud hubungan yang mesra dan akrab
bagaikan hempedu lekat di hati
bagai dakwat dengan kertas
bagai pinang dibelah dua
